Saturday, October 08, 2011

Baget 2012 - Fokus Ke-2

Dalam perbentangan baget 2012 oleh Perdana Mentgeri kita semalam, cikgu tertarik dengan fokus kedua iaitu MENGUNGGULI MODAL INSAN MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI. Semalam cikgu hanya dengar ucapan baget ni dalam kereta di saluran HOT FM kerana masa tu on d way ke UPSI. Berbalik kepada fokus ke-2 yang dibentangkan ini, berikut adalah petikan daripada ucapan tersebut yang cikgu ambik dari Berita Harian.


Sememangnya, inovasi membolehkan rantaian nilai ekonomi dianjak ke tahap yang lebih tinggi. Inovasi mencetuskan idea baru yang dirubah menjadi nilai komersial berdaya maju. Justeru, institusi penyelidikan perlu menyusun semula strategi untuk menterjemahkan hasil R&D kepada produk yang bernilai komersial. Inovasi perlu diterap dan diamalkan oleh semua, termasuk sektor swasta, sektor awam, NGO, ibu bapa, institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, hatta kanak-kanak prasekolah. Dengan ini, sukacita saya mengumumkan tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional. Bagi menjayakan hasrat ini, Kerajaan telah mengatur beberapa inisiatif strategik dengan peruntukan 100 juta ringgit seperti berikut:

Pertama: Melaksana program penerapan dan pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA serta di kawasan luar bandar. Program ini akan dijalankan melalui kerjasama antara agensi Kerajaan dan NGO;

Kedua: Meneruskan pelaksanaan program Jejak Inovasi oleh Yayasan Inovasi Malaysia untuk menggalakkan pencetusan idea baru dan pengkomersialan produk inovasi hasil penciptaan rakyat terutamanya di luar bandar;

Ketiga: Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia (C1PTA) bagi mengiktiraf reka cipta pelajar dan belia yang paling inovatif di peringkat nasional. Program ini akan dilaksanakan oleh NGO dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;

Keempat: Memupuk budaya inovasi melalui program realiti dan dokumentari inovasi di media elektronik serta penerbitan artikel di media cetak;

Kelima: Mempastikan sesuatu produk melalui market validation untuk menentukan daya maju komersial. Untuk ini, Market Validation Fund dengan peruntukan permulaan 30 juta ringgit akan diwujud dan diuruskan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia;

Keenam: Lebih daripada 300 harta intelek dalam bentuk produk dan teknologi baru daripada universiti akan ditawarkan kepada sektor swasta untuk dikomersialkan. Jangkaan Gross National Income atau GNI yang dijana adalah melebihi 30 billion ringgit sehingga tahun 2020; dan

Ketujuh: Menganjur World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum pada tahun 2012. Inisiatif ini merupakan sebuah platform untuk menemukan pelabur dan pembiaya serta komuniti usahawan.


Alangkah ruginya kalau pelajar-pelajar MRSM TUN ABDUL RAZAK tidak mengambil peluang yang telah disediakan pihak kerajaan ini untuk memajukan diri dan mengasah bakat, kreativiti dan inovasi mereka dengan menghasilkan projek, penyelidikan dan produk yg berinovasi...cikgu sentiasa mengalu-alukan dan memberi sokongan penuh kpd student cikgu yg mempunyai imaginasi kreativiti dan inovasi yang tinggi...

No comments:

Post a Comment