Wednesday, July 25, 2012

ZALORA

Td dah sampai pun baju yan cikgu beli secara online dr website ZALORA..online sfashion..1st time sebenarnyer beli baju online..naseb baek le size tu sesuai n fit dengan badan..x besar, x kecik..sedang2 ajer...


Sunday, July 22, 2012

Workshop Anugerah Hijau 2012

Workshop ni diadakan pada 13,14 dan 15hb Julai di Institute of Biodiversity, Lanchang Pahang..time ni cikgu ke PERBINA di M Suites di JB..so,mintak tolong Cikgu Azimah gantikan cikgu sebagai guru pengiring utk 4 org student maktab ni yang terpilih dalam kategori Fashion Design untuk Anugerah Hijau 2012 ni..

Friday, July 20, 2012

Thursday, July 19, 2012

Makan Mertabak Mengkasar

Lepas abes kelas vokal semalam,sempat bawak cikgu Siti Hajar g makan mertabak mengkasar kat Pekan 20120718_192447 20120718_192109 20120718_192047 20120718_185437

Wednesday, July 18, 2012

Seminar Pemantapan Vokal

Hari ni telah berlangusngnyer seminar pemantapan vokal oleh Cikgu Siti Hajar (bekas pengajar Akademi Fantasia)..alhamdullilah..seminar ni berjalan dengan lancar dan baik..terima kasih kepada guru-guru dan staf2 yang memberikan sokongan..juga kepada murid2 sekalian..di harap, dengan ilmu yg diberikan td, dapat meningkatkan keyakinan diri, cara penyampaian dan lain-lain..Ingat, blajar vokal bukan hanya semata-mata untuk jd penyanyi!!!

1

Tuesday, July 17, 2012

Sesi Briefing Piala Seri Endon 2012

Gambar-gambar ni di ambil semasa sesi taklimat untuk Finalis Piala Seri Endon 2012 yang diadakan di Seri Pacific Hotel..dekat2 ngan PWTC...taklimat bermula 2 ptg hingga 4.30 ptg..pas abis taklimat trus balik sebab nak tunggu Cikgu Siti Hajar sampai di Pekan untuk program Seminar Pemantapan Vokal esok hari







Monday, July 16, 2012

Berikan ku kekuatan..

Dua minggu ni rase mcm sebok  yg teramat sgt..strat dr PERBINA..then PePIN..esok plak ke KL untuk briefing Piala Seri Endon..pastu esoknyer nak uruskan seminar pemantapan vokal..the, jumaatnyer ade hari akademik...penat rasenyer drive dr Pekan ke Johor, then balik ke Pekan,esoknyer ke Melaka,then balik ke Pekan..pastu ke KL..then balik semula ke Pekan..

Tpi,walaupun terase penat, bila balik je maktab kejap ari tu,dpt tau keputusan pra trial utk kelas 3D dan 3B, xde yg dpt C dan D, rase hilang skit penat tu..walaupun ade dlm 5 orang yang x lepas target cikgu 45/60 (tapi still dapat B)..its ok..next week ade satu lg pra trial n hoefully kali ni semuanya akan dapat at least 45 over 60...

Next week jugak akan start teaching praktikal...next week jugak akan start puasa..next week jugak akan start ambil alih 2 kelas form 1 Cikgu Asma yang br je cuti bersalin minggu lepas (br dapat baby boy)..

Anugerah Kertas Kerja Terbaik

Alhamdullilah.. x sangka pun ade anugerah ni time persidangan ni..tetibe jer diumumkan Anugerah Kertas Kerja Terbaik ni time majlis perasmian..yg lebih mengejutkan, cikgu punyer kertas kerja dipilih sebagai kertas kerja terbaik bagi kategori sains sosial & pendidikan..rezeki..dapatlah sijil kat bawah ni..


Sijil Anugerah


Sijil disampaikan oleh wakil Pengarah PMM

Sekitar PePIN 2012

Gambar sekitar PePIN 2012 yang diadakan di Politeknik Merlimau, Melaka..15 hingga 16 Julai 2012..

Pintu gerbang PMM


Sijil Penghargaan


Present di bilik seminar 2 pukul 2.30 petang..

tag untuk pembentang kertas kerja

Sunday, July 15, 2012

Hari PertamaPePIN 2012

Petang td hadir ke bengkel Penulisan Artikel & Methodology Penyelidikan sempena PePIN 2012..


Friday, July 13, 2012

Piala Seri Endon

Alhamdullilah....memang x sangka....dapat masuk 2nd round Piala Seri Endon..1st time join comp ni..

Thursday, July 12, 2012

Persidangan BITARA Nasional MRSM 2012


Alhamdullilah..selesai sudah membentangkan kertas kerja di PERBINA 2012...pengalaman pertama yang amat menyeronokkan..walaupun time nak menunggu untuk present tu hanya tuhan sahaja yg tau rasenyer..huhuhu






Saturday, July 07, 2012

World Championship of Perfoming Arts 2012

Anak buah cikgu telh terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Seni Persembahan 2012 / World Championship Performing Arts di California, Amerika Syarikat. GOOD LUCK cikgu ucapkan...



Seminar Pemantapan Vokal

Satu seminar pemantapan vokal akan diadakan di MRSM Pekan pada 18 Julai ni..cikgu yang anjurkan seminar ni..tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar2 dan guru2 tentang vokal..bukan semata mata nak melahirkan penyanyi jer..harap faham...pengisian seminar adalah seperti berikut :

Teknik Asas Vokal
Teknik Pernafasan
Pemantapan Sebutan
Latihan Asas Teknik Vokal

Penceramah adalah Cikgu Siti Hajar (guru Vokal Akademi Fantasia)...

IID UiTM Terengganu 2012

Tahun ni nak join IID UiTM Terengganu..sebelum ni asyik bawak student jer g Pertandingan Inovasi..tp, kali ni cikgu pulak nak masuk pertandingan inovasi utk projek / inovasi yg cikgu buat ni..pertandingan ni akan diadakan pada 20 September nanti...


PePIN 2012

Persidangan Inovasi dan Penyelidikan, PePIN 2012 akan diadakan di Politeknik Merlimau Melaka pada hari Ahad 15 dan 16 July ni..cikgu akan membentangkan satu kertas kerja dalam persidangan ni..sekarang ni dah mula berjinak jinak untuk present paper di mana2 persidangan..sesuatu yang baru bg cikgu...ye la,xkan nak mengajar jer...sometimes kite perlu meningkatkan taraf profesionalisme kite..


Anugerah Inovasi MARA 2012

Tahun ni pengetua minta cikgu masuk Anugerah Inovasi MARA 2012..bertungkus lumus menyiapkan projek n dokumentasi untuk inovasi yang cikgu buat ni...nama inovasi ni Kit Ortho-Pro...dah siap semuanya hari ni, then ari Isnin nanti nak tunjuk kat pengetua coz nak submit...klu ada rezeki, insyaallah....


PERBINA 2012

Selasa ni cikgu akan ke JB untuk menghadiri Persidangan BITARA Nasional (PERBINA 2012)..klu 2 tahun dulu jd jd peserta, tp tahun ni cikgu jd pembentang..1st time present paper depan org ramai..selalunyer present assignment kat dalam kelas jer dulu..heheehehe..hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar..slide presentation yg gune PREZI dah siap, dah siap potostat 60 copy..cume skrg belum packing baju jer lagi.hehehe...
Ni slide pertama..slide2 seterusnyer x leh le tunjuk kat sini dulu :-)

Bowling Piala Pengetua kali ke-3

Last week telah berlangsungnya Pertandingan Bowling Piala Pengetua buat kali ke-3..alhamdullilah, tahun ni cikgu dapat no. 4 inidividu lelaki dan johan kategori berpasukan bersama-sama cikgu izwan, rizal n kak yus...jatuhan 403 pin untuk 3 games..kurang 2 pin untuk pintas asmanizam yg berada di kedudukan ketiga individu lelaki..frust jugak la skit!!!