Monday, October 31, 2011

Innovation Camp for Kids

Kepada sesiapa yang berminat, bolehla mendaftarkan diri anda..cikgu pernah berjumpa dengan Uncle Bugs ni semasa peringkat saringan rancangan realiti TV3, Malaysia Inventors Challenge tahun lepas...masa tu beliau menjadi salah seorang juri...untuk maklumat lanjut boleh layari http://uncle-bugs.blogspot.com/2011/10/innovation-camp-for-kids.html

Jemputan..


Hari ni dapat kad jemputan untuk Annual Dinner 2011 pelajar-pelajar tingkatan 3 di Sempurna Resort Kuantan..majlis akan diadakan pada esok hari, 1st November 2011..

Soalan Latihan Tingkatan 2 - Aras 3

intervensi F2 aras 3

Sunday, October 30, 2011

Soalan Latihan Tingkatan 2 - Aras 2

intervensi F2 aras 2

Soalan Latihan Tingkatan 2 - Aras 1

intervensi F2 aras 1

Soalan Latihan Tingkatan 1 - Aras 3

intervensi F1 aras 3

Soalan Latihan Tingkatan 1 - Aras 2

intervensi F1 aras 2

Soalan Latihan Tingkatan 1 - Aras 1

intervensi F1 aras 1

MRM - Kategori Pelajar Sekolah

Ini adalah idea student cikgu untuk pertandingan rekabentuk anjuran Majlis Rekabentuk Malaysia bau-baru ini..


Peserta : Muhammad Dabial b Zulkifli (1G) dan Ahmad Zahir b Mohamad (2D)
Tajuk : Easy Leg Pipe


Peserta : Bazilah bt Abdul Razak (Tingkatan 2)
Tajuk : Brital Case

Cuti Hujung Minggu

Maggi Sup..

Bihun Sup..

Dah 2 kali weekend stay kat Pekan kerana tiada kelas di UPSI..klu last week masak tomyam ayam (mengikut resepi yg mak bagi)..minggu ni plak masak sup ayam.. :-) beli ayam kat pasar sabtu kat pekan..harga ayam sekilo dah naik RM0.50 dr minggu lepas..minggu lepas sekilo RM7..minggu ni sekilo RM7.50..minggu depan??x tau brape...Akhirnya..sup cikgu siap di masak.. :-)

Hepi Deepavali

Selamat menyambut Deepavali kepada rakan-rakan cikgu terutamanya Sathi, Parthiben, Suman, Pretty dan Jaya yang mana mereka adalah classmate cikgu di UTHM..juga kepada Amba, classmate cikgu di PSA...semoga anda semua berbahagia bersama keluarga tercinta sekarang ini.. :-)

Tuesday, October 25, 2011

Design utk MRM Competition

Akhirnya..siap gak..design ni nak di hantar ke Majlis Rekabentuk Malaysia untuk pertandingan rekabentuk.. kali ni cikgu masuk secara berkumpulan bersama-sama dengan cikgu Rizuan dari MRSM Alor Gajah dalam kategori profesional..x sempat nak buat sorang2..so,minta tolong cikgu Rizuan tu untuk designkan produk ni guna SolidWorks..die expert software tu..cume br beginner..hahahaha..anyway,hopefully design ni akan memberi tuah kepada kami berdua..











Idea asal dan poster design by Mohd Yazid b Mohd Shariff

Product design using SolidWorks by Mohd Rizuan b Shafiee

Monday, October 24, 2011

Jom Aerobik

Malam tadi telah berlangsungnya kursus JOM AEROBIK yang dikendaliakan oleh YM Tegku Norihan di Vistana Hotel. Cikgu ke sana bersama Cikgu Aimi dan juga Cikgu Wahida.lebih kurang dalam 60 orang peserta yg join tp lelakinyer sikit jer..ada dlm 3 org je termasuk cikgu...huhuhu..n malam td ade artis jemputan yang sama-sama beraerobik..artis tu adalah pengacara rancangan Nona..sape lagi klu bukan Vanida Imran..1st time beraerobik..memang memerlukan stamina yang banyak..tp enjoy la.. :-) dalam kul 12 setengah la br abis sesi malam td termasukla sesi bergambar.. overall sesi ni sedikit sebanyak memberi pengajaran yang amat berguna kepada cikgu yang bakal menjadi penasihat kelab aerobik maktab ini tahun depan..insyallah..

Bersama YM Tengku Norehan


Bersama tetamu undangan..Vanida Imran


Friday, October 21, 2011

Kursus Aerobik



Hari Ahad ni cikgu akan menghadiri Kursus Aerobik bersama YM Tengku Norihan di Vistana Hotel, Kuantan..almaklumla..next year insyallah cikgu akan jd penasihat Kelab Aerobik..so, kene la timba ilmu sebanyak mungkin tentang seni2 aerobik ni..Antara kandungan program pada hari ahad ini adalah :


- Masterclass BellyBhangfit

- Masterclass XumbaLatino Dance

- Music Choreograhy & Its Characteristic

- Advanced Elements in Learning Curve


Diharap kursus ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan aerobik ini.. :-)


YM Tengku Norihan adalah Master Trainer & Fitness Consultant di Bodypower Fitness Centre & Academy..

Wednesday, October 19, 2011

Program Migty 2011

Program Migty adalah program untuk pelajar-pelajar tigkatan 3 selepas mereka menduduki peperiksaan PMR 2011 yang lepas..Actually program ni dah start 14 Oktober hari tu..x sempat nak update..program berlangsung dari 14 Okt sehingga 1 Nov 2011..Antara aktivit yang telah dijalankan adalah :

- Xplorace
- Khidmat Masyarakat
- Lawatan sambil belajar ke Singapore, UMP, UiTM dan UIAM kampus kuantan
- Forum Perdana
- Migty Nite (sedang berlangsung ketika ini)
- Khatam Al-Quran
- Tayangan Sirah Nabi
- Nasyid
- Karnival Sukan Migty dan lain-lain

Peperiksaan Akhir Semester 2 2011

Peperiksaan akhir semester 2 2011 akan bermula pada 9 Nov 2011 (untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2) iaitu 13 hari selepas cuti Deepavali..peperiksaan akan berlangsung selama 7 hari sehingga 17 Nov 2011..so, semua pelajar diharap bersedia bagi menghadapi peperiksaan ini..

Fasa ketiga Diploma Pendidikan

Semalan dapat email dr CTL, IIUM memaklumkan bahawa tarikh bagi sesi pembelajaran untuk Fasa ketiga Diploma Pendidikan MARA akan bermula pada 28 November hingga 24 Disember 2011..24 Dec???itu tarikh birthday cikgu..huhuhu...rasenye ni adalah cuti hujung tahun terakhir untuk dip ed ni..cuti hujung tahun depan bolehla berehat sepenuhnya.. :-)

Cuti!!!!!

Cuti lagi...start Sabtu ni till Rabu minggu depan semua pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu akan bercuti sempena Hari Deepavali..di harap kepada semua pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 akan dapat memanfaatkan cuti ini sebaiknya kerana peperiksaan akhir semester 2 akan diadakan tidak lama selepas cuti tersebut....cikgu pulak berharap akan dapat menyiapkan semua assignment2 yang belum siap lagi..huhuhu..

Doa Selamat

Selamat telah diadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat di rumah Dr Hamzan..hujung bulan ni Dr Hamzan dan Kak Jamaliah akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah Haji..semoga Allah memudahkan segala urusan Dr n Kak Jamaliah di sana nanti...

Tuesday, October 18, 2011

Make Today Your Masterpiece

Self-motivation flows from the importance we attach to today.

I am reading this amazing book called, “100 Ways to Motivate Yourself” by Steven Chandler and each chapter is a HUGE nugget of thought provoking, spirit lifting, energizing inspiration. This morning I randomly open the book to this entry, “Make today a masterpiece.” Chandler says that most of us live our lives hypnotized, thinking that we have all the time in the world to do what we want. When we live this way we end up sleepwalking past life’s finest opportunities. He states that the key to personal transformation is in your willingness to do very tiny things – but to do them today. Today is a microcosm of your ENTIRE life. What would happen to our behavior if we started thinking that each day when we wake up we have been “born” and each night when we go to sleep we “die.” In this way we only have each day to live our best life. We only have each day to create our masterpiece.
I am certainly guilty of wasting my moments and instead of creating a masterpiece I allow things to flop. I put off doing the laundry, I am distracted online instead of focusing my energy on my work, I veg out in front of the tv instead of paying more attention to my husband. I get caught up in my thoughts, overwhelmed by all the tasks I need to complete instead of taking action. I put off writing my blog bc I am not feeling at my best. But what if today were the only day I had to perform at my best? Well, I still might put off doing the laundry and cleaning the kitchen floor, but I certainly wouldn’t waste my energy on distractions and I wouldn’t waste an opportunity to be fully present for my daughter, my husband, and my passion (this website).
So while I can’t promise that for the rest of my life each day will be a complete masterpiece, I can (starting today) really show up for myself. I can fill my spirit with an unstoppable internal motivation. Today I am going to live as if each moment represented my entire life. I will live each moment with my eyes wide open so as not to miss an opportunity. I will try to live hard so that I go to bed thinking “today, I was at my best.”


What will you do to create your masterpiece today?

Sumber daripada : http://www.selfgrowth.com/articles/make_today_your_masterpiece.... Make Today Your Masterpiece - perkataan baru yang dipelajari petang tadi daripada seseorang...

Monday, October 17, 2011

MRM

Minggu ni akan bz skit coz menghandle students yang nak masuk pertandingan anjuran Majlis Rekabentuk Malaysia..ari Jumaat ni dieorg kene siapkan 3 lukisan dan 1 laporan ringkas untuk di hantar ke penganjur..hopefully dieorg dapat siapkan sebelum balik cuti minggu ni.. ade dlm 3 ke 4 design daripada pelajar-pelajar form 1,2 and 3 yang akan menyertai pertandingan ini..

Sunday, October 16, 2011

Bercuti 2 minggu

Kelas KPT 6044 akan bercuti selama 2 kali iaitu pada 21 dan 28 Oktober ini..so,bolehla cikgu berehat untuk 2 minggu ni :-)...tp,tugasan-tugasan yang diberi perlu disiapkan dlm masa 2 minggu ni....

Design lagi..





Hari jumaat lepas, cikgu Diana minta cikgu tolong untuk designkan satu design untuk diletakkan di mug untuk Hari Graduasi nanti..ni adalah design2 yg telah cikgu buat.x tau la samada diterima atau x..ni jer yg mampu.. :-)

Sunday, October 09, 2011

Design pas masuk dewan

Sempena Hari Graduasi yang akan berlangsung pada 3 November ni, cikgu diberi tugas di bawah Jawatankuasa Jemputan dan Sambutan di mana ketua bagi jawatankuasa ini dalah Cikgu Wan Nurliyana. Ari Jumaat ari tu, sebelum balik cikgu Liyana ada meminta cikgu untuk designkan pas masuk dewan untuk ibubapa.kat bawah ni antara design2 yang telah cikgu siapkan sebentar td..






Kelas Terakhir 3G dan 3H

Sempat gak ari ni duk kat kg beberapa jam sebelum balik semula ke Pekan lebih kurang kul 12 tengahari semalam..coz mlmnyer ade appoiment ngan student2 kelas 3G dan 3H..perjumpaan terakhir secara beramai2 sebelum mereka menjawab exam pada hari Isnin nanti..Good Luck...







Saturday, October 08, 2011

Baget 2012 - Fokus Ke-2

Dalam perbentangan baget 2012 oleh Perdana Mentgeri kita semalam, cikgu tertarik dengan fokus kedua iaitu MENGUNGGULI MODAL INSAN MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI. Semalam cikgu hanya dengar ucapan baget ni dalam kereta di saluran HOT FM kerana masa tu on d way ke UPSI. Berbalik kepada fokus ke-2 yang dibentangkan ini, berikut adalah petikan daripada ucapan tersebut yang cikgu ambik dari Berita Harian.


Sememangnya, inovasi membolehkan rantaian nilai ekonomi dianjak ke tahap yang lebih tinggi. Inovasi mencetuskan idea baru yang dirubah menjadi nilai komersial berdaya maju. Justeru, institusi penyelidikan perlu menyusun semula strategi untuk menterjemahkan hasil R&D kepada produk yang bernilai komersial. Inovasi perlu diterap dan diamalkan oleh semua, termasuk sektor swasta, sektor awam, NGO, ibu bapa, institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, hatta kanak-kanak prasekolah. Dengan ini, sukacita saya mengumumkan tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional. Bagi menjayakan hasrat ini, Kerajaan telah mengatur beberapa inisiatif strategik dengan peruntukan 100 juta ringgit seperti berikut:

Pertama: Melaksana program penerapan dan pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA serta di kawasan luar bandar. Program ini akan dijalankan melalui kerjasama antara agensi Kerajaan dan NGO;

Kedua: Meneruskan pelaksanaan program Jejak Inovasi oleh Yayasan Inovasi Malaysia untuk menggalakkan pencetusan idea baru dan pengkomersialan produk inovasi hasil penciptaan rakyat terutamanya di luar bandar;

Ketiga: Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia (C1PTA) bagi mengiktiraf reka cipta pelajar dan belia yang paling inovatif di peringkat nasional. Program ini akan dilaksanakan oleh NGO dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;

Keempat: Memupuk budaya inovasi melalui program realiti dan dokumentari inovasi di media elektronik serta penerbitan artikel di media cetak;

Kelima: Mempastikan sesuatu produk melalui market validation untuk menentukan daya maju komersial. Untuk ini, Market Validation Fund dengan peruntukan permulaan 30 juta ringgit akan diwujud dan diuruskan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia;

Keenam: Lebih daripada 300 harta intelek dalam bentuk produk dan teknologi baru daripada universiti akan ditawarkan kepada sektor swasta untuk dikomersialkan. Jangkaan Gross National Income atau GNI yang dijana adalah melebihi 30 billion ringgit sehingga tahun 2020; dan

Ketujuh: Menganjur World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum pada tahun 2012. Inisiatif ini merupakan sebuah platform untuk menemukan pelabur dan pembiaya serta komuniti usahawan.


Alangkah ruginya kalau pelajar-pelajar MRSM TUN ABDUL RAZAK tidak mengambil peluang yang telah disediakan pihak kerajaan ini untuk memajukan diri dan mengasah bakat, kreativiti dan inovasi mereka dengan menghasilkan projek, penyelidikan dan produk yg berinovasi...cikgu sentiasa mengalu-alukan dan memberi sokongan penuh kpd student cikgu yg mempunyai imaginasi kreativiti dan inovasi yang tinggi...

Bajet 2012

Beberapa perkara menarik tentang bajet 2012 yang ade kaitan dengan cikgu :

- Kenaikan gaji tahunan penjawat awam ditingkatkan mengikut gred antara RM 80 - RM 320

- Tambahan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam

- Skim guru baru : mengikut time-based, gred DG44 pada tahun ke 8 dan gred DG48 tahun ke 16..tp cikgu mesti lambat lagi coz DG41 pun belum dpt lagi..huhuhu..bile la nak abis diploma pendidikan kat IIUM ni...

- Had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan RM 400,000 drpd RM 220,000..boleh la beli rumah yg mahal skit..hahahahaha..tp,harga rumah skrg pun memang agak mahal... :-(

- Kenaikan gaji antara 7 - 13% kepada penjawat awam ...agak2 cikgu yang 7% ke 13% yer..huhuhu..

- Peneroka Felda bakal dapat 'durian runtuh' kerana kerajaan bercadang menyenaraikan Felda Global Ventures Holding dlm Bursa Malaysia dan menjadikannya sebuah syarikat berstatus konglomerat global..parents cikgu kan peneroka Felda.. :-)

- Peruntukan tambahan 100 juta untuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

- Bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana dan 500 kedoktoran falsafah..ermm...lambat lagi la br boleh cikgu aplly coz kene dptkan DG41 dulu lor..klu nak cepat guna duit sendiri jer...mcm sekarang..huhuhu...

Lawatan dari MRSM Baling

Hari ini ada lawatan sehari dari pihak pengurusan dan guru-guru dari MRSM Baling..sempat juga td berjumpa dengan Guru Kanan Kemahiran Hidup MRSM Baling, Cikgu Isa...

Satu lagi assignment jugak dah siap..

Dalam pada membuat video di bawah, satu lagi tugasan untuk subjek KPT 6044 ni adalah membuat blog pendidikan..sebelum ni cikgu dah penah buat blog pendidikan berkaitan dengan subjek Kemahiran Hidup..tp,utk tugasan subjek ni, pensyarah meminta cikgu buat laman blog yang baru..so, akhirnya dah hampir siap pun laman blog pendidikan ni..masih perlu di touch up lagi sebelum due datenyer..

Ni link utk blog pendidikan cikgu : http://khbkt.blogspot.com

Bukan setakat blog pendidikan jer..cikgu di beri tanggungjawab oleh Prof Abdul Latif ni utk membina blog utk subjek ni dimana blog subjek ini akan menjadi rujukan utama pelajar2 subjek KPT 6044- segala maklumat akan dipostkan ke blog ni dan blog pendidikan individu setiap pelajar akan dilinkkan pada blog ni..

Siap satu tugasan..



Alhamdullilalh..dalam sebok2 student PMR nak exam ni, sempat jugak cikgu siapkan video ABM ni..ni actually salah satu tugasan untuk subjek KPT 6044...terima kasih kepada cikgu Aida yang meminjamkan suaranya dan cikgu Maizura yang merakamkan video ni semasa cikgu melakukan kerja pemasangan plag 3 pin 13 Ampere ni..

Monday, October 03, 2011

Baru dapat col ptg td..

Ptg td dalam kul 6, cikgu terima satu panggilan telefon dr Malaysian Footwear design Competition..Miss Magie col bgtau design kasut yang cikgu submit utk pertandingan ni dpt menjadi finalis..menurut Miss Magie dlm 200++ penyertaan untuk kategori kasut wanita, cikgu salah satu drpd 90 org yang di shortlistedkan..so, cikgu kene buat prototaip utk design kasut tu..dan submit b4 31st December ni..so,skrg ni kene cr la pembuat kasut utk merealisasikan kasut tersebut menjadi realiti..di mana kos utk membuat prototaip kasut ni adalah di bawah tanggungjawab cikgu..

Sunday, October 02, 2011

Jadual Peperiksaan PMR 2011

Selasa, 4 Okltober : BM kertas 1, BM kertas 2 dan Pendidikan Islam kertas 1

Rabu, 5 Oktober : BI kertas 1, BI kertas 2 dan Geografi kertas 1

Khamis, 6 Oktober : Science kertas 1, Science kertas 2 dan Sejarah kertas 1

Isnin, 10 Oktober : Mathematics kertas 1, Matematik kertas 2 dan Kemahiran Hidup Bersepadu kertas 1

Peperiksaan PMR 2011

Hanya berbaki sehari sahaja lagi iaitu esok, semua pelajar-pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini yang akan bermula 4 October ini. Masih ada masa lagi untuk anda semua membuat ulangkaji pada saat-saat akhir ini dan jangan bazirkan masa anda walupun sesaat di saat2 genting ini. Cikgu doakan kejayaan 222 orang pelajar Tingkatan 3 MRSM Tun ABdul Razak..100% 8A..Good Luck..