Friday, September 30, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2010)

Syukur banyak2 kepada tuhan kerana memberikan rezeki yang tak terjangka oleh cikgu..malam terakhir cikgu di KL time meeting tu, dapat pesanan ringkas (SMS) drpd KJ cikgu bgtau yang cikgu dapat APC tahun ni dan majlisnyer diadakan pada hari Khamis..naseb baik la meeting cikgu abis hari Rabu..so, lepas abis meeting Rabu terus balik ke Pekan..

Sebenarnya cikgu x sangka pun dapat anugerah ni,br jer 2 tahun berkhidmat di maktab ni..tp,rezeki kan..syukur...di harap dengan anugerah ini cikgu akan terus mengekalkan momentum prestasi ini dan dapat meningkatkannyer lagi pada tahun2 akan datang..terima kasih kepada pihak pengurusan maktab, ketua jabatan sains sosial, guru2 MRSM Tun Abdul Razak terutamanya guru2 di Jabatan Sains Sosial terutamanya Unit Kemahiran Hidup, semua pelajar-pelajar, ibu bapa, famili cikgu terutamanya mak n abah yang sering memberi nasihat kepada cikgu..sekali lagi terima kasih yang x terhingga cikgu ucapkan..



Kad Jemputan




Sijil Penghargaan



Buku majlis 



Cek RM1,000

Tuesday, September 27, 2011

Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

Permohonan untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah telah pun dibuka.Syarat serta permohonan boleh diperolehi di laman web MARA.Kepada yang berminat sila layari http://www.mara.gov.my/..

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2012

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM tahun 2012 telah pun di buka..iklan beserta syarat-syarat permohonan boleh diperolehi di laman web MARA..kepada yang berminat,sila layari http://www.mara.gov.my/

V garden Hotel

Ni adalah hotel yang cikgu duduk semasa Meeting Penataraan KHB di adakan di Seri Cempaka Service Suites..hotel ni yang paling dekat dengan Seri Cempaka..baru je beroperasi dlm lebih kurang sebulan..oklah..cantik..bilik pun ok..designnyer modern..walaupun biliknye simple jer.. nama hotel ni V Garden Hotel.. :-)


Malam2 lepak kat sini ambik angin dengan Cikgu Dina n Kak Ros..

Dari tingkat atas..

Standard Room

Meeting..

Tak jd g kursus Human Code di Penang coz tarikhnya bertindan dengan meeting penataraan untuk subjek kemahiran hidup di Sri Cempaka Service Suites, dekat ngan Jusco Maluri..meeting ni dikendalaikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan di hadiri oleha cikgu2 sekolah kementerian dari zon tengah iaitu negeri di selatan Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan, dan termasuklah 7 orang cikgu MRSM (pekan,bentong,kuala kelawang,kuala kubu baru,lipis,felda,kuantan termasuklah KPP KH iaitu Kak Hasnah) dan juga cikgu2 sekolah swasta sekitar..meeting ni bermula pada 26hb dan akan berakhir pada esok hari..dr pg hinggalah ke malam..1st time meeting bersama2 cikgu2 sekolah kementerian..

So,meeting ni cikgu2 didedahkan dengan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) yang akan dilaksanakan bermula pada tahun hadapan untuk pelajar2 tingkatan 1, di mana pelajar2 tingkatan 1 tahun depan tidak akan mengambil PMR (setakat yang dimaklumkan) kerana PMR akan dihapuskan pada 2014..so far,ok la..still boleh faham dengan apa yang disampaikan oleh LPM kepada cikgu..hopefully tahun depan pelaksanaan PBS ini akan berjalan dengan lancar..

Monday, September 26, 2011

EPRD n UKM

Last week cikgu berkesempatan pergi ke EPRD Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya mencari bahan rujukan untuk kertas projek cikgu..1st time ke sini,naseb baik ade signboard,so,alhamdullilah la..x sesat..huhuhu.cume nak cr parking tu susah skit coz kat dlam tu xde tenpat parking utk pelawat..so,parking kat luar building tu..dekat2 ngan Alamanda...seharian menghabiskan masa di situ, esoknyer cikgu ke UKM pulak..Perpustakaan Tun Sri Lanang tempat yg dituju..tq kepada pakcik cikgu yang tinggal di kajang yang menunjukkan jln ke UKM tersebut..then.sebelum balik,sempat ke Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UKM..mesra sungguh akak yang jaga kaunter di fakulti ni..sangat baik..namenye Kak Zizah..n akak yg jaga pusat sumber tu jugak sangat membantu..


Replika robot ni di letakkan di hadapan kaunter kt Perpustakaan Tun Sri Lanang,UKM..kreatif..hanya menggunakan PC lama yang tidak digunakan lagi..

 Pokok Idea - diletakkan di ruang legar bangunan KPM..idea yang baik bg mendapatkan idea2 yang bernas utk penambahbaikan..mungkin boleh diimplimenkan kat maktab..tp,xde pun sesiapa yang menampalkan idea mereka di pokok idea ni.huhuhu..

Facebook berwajah baru

Lame x bukak fb ni..semalam bukak tgk dah agak lain skit layout nyer..huhuhuhu...

Assigment pertama semester ini

Assignment pertama untuk semester ini bagi subjek KPT 6044 - Pengajaran berasaskan elektronik dan web..kene buat blog akademik yang berkaitan dengan subjek masing2..actually cikgu dah memang ade dah blog utk subjek KH..tp,kene buat yang br jugak..huhuhu..anyway,xpe la..bukan susah pun..satu lagi cikgu diamanahkan utk buat blog utk subjek KPT6044 dimana dlm blog tu nanti akan di linkkan semua blog2 student kelas KPT6044..so,kene bina 2 blog..hopefully dapat siap dlm minggu ni.. :-)

Monday, September 19, 2011

Bermula semester terakhir...

Minggu ni bermulalah kembali perjuangan cikgu berulang-alik sejauh 600++ km setiap minggu ke UPSI..actually ni adalah semester terakhir untuk pengajian sarjana cikgu..sem ni tinggal 1 subjek n Kertas Projek sahaja..ambik subjek KPT 5044 (Pengajaran Berasaskan Elektronik dan Web), menarik je nampak tajuk subjek ni..sebab tu cikgu pilih subjek ni..hehehe..n PPP6006 iaitu kertas projek...harap2 dapat la siapkan kertas projek ni dalam semester ni.. :-)

Kurus..oppss..kursus!!!!

Minggu depan 26 hb hingga la ke 30 hb September cikgu di tawarkan untuk menghadirkan diri ke Kursus HUMAN CODE yang diadakan di ILKM, Jawi Penang..So,seminggu la cikgu tiada di maktab..jgn risau, kelas cikgu akan digantikan oleh cikgu Asma, Rizal ataupun Hazly...so,jgn noty2 yer student2 kelas cikgu xpecialy student form 3 dimana mereka akan menduduki peperiksaan PMR 2 minggu je lagi...

Peperiksaan Ujian Selaras 4

Peperiksaan Ujian Selaras 4 akan bermula esok 20 Sept sehingga 23 September 2011 (Selasa hingga Jumaat) yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1 , 2 dan 4. Di harap mereka akan bersedia bagi menghadapi peperiksaan ini di mana markah ujian ini adalah 15% daripada markah PNG untuk semester ini....Good Luck..

Thursday, September 15, 2011

Analisis Percubaan PMR 2011

Analisis percubaan PMR MRSM telahpun dikeluarkan..untuk maktab ini berdasarkan GPM, pelajar-pelajar tingkatan 3 ini mendapat ranking ke-7 daripada 39 MRSM..dan untuk subjek Kemahiran Hidup, maktab ini mendapat rangking ke-5 daripada 39 buah MRSM..tahniah di ucapkan kepada semua guru dan pelajar dan di harap keputusan ini akan membakar semangat pelajar-pelajar untuk terus mengorak langkah dengan lebih antas dan gigih untuk mencapai kecemerlangan yang diidam-idamkan oleh mereka sendiri, guru-guru, ibubapa dan keluarga anda semua...

Keputusan Ujian Post-Trial

Keputusan ujian post-trial maktab untuk subjek Kemahiran Hidup yang berlangsung semalam untuk kelas 3G dan 3H adalah seperti di bawah :


3H : http://www.scribd.com/doc/65036238/Post-Trial-3h

3G : http://www.scribd.com/doc/65037802/Post-Trial-3g

Footwear Design Competition 2012

Last 3 days cikgu terjumpe article tentang pertandingan ni..alamak,lagi 3 hari nak closing utk submit artworknyer..tarikh tutup 15 Sept..tp,nak gak enter this competition..semalam n hari ni bertungkus lumus menyiapkannya..tq Azimah sebab berjaya menterjemahkan design kasut mengikut idea yang cikgu beri kepadanya kepada satu artwork yang begitu cantik..n tq kepada Miss Murni n kak Fay yang seperti biase menjadi translator kepada cikgu.. :-) Alhamdullilah, dah hantar guna pos laju tengahari td..harap dpt sampai ke destinasinya esok..



Realistic coloured drawing (rendering) at 3/4 angle perspective-front view

Realistic coloured drawing (rendering) at 3/4 angle perspective-rear view


Top View


This special shoes are designed for the women who are emphasize on comfort, practically and style especially when following work and formal dress-code. When ‘court-shoes’ are required instead of the stylish and casual design preferred by the modern women. The specialty for this shoes are :

a) Adjustable heels : The heels of this shoes are adjustable according to the need and use. Available height are 1”,2” and 3”.

b) Adjustable breast : Breast are adjustable by elevating and lowering the height. It given the opportunity to users to give them comfort.

c) Adjustable cover : The shoes also have good air flow. With the adjustable cover user can fold the cover so that the front of the shoes are inter-changeable.

Wednesday, September 14, 2011

Majlis Restu 2011

Majlis Restu untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PMR awal bulan depan akan diadakan pada hari esok di surau maktab..Ibubapa tingkatan 3 dijangka akan hadir pada majlis esok..hari ni adalah hari terakhir pelajar-pelajar ini menduduki peperiksaan post trial..

Sunday, September 11, 2011

Pertandingan Menghasilkan Video Isu Global

Anjuran : Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Tema :"Menangani Isu Global Tanggungjawab Bersama
Theme : "Handling Global Issues : It's A Collective Responsibility"

Bidang-bidang berkaitan dengan Penghasilan Video :

•Isu Alam Sekitar
•Pendidikan Perbandingan
•Etika dan Nilai Dalam Pendidikan
•Pendidikan Kepelbagaian Budaya
•Pemikiran dan Ideologi
•Perkembangan Ekonomi dan Kemiskinan
•Pendidikan Keamanan
•Globalisasi
•Budaya
•Gender
•Pendidikan Antara Budaya
•Isu Kesihatan Awam
•Tenaga Yang Diperbaharui
•Pendidikan Untuk Semua dan Sasaran Pendidikan Milenium
•Pendidikan Pribumi

Objektif :

•Membangkitkan kesedaran ahli akademik, pelajar UPSI dan masyarakat terhadap isu global
•Menghasilkan rakaman video yang memberi kesan mendalam terhadap kesedaran masyarakat terhadap isu global
•Menggunakan media sebagai wahan untuk menangani isu global
•Menyediakan peluang yang kreatif untuk ahli akademik, pelajar UPSI dan ahli masyarakat menangani isu global

Syarat-syarat Pertandingan :

•Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia kecuali kakitangan PPGAB dan barisan hakim pertandingan
•Setiap peserta hanya boleh menghantar satu tayangan sahaja dan tempoh tayangan tersebut mestilah tidak melebihi 15 minit
•Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia atau pun Bahasa Inggeris, akan tetapi, peserta tidak boleh mencampuradukkan penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
•Format yang dibenarkan : MPEG atau MP4
•Video yang dihantar mestilah belum pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan video atau disiarkan di mana-mana penerbitan
•Semua video mestilah berwarna dan teknik-teknik memanipulasi video adalah tidak diterima
•Kandungan video boleh dirakam dari aktiviti harian yang sebenar atau lakonan yang direka cipta
•Setiap CD mesti dicatat Tajuk Video, Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Staf / Pelajar (Warga UPSI), Fakulti / Jabatan (Warga UPSI), Jenis Pekerjaan, Nombor Telefon dan Alamat Surat Menyurat
•Setiap CD yang dikemukakan untuk pertandingan ini tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik PPGAB
•Pihak Penganjur berhak menyimpan, mempamer dan menyalin semula video yang dihantar tanpa perlu mendapat keizinan atau membayar kepada peserta

•Kriteria Penilaian

1. Kreativiti :Mestilah menarik dan luar biasa
2. Impak :Mestilah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati penonton dan dapat mendidik masyarakat berhubung isu global
3. Bahasa :Bentuk bahasa yang boleh diterima umum
4. Nilai :Menonjolkan nilai-nilai sarwajagat dan tidak menyinggung perasaan mana-mana individu atau kumpulan

Tarikh tutup penyertaan : 30 November 2011

Ideation Award 2012

Are you an aspiring furniture designer with an eye for beauty, practicality and thought for the environment?
Do you want an opportunity to turn your dream furniture design into reality?

If you answered yes to both, the Ideation Award 2012 is just for you! You might just be Malaysia's next up and coming furniture designer! Ideation Award is open to the young and talented Malaysians and foreigners residing, working or studying in Malaysia with authorised permits, aged 30 and below. Organised by the Malaysian International Furniture Fair and co-organised by Arcradius Consulting Sdn Bhd, the Ideation Award was conceptualised to bring the best emerging Malaysian talents into the international furniture arena.

The theme for the Ideation Award 2012 is “My Favorite Chair” where the participants are required to design furniture in seating (single piece or set) that suits the contemporary lifestyle and environmentally conscious. Great prizes are in store for you! The winning designs will be constructed into working prototypes where they will be exhibited at the prestigious Malaysian International Furniture Fair 2012 (MIFF 2012).

Untuk yang berminat boleh layari http://miff.com.my/ideation/... satu lagi pertandingan yg boleh disertai.. :-) jgn berputus asa...

Pendaftaran Kursus dan Semester

Memo dari IPS (Institut Pengajian Siswazah) UPSI :

PENDAFTARAN SEMESTER DAN KURSUS SECARA ONLINE BAGI PELAJAR LAMA BOLEH DIBUAT MULAI 12 SEPTEMBER 2011 (ISNIN) MELALUI MYUPSI PORTAL. BAYARAN YURAN PENGAJIAN BOLEH DIBUAT DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) MULAI 29 OGOS 2011 (ISNIN).





PELAJAR-PELAJAR BOLEH MENYEMAK KADAR BAYARAN YURAN PENGAJIAN MELALUI MY UPSI PORTAL. SLIK KLIK PANDUAN PENDAFTARAN SEMESTER & KURSUS SECARA ONLINE MELALUI MYUPSI PORTAL.




HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH



Ermm..maka akan bermulalah perjalanan cikgu sejauh 300km++ setiap minggu bermula minggu depan..syukur sgt2 ni adalah semester terakhir cikgu bagi menamatkan pengajian di peringkat sarjana ini..hopefully..sem ni ade 1 subjek pendidikan yang perlu cikgu daftar dan juga tesis..TESIS???huhuhu...sesuatu yg mencabar untuk menyiapkannya... ;-)

Saturday, September 10, 2011

Keputusan Product Design Competition DDEC

Keputusan Pertandingan Product Desin telahpun diumumkan di laman facebook DDEC..nampaknye takde rezeki cikgu untuk pertandingan ni..design yang cikgu submit http://yazid83.blogspot.com/2011/08/innovative-idea.html gagal memenangi hati juri2..huhuhu..SEDIH???of cos la SEDIH, sape yg x SEDIHH, tp kene terima keputusan ni dengan hati terbuka..kene buat yang lebih baik lagi nampaknyer..tp,at the same time cikgu memang impikan design yg cikgu buat ni menjadi realiti..semua sekolah akan menggunakannya... :-)



Friday, September 09, 2011

Sambutan Hari Raya Maktab..

Malam tadi ada sambutan hari raya di maktab ni..majlis bermula selepas solat isyak di Dewan Selera.. antara hidangan yang disediakan adalah sate, laksa, rendang daging,lemang,ketupat palas dan bermacam-macam lagi..

Tuesday, September 06, 2011

Pasca Percubaan PMR 2011

Peperiksaan Pasca Percubaan PMR 2011 akan berlansung pada minggu hadapan selama 3 hari bermula Isnin sehingga Khamis..peperiksaan ini adalah peperiksaan terakhir sebelum pelajar-pelajar ini menduduki peperiksaan sebenar PMR bulan October ini..

Isnin : Bahasa Melayu, Geografi dan Agama
Selasa : English dan Science
Rabu : Math, Sej dan KEMAHIRAN HIDUP

Semoga Berjaya...

Pelancaran PGG...

Hari Khamis ni akan di adakan Majlis Pelancaran Program Gerak Gemilang untuk SPM 2012, PMR 2012 dan Check Point IGCSE..majlis akan bermula petang di Dewan Besar MRSM Tun Abdul Razak..semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna...

Monday, September 05, 2011

Keputusan Peperiksaan Trial MARA 2011

Keputusan peperiksaan Trial MARA untuk subjek Kemahiran Hidup telahpun dikeluarkan...alhamdullilah..2 kelas yang cikgu ajar mendapat result yang baik walaupun kurang dr target cikgu iaitu 100% A..untuk kelas 3G, 2 org yang mendapat B dan kelas 3H, 3 org yang mendapat B...selebihnya berjaya mendapat A..

Result kelas 3G : http://www.scribd.com/doc/63978155/Trial-Mara-3g

Result kelas 3H : http://www.scribd.com/doc/63978182/Trial-Mara-3h

Keluargaku...


Ermm..makin lame makin besar keluarga cikgu..tahun lepas dpt sorang anak buah n dpt adik ipar..tahun ni dpt lagi sorang anak buah..n insyallah ujung tahun ni atau awal tahun depan bakal dapat lagi seorang anak buah..best klu ade keluarga yang besar ni..expecially klu berkumpul ramai2..

Gambar kat atas tu di ambil semasa raya pertama ketika melawat anak buah yang br dilahirkan tempoh hari..cume yg tiada dlm gambar adalah keluarga abg sulong cikgu (x dpt balik coz keje) dan abg kedua cikgu, abg tam (berada di Canada)

Sunday, September 04, 2011

Hari Raya Aidilfitri 2011

Diam x diam genap 7 hari dah kite beraya..kejap jer rasenyer..raya tahun ni raya yg paling sibuk skit cikgu jd driver..hehehe..3 hari sebelum raya bawak mak g Melaka tgk adik ipar cikgu yg nak terbersalin..alhamdullilah..esoknyer ari sabtu jam 7.30 pagi cikgu dapat lagi seorang anak buah yang bernama Izz Arisya Damia iaitu anak kepada adik cikgu yg kawin last year tu..kene le tambah lagi budget duit raya..hahahaha..


Izz Arisya Damia...


Anak2 buah yang dah semakin membesar...


Kenduri di Ipoh..


LCCT...


Melawat anak buah baru di Ipoh..

Raya Pertama : ke Ipoh melawat anak buah baru..
Raya Kedua : ke LCCT hantar akak ipar dgn anak2nyer untuk balik ke Sarawak..husbandnyer (abg cikgu) ade urusan kerja di Canada..
Raya Kedua : balik dr LCCT trus ke kampung pulak melawat opah..atuk 2 2 dah xde..opah pun tinggal sorang je lagi..
Raya Ketiga : Balik semula ke rumah..
Raya Keempat : Rehat kat umah..ptg tu makcik dr Sabak Bernam dtg umah..
Raya Kelima : g kenduri kawin anak adik abah kat Ipoh..
Raya Keenam : balik Pekan lor..Isnin dah start keje...

Walaupun agak penat jd driver tp its ok coz time ni la nak berbakti pada mak n abah sementara mereka masih ada..dulu time kecik2 abah yg jd driver ke mana2..skrg ni turn abah plak la utk rehat,anak2 jd driver pulak.. :-)