Thursday, July 28, 2011

Makan Malam Pelajar Cemerlang

Malam ni akan diadakan makan malam untuk pelajar-pelajar yang mendapat pointer 3.5 ke atas dalam peperiksaan akhir semester 1 2011 untuk tingkatan 1,2,3 dan 4 di dewan serbaguna maktab..Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat pointer 3.5 ke atas..dan tahniah juga kepada 5 orang pelajar yang mendapat pointer 4.00 pada peperiksaan akhir semester lepas...

Tuesday, July 26, 2011

Sampul duit raya

Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang

Sempena Hari Raya tahun ini, cikgu selaku AJK Keusahawanan kelab Guru dan Staff maktab ini akan mempromosikan jualan sampul duit raya..tahun ni agak awal skit buat coz x nak peristiwa tahun lepas berulang kembali...design sampul duit ni di buat oleh cikgu Pasli..

Monday, July 25, 2011

Minggu Aktiviti Semester II

Hari ni bermulanya Minggu Aktiviti bagi semester 2. Minggu aktiviti ini akan berlangsung sehingga hari Jumaat ini. Pelbagai aktiviti telah diatur untuk tingkatan 1,2 dan 4 sementara bagi pelajar-pelajar tingkatan 3, mereka akan melalui program gerak gemilang untuk mengahadapi peperiksaan PMR tahun ini.Minggu depan mereka akan mengambil peperiksaan pra-percubaan PMR 2...

Sunday, July 24, 2011

Hari terakhir blajar IRONCAD

Hari Khamis hari tu last day blajar IRONCAD..ni atr yg diajar pada hari tersebut :











Keputusan Ujian Selaras 1 Kemahiran Hidup

Keputusan ujian selaras 1 bagi subjek Kemahiran Hidup untuk kelas 1G, 2D dan 2B (kelas-kelas yang cikgu ajar) telahpun cikgu keluarkan di blog cikgu : 1kemahiran.blogspot.com

Thursday, July 21, 2011

Hari ke-2 Kursus IRONCAD 2011

Ini adalah pembelajaran IRONCAD 2011 untuk hari ke-2..makin lame agak makin sukar..huhuhu..














Wednesday, July 20, 2011

Hari Akademik 2011

Hari Akademik MRSM Tun Abdul Razak akan di adakan pada 23 Julai 2011, hari Sabtu ini...

1st day blajar IRONCAD

Semalam hari pertama di beri kursus tentang perisian IRONCAD oleh supplier perisian tersebut. Kursus dijalankan di bilik multimedia dan melibatkan guru2 KH,Rekacipta, Seni Visual dan Sains Comp, semalam hingga ke esok dari jam 9pg hingga 5ptg..So far,alhamdullilah..nak kate senang x la senang sgt..nak kata susah tu x la susah sgt..ok la..cume kene explore byk lagi la n kene slalu buat..klu x lupe.. :-)



















Akhirnya jd la sebuah meja...



Latihan yang diberi sebelum balik..



Sunday, July 17, 2011

Baju Raya

Last week sempat g Alamoda beli kain untuk dibuat baju melayu untuk raya..tahun ni warna tema untuk baju famili cikgu warna silver..ermm,1st time beli kain sendiri..hehehe..selalunyer beli yg dah siap jer or mak yang belikan..pening gak la nak memilih jenis kain n jenis colornyer..yang ton terang ke..ton gelap ker..ton sederhana ker..seb bek sales assistant kat sini baik2 orangnyer..die menerangkan setiap jenis kain yang ade dr murah hinggalah yang paling mahal sekali..n kebetulan ari tu last day utk sales..n akhirnyer dapat gak mencari color silver tu setelah menelefon mak n akak..hahaha...


then, dah dapat beli kain..kene ler cari kedai jahitnyer pulak..nak jahit sendiri x tau..seb bek still ade lagi kedai jahit yg boleh terima tempahan untuk baju melayu..upah jahit RM90..untungnyer klu pandai menjahit..boleh wat duit..klu sepasang RM90..sepuluh pasang dah RM900...hehehehe...

Saturday, July 16, 2011

Bile mereka sedar...

Peperiksaan PMR 2011 akan datang x lama lagi..rasenyer semua subjek dah menghabiskan silibus masing-masing..sekarang ni dalam proses membuat latih tubi..untuk subjek Kemahiran Hidup, sekarang ni pelajar-pelajar diberi menjawab soalan2 percubaan tahun lepas dalam membantu mereka untuk membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan sebenar PMR nanti..


Untuk pelajar-pelajar yang agak lemah, program intervensi telah dan sedang dijalankan..Alhamdulilah,proses intervensi berjalan dengan lancar..sekarang ni, mereka sendiri yang tentukan masa bile untuk berjumpa dengan cikgu,walaupun sabtu n ahad..pagi,petang ataupun mlm..insyallah klu weekend tu cikgu x ke mana-mana, cikgu akan ke maktab..x perlu lagi cikgu yang mencari mereka, meminta mereka dtg kepada cikgu seperti dulu-dulu..masing-masing dah tau akan tanggungjawab masing-masing..so,sikap mcm ni la yg perlu diamalkan sebagai pelajar..klu x faham tanyer dan jumpa dengan cikgu masing2..

Kursus Komputer - Perisian IronCad 2011

Pada 19 hingga 21hb ni cikgu telah terpilih sebagai salah seorang daripada guru yang akan diberi pendedahan berkenaan dengan perisian IronCad 2011..Sedikit berkenaan dengan software ni :

IRONCAD is the productivity leader when it comes to moving creative ideas into full 3D reality. It utilizes a breakthrough Creative Design approach that delivers a level of design freedom unmatched in the industry today. IRONCAD is the tool of choice for design engineers when deadlines are tight and a high degree of unanticipated change is to be expected. It provides a fresh alternative to today's history based parametric only systems by providing the additional capability of a radical new drag and drop 3D environment that delivers unmatched ease-of-use, and superior productivity.

Perisian ni adalah perisian untuk membuat 3D design..hopefully akan membantu cikgu dlaam proses P n P kelak di samping menjadi value added kepada skills cikgu nanti dan juga pelajar2...

Ujian Selaras 1, Semester 2, 2011

Ujian selaras 1 untuk semester 2, 2011 akan berlansung pada 19 Julai hingga 22 Julai 2011 iaitu selama 4 hari. Jadual ujian adalah seperti berikut :

Tingkatan 1

Selasa : B.M, B.I dan Arab
Rabu : Math dan Science
Khamis : Sejarah dan Agama/Moral
Jumaat : K.H dan Geografi

Tingkatan 2

Selasa : B.M, B.I dan Geografi
Rabu : Math dan Science
Khamis : Sejarah dan Agama
Jumaat : K.H dan Arab

Tingkatan 3 (Pra Percubaan 1)

Selasa : BM 1 dan 2, Agama
Rabu : B.I 1 dan 2, Science 1 dan 2
Khamis : Math 1 dan 2 dan K.H
Jumaat : Sejarah dan Geografi

Tingakatan 4

Selasa : B.M, B.I dan Agama
Rabu : Math dan Physic
Khamis : Add Math dan Biologi/Akaun
Jumaat : Chemistry dan Sejarah

Diharap pelajar-pelajar dapat membuat persiapan yang rapi sebelum menduduki ujian ini..di mana markahnya diambil kira dalam pengiraan PNG untuk semester ini..good luck!!!

Sunday, July 10, 2011

Aktiviti maktab minggu ini..

Isnin, 4 Jul


Perlantikan Badan Wakil Pelajar yang baru untuk sesi akademik 2011/2012 yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dan 4 yang telah dipilih secara demokrasi oleh pelajar-pelajar dan guru-guru melalui pilihanraya maktab. Semoga mereka yang dipilih dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin tanpa menjejaskan prestasi akademik mereka (kene pandai uruskan masa antara akademik dan tugas BWP)


Isnin - Jumaat, 4 Jul - 8 Jul


Pelajar-pelajar Tingkatan 3 menjawab soalan percubaan negeri Kelantan dan Selangor 2010 untuk subjek Kemahiran Hidup.Ini adalah sebagai persediaan dan latihan terancang bagi Unit Kemahiran Hidup bagi mereka menghadapi peperiksaan pre trial 1, pre trial 2, trial MARA, post trial, dan seterusnya peperiksaan PMR sebenar..


Jumaat, 8 Jul


Pelajar-pelajar pulang bermalam


Jumaat - Ahad, 8 Jul - 10 Jul


Pelajar-pelajar tingkatan 2 menyertai Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Kampung RPSB batu 8, Lepar..ala2 program anak angkat di mana mereka mendapat sebuah keluarga angkat mereka di sana..

Saturday, July 02, 2011

Perkongsian Ilmu PGG Tingkatan 3

Hari ni telah diadakan Perkongsian Ilmu - Seminar Menjawab Soalan Kemahiran Hidup Tingkatan 3 pelajar-pelajar MRSM Tun Abdul Razak oleh Cikgu Hazly..di harap dengan perkongsian ilmu ini dapat membantu pelajar-pelajar PMR maktab ini untuk mendapat 100% A dalam subjek KH..