Monday, February 28, 2011

Laman Web Kemahiran Hidup..

Alhamdullilah..laman web Kemahiran Hidup MRSM Se-Malaysia telah berjaya diupload ke server..Thanks Kak Ida n geng2 cikgu yang betungkus lumus menyiapkan web ini..sila lawati
Semoga ianya berguna untuk kegunaan bersama dan segala pandangan penambahbaikan amatlah di alu-alukan..

Sunday, February 27, 2011

Sejuta Impian

Program realiti terbaru yang akan diterbitkan oleh TV3 : SEJUTA IMPIAN..agak menarik..


TV3 dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1 Malaysia sedang dalam usaha menerbitkan Program Sejuta Impian yang akan memenuhi impian rakyat Malaysia. Rancangan televisyen yang bakal menemui penonton pada Mei ini merupakan salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial dan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian mahupun hasrat terpendam selama ini.

Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkait rapat dengan pembangunan dan mampu membawa perubahan besar dan kesan kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan melalui mesej dan elemen kemasyarakatan yang disampaikan dalam program Sejuta Impian.

Sesi uji bakat untuk menyertai program ini akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu (Rujuk tarikh uji bakat di bawah). Jurinya pula terdiri daripada individu yang mewakili pelbagai aspek dalam industri tempatan termasuk selebriti tersohor, usahawan berjaya, tokoh politik, ahli akademik dan ramai lagi.

5 Mac (Sabtu) : KL, Johor Bharu, Penang
6 Mac (Ahad) : KL, Selangor, Muar, Melaka, Kedah, Perak,
12 Mac (Sabtu) : Kota Bharu, Kuala Trengganu, Kuching, Kota Kinabalu.
13 Mac (Ahad) : Kuantan

Program Sejuta Impian bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei ini pada pukul 7.30 malam. Setiap episod akan dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu sesi perkenalan peserta dan panel juri, sesi penerangan dan manfaat impian dan keputusan panel juri. Kepada yang berminat berminat menyertai program berkenaan, bolehlah menyertai ujibakat nanti. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh juga diperoleh di laman web rasmi www.tv3.com.my/sejutaimpian. Boleh juga rujuk laman FAQ yang disediakan untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang program tersebut.

Peperiksaan Pertengahan Semester


Hari Jumaat yg lepas telah diadakan peperiksaan pertengahn semetser bagi subjek PPP6013 - Isu-isu Perakaunan dalam Organisasi Pendidikan..alhamdullilah..walaupun x sempat sgt nak study coz br abis kursus di Jawi tengahri tu, tp cikgu dapat menjawab dengan baik coz soalannya adalah berbentuk calculation (mengira PCG bagi 2 situasi ; di sekolah rendah dan di sekolah menengah)...ujian ini mewakili 10% dari markah PNG subjek ini..

Wednesday, February 23, 2011

Joomla hari ke-2




Hari ni masuk hari ke-2 cikgu berkursus ni sini..semua unit masing2 bertungkus lumus menyiapkan websaite masing2..Thanks Kak Ida (pengajar kami buat website) coz melayan kami yg banyak kerenah ni...hehehe..almaklumler..semuanya bukan dr background science comp...walaubagaimanapun usaha Kak Ida mengajar dan membantu kami dalam menghasilkan web site ni amatlah kami hargai..

Joomla...

Geng cikgu-cikgu KH..

kusyukkk...

Bermulalah kursus lanjutan penggunaan joomla dalam pembangunan laman web subjek semalam..ada 5 subjek yang terlibat iaitu KH,Seni Reka,Geografi,Sains, dan Pendidikan Islam di mana setiap subjek diwakil oleh 7-8 orang guru..untuk subjek Kh, diwakili oleh cikgu (Tun Abdul Razak), cikgu Faizal (FELDA),cikgu Irawan (PDRM), Cikgu Suhaimi (Muadzam), Cikgu Abdullah (Kuala Lipis), Cikgu Jane (Kuala Kinabalu) dan Cikgu Ila (Lenggong)...

Monday, February 21, 2011

Standardized Test 1


Pada 28hb Februari sehingga 3hb March ini akan diadakan Ujian Selaras 1 untuk semester 1.Ujian ini mewakili 15% daripada markah PNG untuk semster ini. Diharap semua pelajar dapat bersedia awal (start study dr sekarang) dan tidak memulakan pengulangkajian anda di saat-saat akhir...

Untuk subjek Kemahiran hidup, topik yang akan masuk ujian adalah seperti yang telah cikgu tampalkan pada notice board Jabatan Sains Sosial pada minggu lepas lagi...

Tingkatan 1 :
1 - Organisasi bengkel dan keselamatan
2 - Rekabentuk dan Penghasilan Projek (sehingga mesin gerudi sahaja)
Soalan dibuat oleh Cikgu Asmaa


Tingkatan 2 :
1 - Masakan
2 - Tanaman Hiasan
3 - Peniagaan dan Keusahawanan
Soalan dibuat oleh cikgu


Tingkatan 3 :
1 - Rekacipta
2 - Tempat Kediaman
3 - Elektrik
4 - Konsumerisme
Soalan dibuat oleh Cikgu Hazly



Kepada students cikgu kelas 3G,3H,2B,2D dan 1G,walaupun minggu ni cikgu xde di maktab,cikgu harap kamu semua akan bersedia seperti biasa,klu ada sebarang masalah boleh berjumpa dengan cikgu Asmaa, Rizal atau Hazly k..walaupun kamu jauh dimata cikgu,tp,tetap dekat di hati cikgu. Cikgu akan kembali ke matab pada 27hb ni...study smart!!!

Institut Latihan MARA (ILHAM)

Pintu Masuk ILHAM...

Alhamdullilah..dalam pukul 4.01 petang td, cikgu sampai dengan selamatnyer di Institut Latihan MARA (ILHAM) di Jawi, Penang bersama-sama dengan cikgu Akma.So,cikgu akan berada di sini sehingga ke hari Jumaat untuk mengikuti Kursus Lanjutan Penggunaan Joomla dalam Pembangunan Laman Web Subjek...dah alang2 dtg sini,wajib utk makan Char Kuew Teow..hehehe...semoga perjalanan kursus ini akan berjalan dengan lancar dan semoga cikgu akan kembali ke MRSM Tun Abdul Razak dengan selamat...

Friday, February 18, 2011

PAHANG-KL-PAHANG-PERAK-PENANG


Semalam telah diadakan lawatan sambil belajar ke Malaysia Technology Expo 2011 di KLCC, Seramai 36 orang pelajar yang mengikuti lawatan ini yang terdiri dari pelajar tingkatan 1,2,3 dan 4 dan 2 org guru pengiring, cikgu n cikgu hariza....Perjalanan yang bermula pada jam 12tghmalam dan kami sampai di KLCC lebih kurang jam 9 pagi..dan pulang pada jam 3 petang dan sampai di maktab pada jam 10 mlm.


Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar, dan diharap pelajar-pelajar dapat memanfaatkan lawatan ini untuk menghasilkan produk inovasi yang lebih baik..semalam pun sempat jugak cikgu berjumpa dengan parents such as ibu Musa'ab, Nuqman, ayah Hassan, Nabil dan beberapa lagi parents termasuklah En. A'reeff..terima kasih kerana di atas kesudian anda semua meluangkan masa dtg ke sini semalam...n thanks to umi musa'ab n En Arieef atas buah tangan yang diberi..


Ari ni plak cikgu berada di UPSI as usual..n ari Isnin nanti cikgu akan terus ke Jawi, Penang untuk menghadiri Kursus Lanjutan Pembinaan Laman Web Subjek yang akan bermula dari 21hb sehingga ke 25hb..5 hari cikgu akan berada di Institut Latihan MARA di sana..kursus ni adalah kesinambunagn dari kursus yang diadakan pada tahun lepas..alhamdullilah kerana cikgu terpilih untuk mengikuti kursus lanjutan ini dan diharap selepas ni akan wujudlah satu website khas utk subjek Kemahiran Hidup bagi MRSM..sesuatu yang menarik kerana walupun cikgu adalah guru KH, tp, cikgu diberi pelung utk didedahkan kepada benda baru..klu sebelum ni hanya tahu buat blog jer...lepas ni dah boleh plak buat laman web..insyallah..tp,based on last year punya kursus, klu nak wat website ni perlukan keghairahan dan kesabaran yang tinggi..n idea yang kreatif..n lastly masa yang mencukupi..hehehe...


Agak penat skit minggu ni..perjalanan yang panjang..Pahang-KL (KLCC) - then balik ke maktab (PAHANG)- then UPSI - n last PENANG...balik dari kursus ni x sabar nak tgk balik idea project innovation student yg cikgu bawak semalam..hopefully ade improvement or new idea....

Tuesday, February 15, 2011

Chocolate Cake

Dah lame x buat kek..teringin plak nak memulakan kembali hobi cikgu yang lame ditinggalkan...semalam g Kuantan beli mixer n steamer pot...pagi ni awal2 dah bangun walaupun ari cuti..semangat berkobar-kobar nak wat kek cokelat..resepinyer mak yang bagi..mcmane nak wat?kat bwh ni cikgu tunjukkan cara-caranya :


Mixer yg baru di beli semalam :-)
Masukkan 4 biji telur ..untuk memastikan kebersihan, pastikan telur ini basuh dahulu sebelum ianya dipecahkan ke dalam bowl ini ok...
Gula secawan
Then, on la mixer tu...
Tepung 2 cawan
Susu pekat masnis setengah tin jer tau..
Serbuk koko secawan gak
Step yang telupe nak ambik gambar : masukkan soda bikarbonat, baking powder and air suam...
Then masukkan minyak masak secawan..tp, boleh plak cikgu lupe nak masukkan minyak ni td..dan siap masak baru teringat..lorr...minyak x masuk lagi..patut ar lain skit je rupenyer td b4 dikukus..ish ish ish..tp,anyway kek ni still jd n boleh dimakan..
baru pas masak..still panas lagi dlm pengukus tu..

Ni la hasilnyer..kek cokelat yang terlupe nak letak satu bahan td..huhuhu....klu rajin panaskan cooking chocolate n letak atas kek ni sebagai topping...

Malaysia Technology Expo 2011


On this Thursday, cikgu akan bawa 36 students untuk menyertai lawatan ke Malaysia Technology Expo 2011 diadakan di KLCC..

Sedikit information about this Expo :

Malaysia Technology Expo (MTE) 2011 celebrates its 10th Anniversary by bringing 10 times the excitement. In line with the theme Moving Innovations to Market, the biggest technological exhibition in the region will be displaying the most up-to-date inventions that will revolutionize every aspect of commerce, trade, information and communication

The landscape of the future is changing, and MTE 2011 is the perfect platform to showcase the latest and greatest in technology based products and services that are at the very forefront of the new wave. Take advantage of the vast opportunities available to advance your business. With over 10,000 trade and public visitors and 100 international exhibitors, many of whom are key industry players, in addition to 500 entries for the 10th Invention & Innovation Awards, MTE 2011 will be giving you what you need to maintain the edge in an increasingly competitive market.
Hopefully, pelajar2 cikgu akan dapat maklumat and some idea about innovation...now, we r prepare for enter this competitions : MYIC, AYIE and Anugerah Harta Intelek Negara 2011...

Salam Maulidur Rasul..


Selamat menyambut menyambut Maulidur Rasul...1 bas pelajar-pelajar MRSM Tun Abdul Razak mengikuti perarakan Maulidul Rasul yang diadakan di Masjid Taqwa, Pekan..malam tadi diadakan Kuiz Olimpiad Maulidur Rasul di Dewan Besar MRSM TAR..
*Sumber aktiviti di atas diperolehi dari Cikgu Mazrah

Sunday, February 13, 2011

Frog Cuttlefishes

Td petang g pasar malam kat area Balai Polis Pekan..tgh nak beli2 ikan n udang nampak sotong ni..pelik betul bentuk sotong ni..klu sotong biase sizenyer agak panjang..tp,yg ni pendek jer..tp badannyer besar..tanye la pakcik tu sotong ape ni?then,pakcik tu ckp ni "sotong katak"..ooo...ye ker,ade gak sotong katak rupenyer..so,beli la td..saje nak test.kat badan sotong ni mcm ade lebih kurang mcm tulang la..agak keras gak berbanding dengan sotong biasa...x tau nak masak aper lg..masak sambal je kot nanti..harap2 rasenyer sedap la..

Dah sampai umah td,trus check kat tenet..pasal sotong ni..oo..memang ade rupenyer sotong katak ni..ni sedikit info tentang sotong katak ni :

Where seen? This large almost glittering animal was seen once in numbers on Chek Jawa near the coral rubble area.

Features: 10-12cm long. It has an iridescent line along the edge where the fins join the body.

Those on our shores make a croaking sound when they are alarmed. The Malays call them 'sotong katak' or 'frog cuttlefish' probably because of this habit



Frog Cuttlefish...

Anugerah Harta Intelek Negara 2011

Pertandingan ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2011 ini terbuka kepada 2 kategori..tp,untuk penyertaan pelajar sekolah dimasukkan dalam kategori Pereka muda..di bawah ni adalah syarat-syarat dan hadiah yang bakal di bawa pulang kepada pemenang..agak lumayan jugak hadiahnyer..

Syarat Pertandingan Perekacipta Muda:

i) Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur di antara 13 sehingga 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

ii) Mempunyai senarai harta intelek yang telah difailkan di MyIPO (jika ada) (kecuali Hak Cipta dan Rekabentuk Susun Atur Litar Bersepadu - tidak perlu didaftarkan);

iii) Mempunyai senarai harta intelek yang telah mendapat pengiktirafan tempatan atau antarabangsa (jika ada);

iv) Senarai harta intelek tersebut telah berjaya dikomersilkan atau dalam proses pengkomersilan (jika ada);

v) Senarai harta intelek tersebut dapat memberi faedah kepada masyarakat;

vi) Senarai harta intelek tersebut menarik dan kreatif.

vii) Setiap penyertaan hendaklah mendapat pengesahan daripada institusi/sekolah (jika ada)

viii) Pemenang akan diberi peluang untuk menyertai Ekspo HHIN 2011 di Persada Johor pada 26 April 2011.

Hadiah Pertandingan Perekacipta Muda :

i) Satu (1) pemenang utama akan menerima cek bernilai RM 10,000.00, sebuah piala, pingat WIPO-MyIPO serta sijil penghargaan;

ii) Satu (1) pemenang tempat ke-2 akan menerima cek bernilai RM 5,000.00, sebuah piala, pingat WIPO-MyIPO serta sijil penghargaan;

iii) Satu (1) pemenang tempat ke-3 akan menerima cek bernilai RM 3,000.00, sebuah piala, pingat WIPO-MyIPO serta sijil penghargaan;

iv) Dua (2) pemenang saguhati yang mana setiap pemenang akan menerima cek bernilai RM 500.00 serta sijil penghargaan;

Friday, February 11, 2011

Penilaian Prestasi

Td group cikgu present tajuk 'penilaian prestasi' untuk subjek Pengurusan Organisasi dan Sumber Manusia..kelas Dr Marina Awang..Alhamdullilah,semua berjalan dengan lancar..seperti yg dijangkakan, bile sebut je penilaian prestasi, pasti akan ade byk isu-isu dan konflik dalam pelaksanaan penilaian ini..sesi presentation menjadi menarik kerana ramai yg memberi respon kepada presentation kami..dan Dr Marina berpuas hati dan memuji presentation ini..untuk tugasan seterusnya, kami akan membuat study case utk tajuk ini..kat bawah ni adalah slide yang dipresent td...terima kasih kpd group members cikgu.."abg zaha", "kak ct" n "kak miza"...