Monday, August 09, 2010

Group Presentation

Slide ni adalah hasil group assignment cikgu ngan classmate master cikgu, azman,fazly,abg zaha n abg shahril..dah dipresent pun last friday nite..utk subjek pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Tajuk assignment ni "PERBANDINGAN TEORI SISTEM DAN TEORI BIROKRASI"....slide ni cikgu yang buat, cume bahan-bahannyer kiteorg dah seperate2kan pada setiap orang utk cari..
















Sunday, August 01, 2010

Pasukan Teater Muzikal dapat no 3!!!!


Pasukan Teater Muzikal MRSM Tun Abdul Razak telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Teater Muzikal sempena Malaysia Inovatif 2010.Mereka meraih wang tunai RM1000 dan Piala Iringan.Tempat pertama dimenangi oleh SMK Air Puteh Pahang dan tempat kedua dari MRSM Kuantan.Persembahan dari MRSM Tun Abdul Razak mendapat perhatian dari penonton gelagat2 pelajar-pelajarnya yang begitu lucu dan berjaya membawa watak mereka dengan berkesan.

Mewarna batik..

Pada Karnival Malaysia Inovatif juga telah diadakan pertandingna mewarna batik 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Nur Arfa Batik.Cikgu cube2 je masuk pertandingan ni..x penah pun lagi mewarna batik2 ni..huhuhu...ni la hasilnyer..

Booth MRSM TUN ABDUL RAZAK..

Karnival Malaysia Inovatif 2010 zon timur telah diadakan pada 29/7 hingg 31/7 di Terengganu Trade Centre..Di bawah ni cikgu paparkan gambar2 booth mrsm tun abdul razak yang menyertai pertandingan ini dengan projeknyer EASY FAN CLEANER..terdapat 46 penyertaan awal utk kategori sekolah menengah dan hanya 6 projek yang dipilih sebagai finalis..pemenang tempat pertama jatuh kepada MRSM MUadzam Shah yang memenangi RM3000 dan 5 lagi projek masing-masing mendapat hadiah saguhati.
Walaupun kami tidak memenangi pertandingan ini, tp byk pengalaman yang dapat kami kutip dr karnival ini.Yang lebih membanggakan adalah kami mendapat byk feedback drpd pengunjung yang mengkehendaki produk ini dipasarkan. Kami juga mendapat sokongan dari kakitangan SIRIM untuk mempatenkan produk ini, staf dr IKIP Kolej yang mahu membantu kami untuk mengupgrade projek ini dan dr JPN Pahang yg akan membantu utk memasarkan produk ini..Alhamdulliah..
i
Booth MRSM Tun Abdul Razak
Hanif, cikgu n aliff
Bersama pelajar-pelajar dr Sek Teknik Kuala Lipis
Bersama pemenang kategori sekolah menengah dari MRSM Muadzam Shah
.

Gambar kenangan di pentas