Anjuran : Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Tema :"Menangani Isu Global Tanggungjawab Bersama
Theme : "Handling Global Issues : It's A Collective Responsibility"
Bidang-bidang berkaitan dengan Penghasilan Video :
•Isu Alam Sekitar
•Pendidikan Perbandingan
•Etika dan Nilai Dalam Pendidikan
•Pendidikan Kepelbagaian Budaya
•Pemikiran dan Ideologi
•Perkembangan Ekonomi dan Kemiskinan
•Pendidikan Keamanan
•Globalisasi
•Budaya
•Gender
•Pendidikan Antara Budaya
•Isu Kesihatan Awam
•Tenaga Yang Diperbaharui
•Pendidikan Untuk Semua dan Sasaran Pendidikan Milenium
•Pendidikan Pribumi
Objektif :
•Membangkitkan kesedaran ahli akademik, pelajar UPSI dan masyarakat terhadap isu global
•Menghasilkan rakaman video yang memberi kesan mendalam terhadap kesedaran masyarakat terhadap isu global
•Menggunakan media sebagai wahan untuk menangani isu global
•Menyediakan peluang yang kreatif untuk ahli akademik, pelajar UPSI dan ahli masyarakat menangani isu global
Syarat-syarat Pertandingan :
•Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia kecuali kakitangan PPGAB dan barisan hakim pertandingan
•Setiap peserta hanya boleh menghantar satu tayangan sahaja dan tempoh tayangan tersebut mestilah tidak melebihi 15 minit
•Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia atau pun Bahasa Inggeris, akan tetapi, peserta tidak boleh mencampuradukkan penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
•Format yang dibenarkan : MPEG atau MP4
•Video yang dihantar mestilah belum pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan video atau disiarkan di mana-mana penerbitan
•Semua video mestilah berwarna dan teknik-teknik memanipulasi video adalah tidak diterima
•Kandungan video boleh dirakam dari aktiviti harian yang sebenar atau lakonan yang direka cipta
•Setiap CD mesti dicatat Tajuk Video, Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Staf / Pelajar (Warga UPSI), Fakulti / Jabatan (Warga UPSI), Jenis Pekerjaan, Nombor Telefon dan Alamat Surat Menyurat
•Setiap CD yang dikemukakan untuk pertandingan ini tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik PPGAB
•Pihak Penganjur berhak menyimpan, mempamer dan menyalin semula video yang dihantar tanpa perlu mendapat keizinan atau membayar kepada peserta
•Kriteria Penilaian
1. Kreativiti :Mestilah menarik dan luar biasa
2. Impak :Mestilah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati penonton dan dapat mendidik masyarakat berhubung isu global
3. Bahasa :Bentuk bahasa yang boleh diterima umum
4. Nilai :Menonjolkan nilai-nilai sarwajagat dan tidak menyinggung perasaan mana-mana individu atau kumpulan
Tarikh tutup penyertaan : 30 November 2011
Sunday, September 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment