Tuesday, April 30, 2013

Anugerah Harta Intelek 2013

Hari ni telah berlangsungnya penilaian akhir Anugerah Harta Intelek 2013 bagi zon timur di Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota..ade lebih kurang 10 projek yg diperesentkan ari ni..alhamdulillah..projek Whoopy Woops dr Nazmin & Suraya berjaya dpt tempat ke-3..membawa pulang piala, medal,sijil dan RM200..tahniah kpd Cikgu Fakaruddin dr SEMSAS kerana student beliau berjaya mendapat tempat pertama & kedua..

 
Pemenang pertama,kedua dan ketiga.studentnyer semua perempuan.tp,advisornyer dua dua cikgu lelaki..

 
Piala


Medal

Peralatan MURAL

Last week,sehari sebelum majlis perasmian maktab ni,wakil dr pihak PLUS dtg maktab menghantar baang2 keperluan utk Pertandingan MURAL ari tu..byk jugak la alatan yg dihantar.ade roller cat,berus,sarung tangan n lain2 .terima kasih kpd pihak PLUS..
 

Semua barang2 di masukkan dlm plastik ni..
 

 

Sunday, April 28, 2013

The BIG BAD WOLF!!!


Petang td lepas abes je majlis perasmian maktab, trus ke Kuantan...pegi ke The Big Bad Wolf Book Sale!!kat Zennith Hotel..esok last day..punye la ramai org td..nak bayar pun beratur pjg.. :-)

Buku Perspektif 2012

Td time perasmian td ade diberi Buku Perspektif 2012-Menelurusi Transformasi, Majlis Amanah Rakyat..belek2 dlm buku ni, ade diselitkan antara kejayaan2 MRSM TAR sepanjang 2012..





Selesai sudah

Alhamdulilah..selesai sudah majlis perasmian maktab ni...MB Pahang mewakili PM dlm perasmian hari ni..lege..semuanya dah selesai..lepas ni prepare utk Minggu Bahasa & Debat pulak.. :-)




Saturday, April 27, 2013

Perasmian MRSM TAR

Esok akan berlangsungnya majlis perasmian MRSM TAR!!!!!!!!!!!!!!

 
Bergmbar dgn bunting!!
 
 
Tgk kat fb group Pekan Bandar Di Raja ade dipostkan jugak pasal perasmian maktab esok..
 

Friday, April 26, 2013

No 2

Petang td telah di adakan majlis penutup Bulan Sanis & Teknologi di SBPI..dlm majlis ni jugak diumumkan keputusan Pertandingan Inovasi & Rekacipta Muda Instar 2013 yang mana pertandingan ni telah berlangsung ari rabu ari tu..alhamdullilah,projek Nazmin & Suraya dpt tempat ke-2 (Anugerah Perak)..tempat pertama & kedua dimenangi oleh pelajar Instar..rase berbaloi la,walupun cikgu agak sibuk dengan persediaan perasmian maktab, tp,still boleh hantar jugak student utk pertandingan ni..n dlm pada masa yang sama ni, tengah bekerja keras untuk pastikan projek-projek pelajar2 yang akan dihantar ke pertandingan ICE@IKIP, tarikh tutupnyer 10 Mei ni..n dlm masa yang terdekat ni, nak prepare sekali lagi utk Nazmin & Suraya, viva mereka utk pertandingan anugerah harta intelek zon timur selasa depan..
 
 

Wednesday, April 24, 2013

Prezi utk Whoopy Woops!!




Pertandingan Inovasi & Rekacipta InSTAR

Td ptg hantar Suraya & Nazmin ke sekolah sebelah utk join pertandingan inovasi yg dianjurkan SBPI Tun Abdul Razak..dlm pd masa yg same gak,petang td ade meeting utk perasmian maktab ni..berlari2 la jugak kejap ptg td..


Jarang sangat pakai kemeja putih g maktab..entah mcmane ari ni tetibe jer teringin nak pakai kemeja putih ni..then pakai dgn tie hitam..dah mcm LDP maktab plak..huhuhu


Persedian ke InSTAR

Malam semalam n malam td buat persiapan utk pertandingan inovasi dan rekacipta anjuran sekolah sebelah ni, Sekolah Integrasi Tun Abdul Razak dengan Nazmin & Suraya...bwk 1 projek jer..pertandingan ni akan diadakan pd petang ni kul 3..naseb bek dekat je,so,blh la g lepas abes kelas..
 


 
Display Board

Mural

Semalam ptg sempat buat discussion dgn azimah & kak yus tentang pertandingan mural PLUS tu..bincang pasal concept mural yg akan kami dibuat nanti..by next week insyaalah la cikgu azimah akan siapkan design utk mural tu..
 
Alamak,rambut makin xde..huhuhu..

 

Monday, April 22, 2013

iCE @ IKIP

Td dpt invitation dr IKIP untuk student2 maktab ni join iCE (Innovation Competition Exhibition) anjuran IKIP..dieorg hantar poster pertandingan ke maktab pagi td..tarikh tutup 10 May ni..x lame lagi sebenarnyer..ade 2 minggu je lagi..dengan bz nak uruskan perasmian maktab ni lg..hopefully akan ade la student yg nak join pertandingan ni..hadiahnyer agak lumayan gak..just generate idea n transfer the idea dlm bentuk poster presentation..xde prototype pun diperlukan..
 
 

Sunday, April 21, 2013

Tenpin Bowling Masters IPMa Pahang 2013

Malam td diadakan Pertandingan Tenpin Bowling Masters IPMA Pahang 2013 anjuran MRSM Muadzam..uh,dgr name bowling masters..tp,cikgu xde la masters mane pun main bowling ni..setakat beginner je pun..pemilihan peserta ni adalah berdasarkan ranking masa pertandingan bowling IPMa Pahang beberapa bulan yg lepas..ade 13 peserta yg dipilih utk join pertandingan ni..MRSM TAR diwakili cikgu n cikgu Ade Sukma..resultnyer cikgu dapat number 7, &cikgu Ade Sukma dapat number 4...oh ya,terima ksih pd individu yg sponsor yuran penyertaan cikgu & cikgu Ade Sukma utk pertandingan ni :-)
 
 

Saturday, April 20, 2013

Bekas anak murid

Semalam Iqram Fitrishah (kelas 3D 2012) yg sekarang ni berada di MRSM PKP Taiping dtg maktab dengan ibunya..sempat la die dtg jumpe cikgu ptg semalam, kebetulan cikgu berada di maktab ptg semalam sebab ade mesyuarat perasmian MRSM TAR ni..sajeje dtg maktab,melepaskan rindu kat kwn2 die kat sini.kebetulan semalam Perak cuti n ibunya ade urusan di Pekan...
 
 

Cokelat dr Langkawi

Terima kasih kpd cikgu nasrun yg memberi ole2 kpd ahli2 UPPM selepas pulang dr mesyurat ketua UPPM kat Langkawi :-)


Perasmian MRSM TAR

Majlis perasmian MRSM TAR oleh PM akan diadakan pada 28 April 2013 pada jam 11 pagi bertempat di Dewan Besar MRSM TAR..Minggu Bahasa dan Kuiz Bahasa & Sastera, Debat MRSM Se-Malaysia  akan ditunda ke June...start minggu depan pasukan koir maktab akan mula menjalankan sesi latihan bg persediaan perasmian maktab ni...

Perasmian Penutupan KEJORA 2013

Semalam telah berlangusngnya majlis penutupan untuk KEJORA 2013 yg disempurnakan oleh YDP MUAFAKAT MRSM TAR..rumah sukan LEGACY menjadi johan keseluruhan KEJORA tahun ni (rumah sukan cikgu!!)..
 

 
Bersama AJK Pengurusan Peserta


100 meter P13

 
100 meter L15



 

Friday, April 19, 2013

Thursday, April 18, 2013

AHI 2013

Alhamdullilah..buat kali ke-3 berturut2 ade projek student maktab ni yg dpt ke peringkat sesi penilaian untuk Anugerah Harta Intelek..tp,belum penah lagi projek yg dipresent dpt jd top 3 :-) belum ade rezeki lagi agaknyer..kene berusaha lebih gigih lagi..harap2 tahun ni dpt la jd top 3, walaupun cikgu tau saingannyer memang sengit...td br dpt email jemputan ke peringkat sesi penilaian ni..kali ni agak lain skit sebab dieorg pecah ikut zon,so,present kat Kuantan jer..klu tahun lepas n tahun sebelum tu present di KL..
 
 

Majlis Pelancaran Pertandingan Mural MUFORS 2013

Semalam cikgu n cikgu yuslinda ke PERSADA PLUS bagi menghadiri majlis pelancaran dan sesi taklimat berkaitan dengan Pertandingan Mural MUFORS 2013..terdapat 50 buah sekolah seluruh Malaysia yg terpilih ke pertandingan ni drpd 300++ yg menghantar penyertaan..bile tgk senarai 50 buah sekolah tu, 1 je MRSM yg join pertandingan ni, maktab ni..pihak Nippon paint bg voucher rm500 utk setiap sekolah utk beli cat..peralatan2 mengecat mural ni disponsor oleh PLUS.. :-)
 
 
Penyampaian sijil kelayakan


Kak Yus (cikgu seni maktab ni)

 
Senarai 50 sekolah yg terpilih..sabah n serawak pun ade..

 
Pemenang 2 tahun lepas

 
Kat gimik pelancaran

 
Lobi


 
 
 
 

Wednesday, April 17, 2013

Saguhati Jurnal

Alhamdullilah..dapat saguhati dr pihak UNI sebab kertas kerja cikgu ari tu dipilih untuk dimasukkan ke dalam Jurnal Inovasi MARA edisi 1, Disember 2012...so,lepas ni boleh la buat lagi kertas kerja utk dimasukkan dlm jurnal inovasi atau jurnal pendidikan MARA..
 
1 tahun,1 kertas kerja..ermm..mampu ker??hehehehe...

Acara KEJORA bermula

Acara saringan dan beberapa acara akhir untuk Kejohanan Sukan dan Olahraga maktab (KEJORA) dah pun berlangsung sejak ari Isnin yg td..utk KEJORA ni cikgu diletakkan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Peserta..Isnin ari tu handle utk final lontar peluru..semalam handle utk Rejam Lembing..n penutup KEJORA akan diadakan pada ari Jumaat ni..gambar xde coz lupe nak snap..

Pemilihan Peserta

Malam td sempat cikgu buat sesi presentation utk group2 yg dah mendaftarkan diri utk join Oil Rig Competition kat UTP June ni.terpaksa pilih 5 orang sahaja dr 5 kumpulan (25 orang semuanya) yang dah daftar nak join comp ni..sebab 1 sekolah hanya boleh menghantar 1 team sahaja...so,siapa yang terbaik akan terpilih la..