Thursday, May 31, 2012

Kelas di UIA telah bermula

Hari Isnin yang lepas telah bermula kursus Diploma Pendidikan cikgu di UIA sehingga next week hari Khamis..kali ni jadual agak padat.Kelas start kul 8.30 pg hinggalah ke 9 malam..agak letih skit dengan tugasan2 yang perlu disiapkan sesegera yang mungkin...

Monday, May 28, 2012

Hari Pertama di UIA

Hari ni start hari pertama smbung dip ed kat UIA..harap2 ni kali terakhir la kat sini...jadual kali ni memang padat..dr kul 8.30 pagi till 10 mlm..everyday including saturday..no rest at all...ahad je la pun..itupun nak kene siapkan assignment lagi..huhuhu..

Saturday, May 26, 2012

Perhimpunan Jutaan Belia 2012

Semalam petang dpt fon col dr En Fendi dr Creative Young Talent 2012 yang menyatakan projek Easy Leg Pipe yang student cikgu buat terpilih sbg 'top four' bagi kategori Young Innovator..x di sangka-sangka..dan hari ni telah berlansungnya peringkat akhir di mana Danial Zulkifli telah bersainga dengan 3 org peserta lagi dlm kategori ini yg mana mereka terdiri dari pelajar UTM, KPTM Ipoh dan juga seorang magician...keputusannya, Danial berjaya mendapat tempat ke-2 sekaligus menerima anugerah Perak, wang tunai, Sijil dan Hamper..Tahniah!!!

Sunday, May 20, 2012

Kem Jabatan Sains Sosial

Kem Jabatan Sains Sosial bersama pelajar tingkatan 3 dan 5 MRSM Tun Abdul Razak telah pun diadakan pada 4 hingga 6 Mei yang lalu (dah lama dah,lupa nak update kat entry)..di Kem Agro Semuji, Gambang...

Bengkel Teknik Menjawab KHB 2012 Daerah Pekan

Last week dpt surat invitation untuk menyertai Bengkel Menjawab Mata Pelajaran KHB 2012 Daerah Pekan..Bengkel ni akan diadakan pada 18 June 2012 (bulan depan after semster 1 break) di Dewan SMK Seri Pekan, Pekan (x jauh pun sgt dr maktab ni)..cikgu n cikgu Asma akan menghadiri bengkel di disamping 8 orang pelajar yg akan dipilih nanti...

Persidangan Bitara Nasional 2012 (PERBINA X)

PERBINA X akan diadakan pada 10 hingga 13 Julai 2012 di M-Suites Hotel, Johor Bahru..pada PERBINA kali ini cikgu akan present satu paper..1st time nak present paper..agak berdebar jugak la..hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar...

Peperiksaan Akhir Semester 1

Peperiksaan akhir semester 1 telahpun berlangsung dari 14 Mei hinggalah 23 Mei bagi pelajar tingkatan 1,2,3 dan 4 manakala pelajar tingkatan 5 akan tamat peperiksaaan pada 24 mei 2012..Good luck!!
Untuk subjek KH, form one dah lepas pun examnyer..form 2 esok (21hb) dan form 3 pada 22hb...

Sunday, May 13, 2012

No. 3 PEKAN EXPLORACE

Semalam telah berlangsung acara PEKAN EXPLORANCE..alhamdullilah..geng cikgu dapat no. 3 utk acara ni...ni adalah gambar sekitar acara tersebut..


Group Kami


Check point 1 : produk inovasi


Sempat bergambar bersama urusetia di checkpoint 3


Ni kat trafic lite kat pintu gerbang


Dah nak sampai ke penghujung..mengisi jawapan..


Dah submit jawpaan tepat jam 10.50 pagi..kumpulan ke-4 yang hantar jawapan..


Yeahhh..tamat sudah


Produk2 inovasi yg telah dihasilkan semua kumpulan


Berpanas menunggu skema jawapan..

Dapat bergambar, bersalam dan berdiri sebelah PM

Gambar ni diambil semasa penyampaian hadian PEKAN EXPLORACE sempena Karnival Youth of Pekan semalam..bangga sangat...




Wednesday, May 09, 2012

Kuiz Hari Harta Intelek 2012

Alhamdullilah..akhirnya keputusan Kuiz Hari Harta Intelek 2012 dah pun dikeluarkan kat fb MyIPO...dan cikgu berjaya mendapat tempat ke-3.... :-) syukurrr....

Wednesday, May 02, 2012

Dah abis blajar

Hari Isnin lepas cikgu sempat jumpe penyelia utk kertas projek sarjana cikgu..hampir 3 jam duk depan beliau smbil beliau menanda kertas projek cikgu tu..alhamdullilah..penyelia cikgu berpuas hati dengan kertas projek cikgu..akhirnya..selesai sudah pengajian cukgu di peringkat sarjana...Phd?hehehehe...

1 May 2012

Semalam 1 Mei 2012, genap 2 tahun cikgu berpindah ke MRSM Pekan ni..rase mcm br jer dtg sini..huhuhu... :-)