Monday, December 20, 2010

Assignment Islamic Worldview

Group assignment utk islamic worldview..akhirnya siap gak lukisan poster utk 5 bab dalam subject ni..IBADAH,WOMEN IN ISLAM,AKIDAH,EKONOMI dan FAMILI INSTITUTION..Cantik x poster yang cikgu lukis n color ni..hehehe..ulasan utk poster ni dibuat oleh group member yang lain..cikgu just buat poster jer..








TOPIK 1 : INSTITUSI KELUARGA

Warna merah merujuk kepada sifat-sifat kepimpinan yang ada dalam intitusi keluarga. Sifat-sifat kepimpinan seperti tegas, berdisiplin, tetap pendirian perlu ada pada suami bagi memastikan intitusi keluarga tidak terpesong daripada akidah islam. Selain itu, sifat tegas pelu bagi suami memastikan ahli keluarga patuh kepada ajaran islam. Pembentukan ahlak yang mulia dikalangan ahli keluarga terutamanya anak-anak juga memerlukan sifat tegas dan perlu bermula sebelum umur kanak-kanak mencapai dewasa. Warna kuning merujuk kepada kegemilangan dalam intitusi keluarga. Bagi mencapai kegemilangan dalam intitusi keluarga, setiap ahli keluarga perlu mempunyai personaliti, kekuatan dalaman, dan kesihatan yang baik. Faktor-faktor tersebut boleh membentuk keseimbangan dalam intitusi keluarga. Bagi ketua keluarga pula ia perlu mempunyai ilmu agama dan sifat-sifat yang mulia bagi memastikan intitusi keluarga mencapai kegemilangan.Warna coklat merujuk kepada kematangan dalam intitusi keluarga. Intitusi keluarga yang matang adalah bergantung kepada dua nakhodanya iaitu ibu dan bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk personaliti ahli keluarga. Bak kata pepatah “bapak borek anak rintik”. Kematangan dalam intitusi keluarga amat penting dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga. Ibu bapa perlulah memiliki ciri-ciri bapa dan ibu mithali bagi mengatasi masalah yang ada dalam keluarga. Masalah antara suami dan isteri juga perlu ditangani dengan matang bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan dalam intitusi keluarga. Intitusi keluarga amat mempengaruhi minda pelajar dan psikologi mereka. Ini kerana ibu bapa adalah sebagai “role model” kepada anak-anak mereka. Intitusi keluarga yang runtuh berpotensi melahirkan pelajar-pelajar yang melakukan masalah disiplin di sekolah.


TOPIK 2 : IBADAH

Lambang masjid dipilih kerana masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak. Gambar kubah melambangkan erti sebuah ikatan jiwa dan raga yang membawa makna kesuburan dan kehidupan manakala warna biru merujuk suatu pengertian keagungan dan kedamaian. Bulan sabit adalah lambang agama dan keyakinan spiritual. Lambang bulan sabit dalam Islam telah digunakan sejak zaman dahulu lagi manakala warna kuning merujuk kepada cahaya kehidupan. Menara Masjid adalah salah satu reka bentuk masjid di dunia Islam. Menara masjid biasanya merupakan menara yang tinggi yang mempunyai pembesar suara untuk azan. Menara masjid boleh jadi merupakan menara berasingan dari bangunan masjid atau Cuma tambahan tinggi pada bangunan utama. Melambangkan keteguhan antara umat Islam manakala warna putih merujuk kepada kesucian dan kedamaian.


TOPIK 3 : WANITA DALAM PERSREKTIF ISLAM

Warna hijau merupakan warna Islam. Hijau adalah warna kesukaan nabi, warna hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan. Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis. Hijau juga Melambangkan sifat-sifat yang mesti ada pada wanita, seperti positif, intelek, kekuatan diri, berprinsip di dalam hidup, sentiasa sihat, segar, ceria dan berlapang dada, sentiasa menerima teguran dan bercita-cita tinggi. Warna putih merujuk kepada bersih/suci (wanita itu Indah,bersih dan suci).Warna kesukaan nabi. Putih ialah sejenis warna yang mempunyai kecerahan yang tinggi tetapi tidak mempunyai rona. Lebih khusus, cahaya putih mengandungi semua warna dalam spektrum nampak, dan kekadangnya diperihalkan sebagai "warna akromatik";. Warna putih melambangkan kesucian dan kebenaran yang dituju, keyakinan pada diri sendiri, istiqamah di dalam melaksanakan tugas dan kerja sehingga mencapai kecemerlangan. Warna putih juga melambangkan nilai-nilai murni yang sentiasa diamalkan dalam kehidupan. Warna putih juga melambangkan kesucian, keikhlasan, kebersihan; ianya adalah lambang kepada warna sifat-sifat semulajadi (Fitrah) sebagai seorang insan sesuai dengan maksud sebuah hadis: Setiap manusia itu dilahirkan putih bersih, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan ianya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Warna hitam ialah warna matang. Warna Pakaian wanita. “Artinya : Tatkala ayat ini turun, ‘Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuhnya’, maka wanita-wanita Anshar keluar rumah dalam keadaan seolah-olah di kepala mereka terdapat burung gagak karena pakaian (jilbab hitam) yang mereka kenakan”. Beliau juga mengatakan, “Hadits ini dibawakan juga dalam kitab ad-Durr (V/221) berdasarkan riwayat ‘Abdurrazzaq, ‘Abdullah bin Humaid, Abu Dawud, Ibnul Mundzir, Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Mardawaih, dari hadits Ummu Salamah dengan lafazh. "Lantaran pakaian (jilbab) hitam yang mereka kenakan.”


TOPIK 4 : AKHLAK

Maksud bulan sabit itu maksud kepada bekas (bekas dakwat), bintang itu cahaya ilmu (atau dakwat / penulisan ilmu) bekas ilmu. jika di perhatikan ianya seperti huruf "nun" Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ p/s: Makrifah kurniaan Allah kepada orang dahulukala, (tidak ada satupun ciptaan Allah Yang sia sia , walaupun sebentuk Huruf atau sesedut nafas). Tetapi ianya dapat berkecimpung Dalam Iman bagi yang mengerti . Ianya bukan dengan hanya satu maksud, tetapi pelbagai maksud (zahir ,batin dan Rahsia ( rahsia Allah tiada siapa yang mengerti). Maksud dua tangan membawa maksud kerjasama, perkataan kerjasama membawa maksud kerja(usaha dan sebagainya) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak).
Ia juga boleh membawa maksud sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan mahupun persefahaman) dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama.
Perkara bekerjasama adalah bekerja (ataupun berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengan cara saling membantu (menyumbang).


TOPIK 5 : EKONOMI

Huruf (ta ha) adalah singkatan perkataan Tabung Haji di dalam tulisan bahasa Arab. Bentuk segi empat logo ini melambangkan ka’abah yang menjadi arah tuju dan tumpuan solat umat islam dunia. Visinya ialah tunggak kejayaan ekonomi ummah; Pengurusan Haji Terbilang dan misinya ialah dalam mencapai visi TH, kami beriltizam:-

i) Memperkasa ekonomi ummah
ii) Sentiasa giat mencari pelaburan strategic global dan local bagi pertumbuhan berterusan
iii) Menggembleng dan memperkaya modal pendeposit
iv) Memberikan perkhidmatan cemerlang berterusan
v) Memudahkan dan menyempurnakan urusan jemaah kea rah haji mabrur
vi) Memberikan pulangan yang kompetitif, halal dan toyyiban

Warna hitam melambangkan warna Ka'abah apabila ia diselubungi oleh kain Kiswah. Warna hijau melambangkan warna agama Islam.

No comments: