Sunday, October 24, 2010
Saturday, October 23, 2010
Sempat jumpe parents Homeroom

Hari ni sempat jugak cikgu jumpe dengan parents anak2 homeroom cikgu yg dtg sempena majlis graduasi anak2 mereka..sebelum majlis td jumpe ngan mak Afiq..then after majlis sempat gak berborak2 ngan parents Izan..Iadid n mak Sarah Afni...semestinye harapan yg tinggi diletakkan ibu bapa kepada maktab bg memastikan anak mereka mendapat kejayaan yang cemerlang pada peperiksaan SPM nanti.sebagai cikgu,kami disini sentiase mendidik dan mengajar anak-anak murid tanpa mengira masa dan waktu..pagi,tengahari,petang dan malam pun ade juga cikgu2 yg dtg ke bilik guru.kenapa guru2 sanggup dtg ke maktab pd waktu malam?sedangkan mereka ini tidak dibayar gaji utk bekerja pada waktu mlm...tetapi demi untuk memastikan kejayaan anak2 murid, segala tenaga dikerah tanpa mengira masa...tp,yg paling penting adalah sikap diri anda sendiri sebagai pelajar utk terus berusaha dan berusaha tanpa berputus asa, tidak malu dan tidak jemu utk bertemu dengan guru sekiranya anda tidak memahami sesuatu topik..tolongla wahai anak2 murid sekalian,terutamanya anak2 homeroom cikgu..plzzzzzzzz..jumpe la dengan guru2 subjek kamu sekiranya kamu tidak faham tentang sesuatu topik atau soalan2 latihan yang diberikan...buangkan sifat malu utk berjumpe dengan guru..korbankan sedikit masa kamu utk berjumpe dengan guru-guru subjek kamu..kejayaan itu tidak dtg bergolek tanpa usaha...
Majlis Graduasi Pertama MRSM Tun Abdul Razak
Pada hari ini, 23 / 10 / 2010 telah berlangsung majlis yang gilang-gemilang dan julung2 kalinya diadakan di maktab ini iaitu Majlis Graduasi Pelajar 1st Batch Tingkatan 5 MRSM Bentong / Tun Abdul Razak. Penyampaian sijil graduasi ini telah disempurnakan oleh Prof Dato' Dr Lokman Saim, Dekan Fakulti Perubatan merangkap Pengarah PPUKM. majlis ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar..Tahniah diucapkan kepada semua warga MRSM Tun Abdul Razak yang bertungkus lumus untuk memastikan majlis ini berjalan dengan sempurna dan lancar..minggu dan hari yang sungguh memenatkan tetapi amat berbaloi dengan kejayaan menjalankan majlis ini dengan sempurna. Tahniah juga kepada 452 orang pelajar maktab yang semuanya layak mendapat sijil graduasi..dan tahniah juga kepada para pemenang anugerah2 yang disediakan...
Prof Dato' Dr Lokman Saim
Tuesday, October 19, 2010
Burger Mat Salai
Tadi lebih kurang kul 10.30 td pas g ambik duit utk Farhana kat ATM Maybank Petronas yang dibankinkan oleh ayahandanya semalam, sempat gak cikgu beli burger..tetibe rase lapar walaupun dah makan nasik goreng kul 7 lebih td..huhuhu..first time cikgu beli kat gerai burger Mat Salai ni.kiosk yang kat perumahan 500 ni..tepi jln besar kat area pasar mlm...saje nak test,slalu lalu dah tutup jer setiap kali cikgu lalu...so, td beli double beef burger..kiosknyer memang bersih la..nak tunggu siap pun xde la lame sgt..bungkusan menarik..x mcm kedai2 burger biase yg bungkus gune plastik jer (almaklumla..harganyer pun mahal skit..RM5.50 utk double beef burger)..tp dr segi rase..ermm..biase jer pada pandangan cikgu..nothing special..burger yg cikgu beli kat kedai biase lagi sedap..hehehehe...maybe coz kurang mayonis..n sos nyer x sedap kot..anyway..dari 5 bintang..cikgu bg 3.5 bintang je utk burger ni..
Monday, October 18, 2010
Frame gambar Graduasi
Sempena Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5, kelab guru dan kakitangan di bawah AJK Keusahawan, cikgu le tu AJK nyer akan mengadakan tempahan dan jualan FRAME GAMBAR yang direka khas untuk majlis ini. Frame ini terdiri daripada 2 size :
1) Size 12" x 8" = RM 38
2) Size 5R = RM 30
FRAME ini adalah limited edition untuk majlis yang julung2 kalinya diadakan ini. Ia dilengkapi dengan sekeping plat aluminium yang tertulis " MAJLIS GRADUASI MRSM TUN ABDUL RAZAK KALI PERTAMA 2010"...Tempahan boleh dibuat sekarang atau semasa hari majlis berlangsung...Abadikan ia sebagai kenangan anda sepanjang berada di sini..
2) Size 5R = RM 30
FRAME ini adalah limited edition untuk majlis yang julung2 kalinya diadakan ini. Ia dilengkapi dengan sekeping plat aluminium yang tertulis " MAJLIS GRADUASI MRSM TUN ABDUL RAZAK KALI PERTAMA 2010"...Tempahan boleh dibuat sekarang atau semasa hari majlis berlangsung...Abadikan ia sebagai kenangan anda sepanjang berada di sini..
Jualan bunga ros segar sempena Majlis Graduasi
Majlis Graduasi pertama untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 akan diadakan pada hari Sabtu ini di MRSM Tun Abdul Razak. Kelab guru dan kakitangan maktab (TERAS) akan mengadakan jualan bunga ros segar daripada Cameron Highland. Terdapat 3 pakej iaitu :Sunday, October 17, 2010
Pioneer Batch Annual Dinner 2010
Pada 14 Oct 2010 students form 5 telah menganjurkan Majlis Annual Dinner 2010 utk mereka dan guru di Vistana Hotel, Kuantan Pahang. Majlis bermula pada pukul 9 mlm dan selesai pada jam 11.30 mlm.Tema pada mlm tersebut adalah Arabic Nite, The Nite of Shining Sand...Majlis dimulakan dengan aluan daripada pengcara majlis, bacaan doa dan ucapan daripada organiser dan launching of ceremony by Mr Principal. Seterusnya jamuan makan disusuli dengan beberapa persembahan, penyampaian anugerah best dress award dan photography sesion
Boys...
Gurls...
Prince of Persia and Princess of Cleopatra
Saturday, October 16, 2010
Gambang Waterpark..
Ari ni cikgu n cikgu Farid iring student anak homeroom Cikgu Yusnizar g ke Gambang Waterpark di Gambang.Cikgu Yusnizar ni pun join gak..cume die mintak tlg kiteorg join skali tengok2kan anak2 homeroom die n beberapa student lagi yang terdiri dari form one..ye la..g tempat main air kan..klu x jage betul2 bahaya...lebih kurang sejam perjalanan dr maktab..sampai,then beli tiket trus masuk dalam kul 12 lebih tengahari..actually 1st time ni masuk sini..so,x dpt nak imagine tempat ni mcmaner...masuk je la..tgk dan main je ape yg ade..so,kami menghabiskan masa sampai ke pukul 3.30 ptg sebelum bertolak pulang ke maktab..best..cume x byk sgt mainan yg ade kat sini compared dengan Sunway Lagoon..
Sunday, October 03, 2010
Anak murid cikgu pun masuk TV3
Daripada 7 group yang cikgu bwk, 3 daripadanya ditayangkan semasa rancangan ni diudarakan di TV3..
Cikgu Masuk TV3
Siaran Rancangan Realiti terbaru TV3, 1IDEA:MALAYSIAN INVENTORS' CHALLENGE yang telah disiarkan pada 2/10/2010, semalam di TV3 jam 7 petang...Actually peringkat saringan ni dibuat di SIRIM Pahang seminggu sebelum ianya ditayangkan..bayangkan cikgu present ni pukul 11 mlm..dah nak dekat kul 12 tengahmalam..menunggu dr pagi..huhuhu...anyway berbaloi gak la..at least kuar TV..hehehehe...
Dapat Bronze Medal!!!
Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta UMP telah berakhir tengahari td..Majlis penutup bermula jam 10.30 pagi td..Projek EASY FAN CLEANER dari MRSM Tun Abdul Razak berjaya mendapat BRONZE MEDAL dalam pertandingan ini..tahniah...
Bronze Medal
Sijil
Bersama team dr MRSM Muadzam, MRSM Kubang Pasu, MRSM PDRM dan MRSM Kuala Terengganu
Saturday, October 02, 2010
Kelas Terakhir Semester 2
Ari ni kelas terakhir cikgu untuk pengajian master cikgu untuk semester 2..so, pas ni ade 2 semester lagi..sekejap jer dah setahun..tinggal setahun je lagi nak dapatkan master ni..ermm..sungguh sekejap masa berlalu..semester ni pulak kebetulan ketiga-tiga subjek xde exam..100% depends pada course work..huhuhu..susah gak tu nak score..harap2 dapat result yang baik semester ni..
Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi UMP
Bermula 1 hingga 3 Oct 2010, pihak Universiti Malaysia Pahang, Gambang telah menganjurkan Pertandingan RekaCipta dan Inovasi 2010 sempena majlis konvokesyen mereka..cikgu hantar 1 group inovasi EASY FAN CLEANER, Aliff Iman ngan Nurhanif..sementara Cikgu Yusoff hantar 1 group..semalam cikgu Aswani yg iring student ni,td cikgu Rizal yang iring,esok br cikgu berkesempatan untuk iring student ni coz jumaat n td ade kelas di UPSI, cikgu Yusoff plak bwk student g Kedah..terima kasih Aswani n Rizal coz sanggup luangkan masa mengiringi student2 ni..
Rumah Terbuka MRSM Tun Abdul Razak
Pada 28 Ogos 2010, MRSM Tun Abdul Razak menganjurkan majlis rumah terbuka yang bermula dari pukul 10 pagi hingga ke petang.Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara maktab dengan agensi2 kerajaan n swasta di sekitar Pekan...
1Idea : Malaysia Inventors' Challenge
Last week, 25/9/2010 cikgu bawak 17 org student form 2 ke peringkat saringan rancangan realiti tv3 1Idea: Malaysia Inventor Challenge di SIRIM, Gebeng Pahang..ada 60 penyertaan dari seluruh Malaysia..ari tusampai dalam kul 9.30 pagi, then dapat giliran no 49-56..letih menunggu..pukul 10 mlm br sampai giliran ke 49..bayangkan..huh!!!...anyway best jugak..1st time dapat rase mcmaner shoot utk rancangan tv..hehehe..pukul 7 mlm ni nak kene tgk tv3..mane la tau ade antara kiteorg ni yg dpt masuk tv..hehehe..student ni memang excited dapat g sini, siap buat baju lagi semata-mata nak g sini..
Friday, October 01, 2010
Nasi Kandar Penang
Sebelum balik dr Penang ari tu, sempat jugak la kiteorg makan nasi kandar penang kat RESTOREN DEEN, Nasi Kandar yang Terkenal Di Pulau Pinang (die tulis mcm tu kat sign papan kedai die)..huhuhu..member cikgu izwan yang bawak kiteorg dtg makan kat sini..memang agak panjang gak la beratur...nasi kandar kat sini x la best sgt..biase jer..xtau la maybe coz cikgu x biase makan nasi kandar kot..so,xtau la mcmaner yg dikatekan sedap tu..huhuhu

Pemandangan ILHAM, Jawi Penang
Gambar-gambar di bawah cikgu ambik time g kursus di ILHAM, Jawi Penang ari tu..gambar pemandangan ILHAM yang sungguh tenang dan aman..bangunan dalam taman..eh,bukan taman,,bangunan dalam ladang sawit..amat menarik.. cume bilik tido ngan tempat kuliah n makan agak jauh skit..kene jalan kaki lebih kurang 100 meter...


Subscribe to:
Posts (Atom)













