Saturday, May 30, 2009

HARI SABTU!!!


Pagi ni bangun2 trus wat laporan sahsiah n akademik anak2 homeroom cikgu...ni still x siap lagi..rehat kejap..ade lagi 3 ke 4 org lagi yang lum cikgu siapkan..sambil wat laporan basuh baju..time online ym kul 8 pagi td,sempat gak chat ngan lect cikgu, En Afandi Ahamad(lect subjek digital system cikgu sesi jul 2005 UTHM). Skrg beliau tgh menyambungkan pengajian peringkat PHD di Brunel Information Technology Laboratory (BITLab)School of Engineering and DesignBrunel University, UB8 3PH, Uxbridge United Kindom. Beliau ambik Ph.D dalam bidang Electronic and Computer Engineering...time kul 8 pagi kat sini kat sane kul 1.oo pagi...byk gak la info2 yang cikgu dapat dari beliau tentang kehidupan beliau di UK...teringin nak g sane satu hari nanti..insyaallah... :-)

Anak2 Homeroom Cikgu Dah Sampai Kg....

Alahamdullihlah..semua anak2 homeroom cikgu (WAHAB,RAHIM,AFIQ,FIRDAUS,ZUL,ANIS,SARAH,FARHANA,FARAH,EMA,SUZIE,FAQIHAH) dah sampai kat umah masing2 smalam....ada yang col n ade yg mesej cikgu bila dieorg sampai di rumah...Tq coz ikut nasihat cikgu..(cikgu dah pesan pada dieorg,once u dah sampai umah,wajib bgtau cikgu).cume AIDID n FIRDAUS jer yang x col cikgu...lupe kot....so, happy holidays n jangan lupe buat assigment2 yang diberi oleh guru2 subjek kamu semua k...cikgu still lagi kat maktab..next wednesday br cikgu boleh balik kg..huhuhu...

LATIHAN OLIMPIAD KAT1



Start dari smalam,student yg terpilih utk KAT1 ni dilatih oleh guru2 mereka..cikgu dan cikgu asma sebagai guru pengiring dieorg agak bz utk makesure dieorg datang kelas latihan seperti yang dijadualkan..ptg td waktu time latihan aeorobik n cheer kiteorg wat one word iaitu "MJSC" dengan menggunakan diri kiteorg..berbaring atas dataran untuk bentukkan huruf tu....seperti di dalam gambar di atas!!!

Selamat Hari lahir Kak Iza

Dah 2 hari cikgu x update blog ni..bz skit uruskan budak2 nak g Olimpiad KAT1 ahad ni..28hb mei ari(khamis) tu birthday Ketua Jabatan cikgu,Cikgu Hariza(KJ Sains Sosial)...so,cikgu n semua geng2 jabatan sains sosial rancang nak wat birthday party untuk Cikgu Hariza..we all collect RM6 per person untuk beli kek, makan nasi ayam n hadiah..actually birthday party ni kiteorg buat senyap2 tanpa pengetahuan Cikgu Hariza.....terkejut gak la bile Cikgu Hariza masuk bilik mesyuarat tu,tgk2 ade kek n ade sambutan lahir jadi utk die.... :-)

SELAMAT HARI JADI CIKGU HARIZA..SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI!!!AMINNNN....

*x sempat nak masukkan picture coz picturenyer ade pada Cikgu Marni..next time cikgu upload picture

Monday, May 25, 2009

Program Olimpiad KAT1 2009

Pagi2 td HEA, Dr Hamzan jumpa cikgu..bgtau cikgu yang cikgu akan jd guru pengiring untuk pelajar form 1 ke MRSM Jasin untuk menyertai Program Olimpiad Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT1) pada 31hb ni till 2hb jun...Maknenyer cikgu kene balik kg lambat la cuti ni...hehehehe...

Ade 15 MRSM yang akan telibat dengan program ni..klu x silap cikgu ini kali kedua program ni dijalankan...so,dalam masa terdekat ni kene latih 15 org student form 1 ni utk kemahiran2 asas matematik, sains, PMI(plus minus interesting),mind mapping, PPH(pemikiran islam hadari) dan ECS(english comm skill)..byk keje tu...huhuhu...

Dalam masa yang sam jugak,cikgu kene siapkan laporan akademik untuk homeroom cikgu utk dihantar kepada parents time cuti sekolah ni..minggu ni minggu bz utk cikgu...

Harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar....insyallah...

Esok Exam Kemahiran Hidup

Berdebar-debar rasenyer...esok exam KH..subjek yang cikgu ajar...dari last week till mlm ni ade jer student yang datang untuk tanyer soalan.Actually cikgu suker bile ade student datang jumper cikgu utk bertanyer soalan..Cikgu harap sangat dieorg boleh jawab dengan cemerlang untuk subjek Cikgu ni...insyaalah..usaha,doa,tawakal ...

Harap2 kelas 1G dapat meningkatkan prestasi dieorg dan kelas 1H dapat maintain prestasi dieorg...

Sunday, May 24, 2009

Hari Ahad yg Busy...

Pagi2 lagi cikgu dah bangun tido di pagi2 ahad ni...1st g Bentong beli ais untuk jualan homeroom cikgu..(jual air karbonat)...than kul 10.30 pagi ade pendaftaran pulang ke kampung masing2 untuk cuti sekolah 28hb ni..cikgu kene jage kaunter student yg akan pulang ke Kelantan...tp, cikgu dibantu oleh BWP(badan wakil pelajar)..so, cikgu cume check jer duit yg dieorg dapat same x dengan bil student yg mendaftar..alhamdullilah..xde masalah yg timbul...than pastu cikgu temankan cikgu izwan ke KL untuk ambik baju tempahan member die kat Hentian Bus Pudu..Alang2 dah ke KL,cikgu lajak skit ke Rawang,tgk umah cikgu Izwan yang br die beli kat Tmn Tasek Permaisuri, Rawang..Umah 2 tingkat..cantik gak la umah yg cikgu Izawan beli tu..berbaloi dengan hargenyer...sampai je maktab lebih kurang pukul 9.30 mlm..trus g kelas,tgk anak2 homeroom cikgu...esok dieorg ade paper Biologi,Seni reka n Prinsip Akaun..cikgu doakan dieorg berjaya menjawab dengan success....insyaallah...

Thursday, May 21, 2009

Exam bermula....

Pagi2 td ade ibu homeroom cikgu yang tepon cikgu bgtau anaknyer demam..aidid demam!!so,cikgu terus bersiap dan pegi ke cube aidid tgk keadaan dier..sampai kat cube,aidid tgh baring sambil berselimut..cikgu sentuh tengkuk die..panas..so,cikgu papah die ke sickbay..1st paper yang die ambik ari ni kimia..walaupun demam,die gagahkan jugak diri ambik paper tu..than time rest cikgu pegi lg ke sickbany..die mintak excuse utk jawab paper seterusnyer..pening kpale katenyer..so,cikgu pun discuss ngan UPPM n pengetua..pengetua bg kelulusan untuk bagi excuse pada dier..tp,die kete ambik peperiksaan ulangan la naik semester 2 nanti...cikgu harap die akan sembuh cepat...amin.......

Wednesday, May 20, 2009

Final Exam


Esok final exam semester 1 bermula...21/05/09 until 28/05/09.....good luck 4 all of my students...jgn malas2 unuk study!!!

Report Aktiviti Ko-Kurikulum


Leganyer cikgu ari ni dah siapkan report aktiviti sepanjang semester 1 ni utk kelab masakan...actualy kene submit report ni by last week..tp,cikgu kan MC last week,so..tepakse la antar ari ni...

Tuesday, May 19, 2009

Sambutan Hari Guru MRSM Bentong 2009

Semalam diadakan sambutan Hari Guru 2009 peringkat maktab di dewan serbaguna MRSM Bentong...sambutuan diadakan pada waktu perhimpunan jam 3.15 petang..banyak persembahan yg dipersembahkan oleh pelajar2 dan satu persembahan dari guru..adat hari guru, setiap cikgu mesti dapat hadiah..termasuklah cikgu..hadiah dari anak homeroom cikgu dan student2 dr clss yg cikgu ajar...

Sunday, May 17, 2009

DAN SEBENARNYA...



Sejak kebelakangan ni cikgu suke dengar lagu ni...

Yuna-Dan Sebenarnya

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
[Dan Sebenarnya Lirik]

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

Lawatan Ilmiah

Cuti hari Hol Pahang, 070508 ari tu cuti sekolah...so,cikgu ambik kesempatan cuti ni bwak student homeroom cikgu (tingkatan 4 charismatic) membuat lawatan ilmiah ke Taman Penyelidikan MARDI Cameron Highland, Pahang..tp, x sume homeroom cikgu dapat pegi coz anis n zul time tu kene demam rubela....cian dieorg...










Ada 2 lagi homeroom (tingkatan 1) yang join - homeroon cikgu izwan n cikgu mazrah, Kami bergerak lebih kurang kul 7 pagi n sampai lebih kurang kul 11.40 pagi..dalam perjalanan dari tapah ke cameron tu, ramai la student2 yang muntah..laki2 n pompuan...yg x sempat muntah dalam plastic pun ada gak... :-(












Sampai jer kat situ, kami si sambut oleh en Yazed..same la mcm name cikgu..hehehe..than die bg brief skit pasal taman tu..kejap jer die brief..than kiteorg g melawat tmn2 yg ade kat sini..waaa..byk tmn2 kat sini..












Klu g cameron,wajib beli strawberi...harga strawberi kat situ RM5 n RM10 sahaja...strawberi fresh..dipetik dari pokok time tu jugak...rami gak la student2 ni yg beli..cikgu2 yang ikut pun 2 x 5 gak.. :-)











Selesai melawat tmn2 tu..kami pegi plak ke area2 tmn lebah dan tmn rama-rama..kat situ ade kedai2 yg menjual sayur, bunga, kaktus, cenderemata dan macam2 ader.....so, bershopping la kami kat situ...Lebih kurang pukul 6 petang, kami bertolak balik ke maktab n samapi lebih kurang pukul 10 malam...malam tu sampai je umah cikgu terus demam..cian cikgu..esoknyer terpakse ambik MC...


















Saturday, May 16, 2009

Aktiviti kedua KELAB MASAKAN

Aktiviti kedua kelab masakan...membuat sandwich telur....telur tu cikgu dah siap rebus malam sebelumnyer...than masuk dalam peti sejuk...lebih kurang 30 biji telur yang cikgu rebus....sampai ngantuk2 menunggu telur tu masak....nak tgk hasil yg anak murid cikgu buat?tgk kat bawah ni....





Tekun menyiapkan sandich telur mereka.....
posing bersama dengan hasil sandwich mereka....

KENDURI KESYUKURAN RUMAH CIKGU NASRUN N UST ASYIKIN



Malam td pas isyak ada kenduri kesyukuran kat umah Cikgu Nasrun n his wife Ust Asyikin...Dieorg baru dapat baby kembar...tahniah..tp, cikgu xdapat pegi malam td coz br sembuh dari demam rubela kan...tq coz invite cikgu n cikgu minta maap coz x dpt pegi....

SELAMAT HARI GURU 2009

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru x kira di mana anda berada.Semoga kita semua dapat meningkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi (eh,mcm dalam melodi plak!!)..Semoga kita semua guru-guru memikul amanah dan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas...Tema hari guru tahun ni "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"......

Tahun ni 1st time cikgu celebrate hari guru... :-) Semalam pagi2 anak buah cikgu (RUBY) dah col wish slamat hari guru..akak cikgu pun ade anto mms selamat hari guru..pagi2 ni pun byk msg2 hari guru cikgu dapat dr member2 yang jugak seorang guru dan yang bukan guru..

Seorang cikgu yang cikgu kenal dari web Kemahiran hidup ade send email selamat hari guru..

Konvensyem PUM Negeri Pahang 2008

Selain daripada menjadi penasihat Kelab Masakan, cikgu juga merupakan salah seorang penasihat Kelab Usahawan Muda (PUM) MRSM Bentong...Pada 20-22 hb April yang lalu, cikgu telah dipilih menjadi wakil maktab untuk Konvensyen PUM Negeri Pahang di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuaantan...1st time nak ke Kuantan and 1st time nak drive sendiri ke sana. memang x penah sampai pun lagi tempat tu..tp, Kak Marni(ketua penasihat PUM) yang penah pegi tempat tu dah bg direction mcmaner nak sampi kat tempat tu...dari Tol Karak ke exit tol Kuantan tu dalam sejam lebih skit la..bosannyer....x banyk kete yang lalu kat highway ni siang2 rupenyer..mlm2 x tau la...sunyi bangat rasenyer...kuar2 tol trus tgk signboard..kir ke,kanan ke, terus ke....akhirnyer sampai gak cikgu kat tempat tu..alhamdullillah...

Sampai2 trus check in,1 bilik 3 orang..roomate cikgu seorang dari SMA Maran n sorang lagi dari MRSM Muadzam Shah..nice 2 meet them...

Actually konvensyen ni diadakan bagi sesi perbentangan laporan tahunan syarikat PUM di sekolah masing2..lebih kurang 12 sekolah yang terpilih ke peringkat akhir, dan beberapa kategori yang dipertandingkan.

Maktab cikgu ni datang sebagai pemerhati jer la coz maktab cikgu kan br bukak..so,br je ditubuhkan PUM ni kat sini..next year,tunggu........kemunculan PUM MRSM Bentong...

Pegi tengok F1 di Sepang

Tanggal 5hb April 2009, 2 buah bus (+- 80 orang pelajar) diiringi oleh 4 orang cikgu termasuk cikgu lor...hehehehe..pegi ke Sepang International Circuit (SIC) untuk menyaksikan Petronas Malaysian Grand Prix kat situ...ermmm....bestnyer dapat pegi sini..1st time + free.... :-) rezeki kan...

Bertolak dari maktab lebih kurang kul 2ptg...mula2 g Masjid KLIA untuk ambik tiket..pastu terus bergerak ke destinasi..waktu tu kami ni dah lambat dan..trafic jem pulak tu.....erm...perlumbaan dah start tapi kami still dalam bus lagi....bile nak nak sampai?sempat ke nak tengok?ari pun nak ujan dah..

Sampai jer kat litar tu, kami dah dengar dah bunyi deruman enjin kete2 F1 tu..bukan main kuat lagi bunyinyer....tiba2.....hujan turun dengan lebatnyer...belum sempat kami turun dari bus..dalam hujan yang lebat tu,nasib baik la ade sorang student bawak payung,cikgu pinjam la payung die untuk berjumpe ngan cikgu pengiring yang lagi sorang, Cikgu Fitri..so, kami pun berdirilah di tepi jalan smabil memegang payung dikala hujan lebat serta diiringi guruh dan kilat..Cikgu Fitri col person yang incharge kami untuk masuk ke dalam..lebih kurang 20 munit kemudian datanglah insan tersebut..beliau memberitahu perlumbaan telah dihentikan atas akibat hujan yang terlalu lebat...



O' o.....hancurla harapan cikgu nak tgk perlumbaan ni..tp, hancur lagi perasaan student2 ni...kesian,sedih,kesal,marah sumenyer ade di hati cikgu time tu..rase bersalah pulak walaupun rasenyer bkn cikgu yang salah pun...ermmm.....



Anyway, untuk tak menghampakan anak murid cikgu, kiteorg minta kebenaran jugak untuk masuk..tunaikan solat asar dulu...pastu kiteorg jalan2 jer la kat gerai2 jualan yang ade kat situ...ambik2 gambar...than trus balik ke maktab.....




















Aktiviti pertama KELAB MASAKAN

Cikgu diamanahkan untuk menjadi penasihat KELAB MASAKAN MRSM Bentong..happy coz cikgu memang minat masak2 ni..mula-mula,terpikir gak,susah gak nak wat aktiviti masakan kat sini coz peralatan untuk masak sumenyer lum ade lagi......ermmm..mcm maner yer?????

Kite sebagai cikgu kene kreatif,so alternatifnyer..cikgu try cari aktiviti masakan yang x melibatkan penggunaan dapur....nak tau aper?
Untuk aktiviti minggu pertama, cikgu jemput CIKGU KARTINA untuk buat demontrasi menghias CUP CAKE...senang jer..student kene hias cup cake yang telah siap dibeli oleh cikgu dengan menggunakan icing dan bahan-bahan lain yang disediakan...thanks Kak Tina coz sudi menjadi tetamu jemputan minggu ni...nak tgk hasil2 kreativiti anak2 murid cikgu?tgk kat bawah ni..

(alamak...gambar dalam external hardisk cikgu lor...external tu tertinggal dalam bilik guru..nanti lain kali cikgu uploadkan k...)

SEMBUH DARI DEMAM...

Agak lame x post entry br kat sini...3 hari lepas cikgu demam..demam virus RUBELA...demam + bintik-bintik merah...demam ni adik beradik dengan demam campak..alhamdullillah,ari ni dah bertambah sihat..demam pun dah ilang,bintik2 merah pun tinggal skit jer lagi..
Thanks to my housemate (adi,edy,fuad n fahmi) coz take care kat cikgu..jage makan minum cikgu...ni la namenyer sahabat...susah senang bersama sama..
Tengahari tadi anak homeroom cikgu col,anis..rupenyer die x tahu cikgu demam..br dpt tau..farah pun kirim salam kat cikgu..thanks kepada semua anak2 homeroom cikgu yang cikgu sayang coz doakan cikgu sembuh...
Bestnyer jadi seorang cikgu kan...klu sakit bkn parents n kawan jer yg doakan sembuh, anak2 murid pun akan doakan jugak cikgunyer sembuh... :-)
Oh yer..kat maktab ni skrg dah ade 3G..so, laju la skit nak serve internet..pasni leh la update blog ni ari2..insyallah...