Wednesday, March 07, 2012

Pertandingan Persembahan Tingkatan 1



Setelah 2 hari berniaga pasar malam dengan mendapat keuntungan yg membanggakan, ari ni anak2 homeroom cikgu telah berjaya membuat persembahan koir pada malam pertandingan persembahan Tingkatan 1 mengikut homeroom..3 4 hari jugak la dieorg berlatih utk koir ni..syabas dan tahniah cikgu ucapkan atas kerjasama anda semua..ingat, dalam unit homeroom ni kerjasama tu penting,X GUNA CKP BYK SEBAB KLU APA YG KITA CAKAPKAN TU X MEMBINA DAN X MEMBANTU KWN KITA, LEBIH BAIK KITA BERDIAM SAHAJA..FIKIR SEBELUM MENGELUARKAN KATA...

Tuesday, March 06, 2012

Jemputan dr MRM

Hari ni dpt email dr pihak MRM..jemputan ke Majlis Penyampaian Hadiah & Perasmian Pertandingan Rekabentuk Malaysia 2011 & 2012 di SACC, Shah Alam pada 5 April ni..bulan depan le tu..seminggu selepas majlis Penyampaian Hadiah untuk MFDC kat PWTC nanti..utk pertandingan ni 1 group students maktab ni telah terpilih menjadi finalis..cume x tau dieorg ni dpt no brape.no 1 ke, 2 ke, 3 ke atau saguhati shaja..kene tunggu la 5 April ni.. :-)

Bengkel 'Fun, Fit n Gorgeous You!'

Hari ni ade Bengkel 'Fun, Fit n Gorgeous You!'..anjuran Kelab Aerobik MRSM Pekan sempena minggu aktiviti yg sedang berlansung ni..team dr MAJALAH RAPI datang utk bengkel ni..jauh dr KL dieorg dtg semata-mata utk menjayakan bengkel ni..cikgu n cikgu Wahida la guru penasihat kelab ni..kiteorg la yg jemput pihak RAPI ni dtg sini..tq jugak pada Tn Principal yang meluluskan dan menyokong permohonan kelab kami utk mengadakan bengkel ni..AERODANCE ni sesuatu yg baru kepada pelajar2 maktab ni...sebenarnyer cikgu nak uploadkan gambar, tp masih belum dpt lagi gambar dr jurufoto2 maktab ni..insyallah esok cikgu uploadkan..klu sempat la..sebab esok ade sesi ke-2 bengkel ni utk pelajar2 upper form (form 4 n form 5)  pulak..ari ni khas utk student lower form (form 1,2 n 3)..thanks juga kepada pihak Nestle yg sudi menaja makanan pagi utk pelajar2 td.. :-)

Latihan Koir

Lepas je abis menjual kat pasar malam, dieorg berlatih pulak koir..koir ni akan dipersembahkan Rabu mlm Khamis ni..ade pertandingan persembahan antara homeroom2 tingkatan 1 anjuran unit homeroom..sempat la cikgu diperdengarkan nyayian koir oleh mereka walaupun masing2 belum menghafal lg lirik lagu tu..huhuhuhu...




Pasar Malam Minggu Aktiviti

Baru blk dr maktab..mlm ni anak2 homeroom cikgu belajar mcmane nak berniaga..dieorg bukak gerai sempena pasar malam yang diadakan kat SQUARE maktab pada minggu aktiviti ni..jual air n roti ice-cream..simple jer..tp,yg penting nak ajar mcmane nak berniaga n mcmane nak organize n mcmane nak bekerjasama..ye la..dieorg ni akan berada dlm homeroom ni lagi 4 5 tahun lg..so,kerjasama tu penting sgt..n kene saling memahami dan bertolak ansur..anyway,jualan mlm td memang memberansangkan,semuanya abis, kecuali ade roti yg x abis skit..dan alhamdullilah..dan dapat untung pun..rase seronok sgt bila dieorg semua happy mlm ni...

Suasana pasar malam...


Suasana meriah di pasar malam..


Homeroom cikgu setelah selesai menjual...


Jumpa malam esok pulak...

Sunday, March 04, 2012

Pendaftaran Pelajar SPM 2012

Bermula 1 Mac hingga 31 Mac ni, pendaftaran SPM secara online untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan dilakukan oleh cikgu, memandangkan tahun ni cikgu dilantik sebagai S/U SPM..tugas dan tanggungjawab yg agak berat sebenarnya..mlm td pas blk berkayak kat Matriks Gambang sempat jugak la daftar students2 ni..tp,lum siap lagi..hopefully cikgu blh siapkan sebelum dieorg cuti next week.. :-)

Saturday, March 03, 2012

Kursus Asas Kayak

Ari ni g ke Kolej Matrikulasi Gambang..bwk student g Kursus Asas Kayak bersama-sama dengan Cikgu Suriani n Cikgu Taufik..best..1st time berkayak..hehehe..tp, agak penat gak la tangan ni :-) Sebelum masuk tasek ni kami di ajar dulu teori2 tentang kayak..then br la dibenarkan masuk ke dlm tasek ni..ade 6 org anak homeroom cikgu yg mengikuti kursus kayak ni : Anis, Aqilah, Aqilah, Firdaus, Luqman n Amin...

Walaupun byk sgt keje yg kene cikgu settlekan before cuti sekolah next week, tp agak berbaloi la dtg blajar kayak kat sini..pengalaman yang sangat berharga!!!!walaupun pada mulanya agak berat hati nak dtg memandangkan keje yg banyak..huhuhuhu..banyak lagi gambar2 yg nak di upload..tp, next time la cikgu uploadkan.. :-)


Agak berat gak la..


Alhamdullilah..x jatuh..best rupenyer walaupun berkayak di bawah terik matahari.. :-)



Anak Homeroom cikgu : Anis Humairah



Anak Homeroom cikgu : yang duk belakang tu, Amin


Anak Homeroom cikgu : yg duduk depan tu Aqilah


Lagi anak homeroom cikgu : Luqman n Firdaus


Anak homeroom cikgu : yg kayak warna kuning ni yang duk depan, Aqila

Thursday, March 01, 2012

Pertandingan cipta Maskot IP

Akhirnya..siap jugak..br2 ni MyIPO ada keluarkan iklan utk penyertaan mencipta maskot MyIPO..cikgu, cikgu pasli n cikgu azimah (kami bertiga) berganding bahu mencipta maskot ni..dah di hantar pun design beserta deskripsi tentang maskot ni pg td sebab tarikh tutupnyer esok, 2 Mac...harap2 boleh le menang..hehehhe



Wednesday, February 29, 2012

Ujian Selaras 1

Ujian Selaras 1 semester 1, 2012 bermula pada hari ini...good luck kepada pelajar2 form 2,3 dan 5 MRSM Tun Abdul Razak...

Kedai Dobi..

Semalam masa singgah bank kat Jln Besarah Kuantan, sempat singgah kat kedai dobi clasmate cikgu time kiteorg buat diploma kat Politeknik Shah Alam...dah jd bisnesman dah dia...tahniah..semoga bisnes bertambah maju....

Voucher!!!!

Kelmarin dapat voucher dr PADINI..RM40..hehehehe :-)

Monday, February 27, 2012

Macam kenal jer...



Video ni cikgu dpt dr page facebook MALAYSIA INTERNATIONAL SHOE FESTIVAL 2012..hahaha..x sangka ada jugak muka cikgu dlm video ni... :-)

Sunday, February 26, 2012

Anak buah baru..

Semalam akak cikgu selamat melahirkan seorang baby boy dlm kul 5 ++ ptg..nampaknyer bertambah sorang lagi anak buah cikgu menjadikan semuanya 11 org..dan dijangkakan pd bulan 7 or 8 ni bakal menyusul seorang lagu anak buah baru...


X tau lagi namenyer sape..maybe Ammar Amirullah...

Sate Kajang

Malam semalam g makan Sate Kajang ngan pakcik n makcik..ramai nyer org kat situ..penuh..silih berganti org masuk n keluar ddr restoren tu...huhuhu..


Ste ayam, daging n perut..1st time makan sate perut..saje nak rase..order x byk coz br lepas makan nasi n sup daging makcik masak kat umah..huhuhu..


Layan diri


Suasana restoren...

Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UKM

Semalam sempat gak g ke Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UKM..buat ape?nak menyiapkan disertasi cikgu tu la.byk jugak bahan rujukan yg boleh digunakan utk tajuk disertasi cikgu kat situ...Kak CT, Kat Miza n Abg Zaha pun ade skali..dieorg dtg dr Ipoh..


Kak CT n Kak Miza yg begitu kusyuk sekali..huhuhu..terkantoi bukak fb la pulok..bukan ape,sambil buat sambil tgk brape dah org LIKE kat kasut cikgu tu..hehehehe..

Thursday, February 23, 2012

Mesyuarat Guru Kanan KHB

Pada 22 hingga 23 Feb (semalam dan kelmarin) cikgu menghadiri mesyuarat guru kanan Kemahiran Hidup di Bangunan HQ MARA, KL..alhamdullilah, cadangan cikgu untuk menggunakan DROPBOX dalam perkongsian dokumen antara guru-guru KH di seluruh maktab di terima baik oleh guru-guru yg lain dan sempat jugak la tengahri td tunjuk cara-cara nak download n gunakan DROPBOX tu... :-)


Bergambar bersama sebahagian guru2 kanan KH selepas habis meeting (yg pakai bj hijau sebelah cikgu tu adalah KPP subjek Kemahiran Hidup, Pn Hasnah)


Hari pertama meeting..

Wednesday, February 22, 2012

Mohon bantuan..

Mohon bantuan dari pembaca blog ini untuk memberi sokongan kepada cikgu dala Malaysia Footwear Design Competition bagi kategori MFDC MOST LIKED AWARD..

Sekiranya anda mahu membantu cikgu, sila klik pautan di bawah ini dan kemudian klik like pada gmbar kasut tersebut.. sharekan pic kasut tersebut dlm wall facebook anda adalah amat di alu-alukan..

terima kasih atas sokongan yang diberi..

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=369269033091385&set=a.360885503929738.92058.354894231195532&type=1&ref=nf#!/photo.php?fbid=369269033091385&set=at.360885503929738.92058.354894231195532.100000215024481&type=1&theater


Monday, February 20, 2012

Pic utk MRM

Malam semalam berkesempatan ambik gambar utk diberi kepada pihak MRM (Majlis Rekabentuk Malaysia) kerana mereka berdua telah terpilih menjadi finalis pertandingan rekabentuk 2011 dan majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada bulan April nanti, insyallah..terima kasih kepada cikgu Pasli yg sudi menjadi cameraman...


Disebalik tabir....






Gambar yang kat bawah ni yang dihantar kepada pihak MRM..

Sunday, February 19, 2012

Ujian Selaras 1 Semester 1

Ujian selaras 1 semester 1 akan di adakan pada 29 Feb hingga 2 March melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5 sahaja...


Untuk subjek Kemahiran Hidup, topik yang akan diuji dalam ujian ini adalah seperti di bawah :

Tingkatan 2 :
Lukisan Teknik (Teras) dan Lukisan Teknik (Elektif)

Tingkatan 3 :
Rekcipta, Elektrik dan Tempat Kediaman


Jumlah soalan adalah 60.

Ujian ini mewakili 15% daripada markah PNG anda semester ini!!!

Hasil kerja students..

Kat bawah ni adalah hasil kerja projek Tingkatan 3 kelas yang cikgu ajar iaitu 3B dan 3D untuk semester ni..ada hasil kerja yang nampak begitu baik sekali dan ade juga yang sekadar biasa-biasa saja.. :-(

Kelas 3D


 (Nazirul, Suraya, Aqila, Adrin dan Saleeza)


(Zahir, Iqram, Asiah, Atiqah, Syafiqa)


( Zetty, Fatihah, Izzatul, Amirul dan Helmi)


(Arief, Azim, Awin, Alia, Fazreen)


Kelas 3B


(Nayli, Iffah, Alia dan Arissa)


(Aniq, Nabil, Aiman Ishak, Faiz dan Izzudin)


( Farahani, Diyana, Puteri, Farah dan Adibah)


( Aiman Narizan, Aiman Nasrullah, Haziq, Habid dan Baihaqi)

(Adly, Adzali, Shafiq, Zhafri)

Saturday, February 18, 2012

Malaysia Technology Expo 2012

Hari ni cikgu n cikgu pasli mengiringi pelajar-pelajar Kelab Rekabentuk membuat lawatan ke Malaysia Tech Expo 2012 di PWTC..ni kali ke-2 cikgu melawat MTE ni..last year diadakan di KLCC..rasenyer tahun lepas lg best dr tahun ni...pengunjung pun mcm lg ramai yg tahun lepas dr tahun ni.. :-)

Sempat juga berjumpa dengan ibu Hassan Al-Faiz n ibu Emir Faiq dan ayah Fauzan..thanks Emir coz blanje cikgu Mc D td.. :-)

Hopefully tahun depan MTE 2013 akan ade students dr MRSM TAR yang akan masuk expo ni..