Wednesday, September 22, 2010

Pengisian Kursus di Penang


Kursus pemantapan guru KH yang cikgu hadiri sekarang ni amat menarik sekali. Kami semua di ajar bagaimana membuat website bagi membangunkan website KH untuk MRSM dengan menggunakan Joomla....sekarang ni br cikgu tahu bagai mana nak wat website...6 slot yang di berikan utk belajar buat web ni digunakan sepenuhnya oleh kami bagi memahaminya agar boleh digunakan dikemudian hari..Terima Kasih Cikgu Ida coz sanggup ajar kami dengan sabar walaupun kami semua bukan berlatarbelakangkan IT...

Ni adalah website yang cikgu buat hasil daripada pembelajaran selama 12 jam ni..(6 slot)..

Ujian Selaras 2 Semester 2

Hari ni diadakan ujian selaras 2 bagi semster 2 untuk subjek KH..ermm..cikgu xde kat maktab sekarang ni coz di Penang..harap2 semua student dapat menjawab soalan2 yang diberikan dengan jayanya...good luck!!!!!!!!!!

Monday, September 20, 2010

Kursus di Penang


Hari ni till Khamis cikgu akan berkursus di ILHAM, Jawi..Penang..Kursus pemantapan guru Kemahiran Hidup..

Monday, September 13, 2010

Abah n mak....

Dulu-dulu klu blk umah opah kat Teluk Intan abah yang drive....mak duk sebelah n kiteorg adik beradik duk kat belakang..walaupun agak sempit (ye la..ade 7 org adik beradik)...tp,best.....time tu abah xde kete..klu nak g mane2 tepakse pinjam kete kat pakcik ni..kwn baik abah..pakcik tu baik sangat..kiteorg panggil pakcik Kopral..maybe dulu pakcik ni askar rasenyer...tp, sejak kebelakangan ni..abah dah x drive lagi utk kiteorg..sekarang ni kiteorg plak yang drive balik kg..abah rehat kat sebelah..mak plak rehat kat seat belakang..hehehe.walaupun sekarang abah dah ade kete, tp bile balik umah opah, kiteorg balik bwk mak n abah naik kete sendiri....bile teringat balik susah payah hidup dulu-dulu, sedih gak.mak dulu-dulu keje tanam anak pokok sawit n getah..berpanas, berhujan, bangun pagi2 masakkan utk kiteorg b4 mak g keje.....tp,sekarang ni kiteorg nak balas balik susah payah mak n abah membesarkan kiteorg 7 beradik..tq mak n abah membesarkan kiteorg sume adk beradik...sekarang 6 org anak mak n abah dah keje..tinggal sorang je yg lum keje lagi... :-)

Saturday, September 11, 2010

Peringatan!!!

Peringatan kepada rakan-rakan kelas Sarjana Pengurusan Pendidikan UPSI semester 2, pastikan anda menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu dihantar pada 17 dan 18hb ni..

Subjek : Analisis dan pentafsiran data

QUIZ 2 - TWO WAY ANNOVA

senang jer..ari tu sempat jumpe Dr Jamal kat UPSI b4 raye ari tu dengan Kak Nora.. :-) thanks Dr Jamal

Subjek : Seminar Isu-isu Pendidikan

REFLEKSI 1 : KESEPADUAN DALAM PENDIDIKAN
REFLEKSI 2 : 3M

Macam biase refleksi buat dalam 2 m/s sahaja..ade lagi 4 tajuk yang belum dipresent lagi..so,lagi 2 minggu habis la semua tajuk..

INDIVIDU ASSIGNMENT : PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM

Yang ni asignment utk cikgu n abg Zaha jer..kak CT dah hantar dah last week...

Subjek : Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

ULASAN JURNAL 1 : APA2 TAJUK YANG BERKAITAN

Alhamdullilah..dah siap dah...

GROUP ASSIGNMENT : TEORI SISTEM DAN TEORI BIROKRASI

Abg Zaha, Abg Shahril, Man n Fazli..pastikan andan mengsubmit tugasan ini sebelum ari rabu next week utk dicombinekan ok...

UJIAN 1 : 40% dari markah keseluruhan semester ni..byk tu..so, g library cepat2 pinjam buku..n prepare ok..

Creative Innovator

Pada 17 Ogos yang lalu..dah hampir sebulan dah..hehehe..br berkesempatan nak post entry ni..cikgu bersama 4 org guru MRSM Tun Abdul Razak telah di lantik menjadi Creative Innovator (CI) 2010 di bawah program Innovative Project MRSM 2010. Setiap CI akan conduct 20 org student yang di bahagikan kepada 4 kumpulan (5 persons for each group). So seramai 100 orang pelajar yang berminat telah dipilih dan di bahgikan kepada CI masing-masing. Setiap kumpulan di minta untuk mencetuskan idea berkaitan sesuatu produk / inovasi produk. Taklimat dan sesi latihan telah di beri selama beberapa hari kepada mereka. Student-student di bawah penyeliaan cikgu ialah :

Group 1

Mohd Rohaizi
Al-Hazim
Aliah Shahera
Laila Mazlin
Huda

Group 2

Nurul Shafiqqah
Zariq Alya
Farah Alea
Aliff Iman
Ammar Afif

Group 3

Nurul Zahidah
Nazila
Alif Husaini
Adli Elhami
MUhammad Akalil

Group 4

Muhd Nurhanif
Hadi Aloha
Athirah
Hidayah Ismil
Suraya Syafiqa

Semuanya terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 2. Setiap kumpulan ini akan bersaing sesama sendiri dahulu dan cikgu akan pilih satu idea terbaik dari satu group. Kemudian group yang cikgu pilih ini akan bertanding pula dengan 4 group lain dari group CI yang lain (guru CI yang lain ialah Hamdan, Mazuin, Suraya dan Roselini).. dan satu kumpulan dengan idea yang terbaik akan mewakili maktab ke peringkat seterusnya..Setiap MRSM akan menghantar satu projek terbaik dan akan bersaing untuk merebut 10 tempat teratas dan 10 projek yang terpilih ke final akan mempresentakan projek mereka di hadapan usahawan-usahawan tempatan..Target cikgu? of course la cikgu nak sampai ke final..hehehe..insyallah...

Pertandingan Inovasi UMP 2010

Alhamdullilah..akhirnya pihak UMP (Universiti Malaysia Pahang) telah meluluskan projek EASY FAN CLEANER untuk bertanding pada pertandingan Inovasi bertema "Inovasi Untuk Kehidupan" sempena konvokesyen UMP pada 1- 3Oktober 2010 ini...actually ari tu cikgu terlambat sikit menghantar borang permohonan..terima kasih kepada Pn Syahidah kerana memberi layanan yang baik kepada panggilan telefon cikgu, almaklumla 3 4 kali gak cikgu col die nak tau status projek ni samada leh bertanding atau x...yuran penyertaan sebanyak RM 200, adalah menggunakan duit hasil daripada wang tunai yg diperolehi semasa menyertai Pertandingan Inovasi Malaysia Inovatif 2010 peringkat Timur dahulu..so, alif n Hanif..bersedia untuk menunjukkan kehebatan kita.. :-)

Monday, September 06, 2010

Cuti Raya 2010

Untuk Makluman cuti Hari Raya Aidilfitri untuk MRSM Tun Abdul Razak bermula dari hari Jumaat, 3 Sept sehingga 19 Sept 2010. Diharap semua pelajar dapat hadir tepat pada 19 Sept kerana pada 20 Sept akan diadakan Ujian Selaras II untuk semester 2 bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2, dan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5, peperiksaan trial SPM akan diteruskan dengan subjek ke-10, sivik dan juga Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kepada ibubapa, cikgu nasihatkan untuk memastikan anak-anak anda mengulangkaji pelajaran di rumah. Pesan untuk pelajar-pelajar ; RAYA TETAP RAYA, STUDY JGN LUPA....

Majlis Berbuka Puasa Perdana

Satu majilis berbuka puasa perdana telah diadakan di surau MRSM Tun Abdul Razak pada hari Khamis, 2 Sept 2010. Majlis bermula pada pukul 5 petang dengan acara khatam Al-Quran..seterusnya ucapan dari our beloved principal, Tn Hj Yusoff dan seterusnya ucapan dan perasmian penutup bulan kemerdekaan oleh En Rashdan, AJK Muafakat....majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk acara-acara yang di pertandingkan sempena cuti nuzul Al-Quran (tilawah, hafazan, bacaan khutbah) dan dan sempena bulan kemerdekaan (deklamasi sajak, poster dll). Seterusnya, adalah penyampaian duit raya untuk lebih kurang 200 lebih pelajar yang layak menerima. Duit raya ini adalah hasil dari kutipan wang dr guru-guru dan MUAFAKAT sendiri yang mana lebih dari RM9000 berjaya dikutip dan diagihkan kepada mereka-mereka yang layak. Selepas solat magrib berjemaah, kami semua di jemput ke Dewan Selera untuk menjamu hidangan yang disediakan (nasi minyak+ayam masak merah+daging masak hitam+dll)

Thursday, September 02, 2010

Hangin satu badan!!!!!!!!!

Hanginnyer bile janji x dapat ditepati..ni semua pasal SAMPUL DUIT raya yang cikgu hantar pada satu company priting BUMIPUTRA kat Kuantan ni..janji nak siapkan paling lewat ari Khamis..tp, td petang cikgu dpt mesej yg menyatakan die x dpt nak siapkan..so, x dapat la cikgu keluarkan sampul tu tahun ni..memang kecew..nak marah,nak maki,nak herdik..semuanyer ade..klu dah x mampu nak buat bgtau la awal2..boleh la cikgu cr company lain..ni bgtau last minit..memng terlalu kecewa..Cikgu minta maaf pada semua (guru-guru,pelajar dan ibubapa) yang telah menempah sampul tersebut dengan cikgu..cikgu x boleh nak buat ape2 lagi ni..