Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya..

Di kesempatan ini cikgu nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali cikgu...


Iftar bersama anak homeroom

Sebelum balik ke kg ari tu sempat berbuka puasa dengan anak2 homeroom cikgu yg ade kat area Kuantan ni..Iadid yg ade kat Uitm Kuantan, Farhana yg ade kat UMP dan Suzie di Kolej Matrik Gambang..so,kiteorg g bukak puasa di East Coast Steambot kat jln Beserah..actually ni kali ke-2 cikgu berbuka di sini tahun ni..hehehe :-)


Saturday, August 27, 2011

Dapat anak buah baru

Semalam pagi2 kul 6 pas sahur bergerak balik dr Pekan ke kampung halaman..gerak awal coz nak singgah KL dulu nak beli brg2 persiapan raya yg tiada di Kuantan..sampai je kampung dalam 3 petang, bawak mak n adik bongsu g Melaka coz adik ipar masuk spital nak bersalin..alhamdullilah..pagi td dlm kul 7.40, adik ipar dah selamat melahirkan babygurl..

Saturday, August 20, 2011

A n W dan di buka di Pekan..

Restoren A n W dah pun di buka di Pekan.Kalau x silap last week dah bukak.sebelum ni ade 1 je restoren fast food kat Pekan ni iaitu KFC...semalam berkesempatan g sini..saje2 nak take away pada mulanya..x sangka jumpe plak ngan Cikgu Mai, Maziah n Roslini..so, trus la makan kat sini..x jd nak take away.. :-) agak ramai jugak la customernyer walaupun time tu time dah bukak puasa dah..


Friday, August 19, 2011

Iftar di Vistana Hotel, Kuantan

Satu majlis berbuka puasa Jabatan Sains Sosial maktab ini telah diadakan semalam bertempat di Vistana Hotel, Kuantan..terdapat lebih dari 80 menu pilihan yang ada di sini..harganya pun ok..RM39++ untuk dewasa dan RM20++ untuk kanak-kanak..








Peperiksaan Trial MARA 2011

Bermula semalam pelajar-pelajar Tingkatan 3 menduduki peperiksaan Trial MARA PMR 2011. Berikut adalah jadual peperiksaan tersebut :

Khamis, 18 Ogos : B.Melayu 1, B.Melayu 2 dan Pendididkan Islam

Isnin, 22 Ogos : B.Inggeris 1 dan 2, Science 1 and 2

Selasa, 23 Ogos : Matematik 1 dan 2

Rabu, 24 Ogos : KEMAHIRAN HIDUP, Pendidikan jasmani dan kesihatan dan Sejarah

Khamis, 25 Ogos : Geografi dan Pendidikan Sivik


Semoga berjaya......Insyaallah...

Wednesday, August 17, 2011

Cuti Nuzul Al-Quran..

Hari ni cuti Nuzul Al-Quran..terdapat beberapa acara yang diadakan sempena menyambut Nuzul Al-Quran di maktab ni..ada pertandingan Tilawah dan hafazan, menulis Khat dan poster dan juga pertandingan nasyid..petang ni pulak ada majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Perdana...

Tuesday, August 16, 2011

PGG KH

Malam ni lepas terawih akan diadakan PGG untuk subjek Kemahiran Hidup....PGG subjek KH yang terakhir sebelum trial MARA yang akan bermula Khamis ini...

Video n Report

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan video n report bersama students untuk best idea 2011 yang akan mewakli maktab,akhirnya hari ni siap jugak..thanks to Aida yang ajar guna software baru..ulead video studio (sebelum ni gune windows movie maker jer, so pasni dah ade alternatif lain..boleh gune ulead ni)..dan terima kasih juga kepada Miss Murni atas pertolongan yang di beri pagi td..hopefully idea ni dpt jd top 10...

Balik Kampung

Last week berkesempatan untuk balik ke kampung halaman..dapat la berbuka puasa selama 2 hari bersama mak n abah..n kebetulan akak n abg cikgu ade balik ari tu..dapat jugak jumpe dengan anak buah sekali..

Thursday, August 11, 2011

Idea Presentation 2011

Petang tadi cikgu anjurkan Idea Presentation 2011 di bilik mesyuarat utama untuk memilih satu idea yg terbaik untuk mewakili maktab ini ke pertandingan MRSM Innovative 2011..sebanyak 5 kumpulan telah di pilih oleh guru pembimbing mereka yang terdiri daripada Cikgu Ariza, Izwan, Nasrun, Asrah dan juga Akmar..setiap kumpulan telah menunjukkan kesungguhan masing-masing untuk memenagi hati juri yang terdiri daripada pengetua, timbalan pengetua dan juga ketua-ketua jabatan..Alhamdullilah, majlis ini berlangsung dengan lancar walaupun ini adalah kali pertama cikgu handle program / majlis sebegini..majlis diakhiri dengan pemberian sijil kepada guru-guru yang terlibat dan juga pelajar-pelajar dan sesi fotografi setiap kumpulan..keputusannya akan diumumkan esok hari..









Barisan juri yang arif lagi bijaksana

Penyampaian sijil perhargaan





Group C.I Cikgu Izwan


Group C.I Cikgu Ariza


Group C.I Cikgu Akmar


Group C.I Cikgu Asrah


Group C.I Cikgu Nasrun


Majlis bukak pose..

Hari selasa yang lepas di adakan majlis berbuka puase di East Coast Steamboat..majlis ni saje2 diadakan utk semua cikgu2 yang nak berbuka di sini..tq kepada kak marni,kak nik,cikgu huzaimi,asma,fahmi,g g,ade,aziera,aida,siti,aimi,akmar,ijan n husband dan wani n husband yang turut join majlis ni..buffet steamboat kat sini RM22..dah naik RM 2 berbanding tahun lepas...





Friday, August 05, 2011

Keputusan Pra-Trial 2 PMR 2011

Di sini cikgu uploadkan keputusan pra-trial PMR 2011 untuk subjek KH yang berlangsung semalam..

3G : http://www.scribd.com/doc/61659288/Pra-Trial-2-3g

3H : http://www.scribd.com/doc/61659301/Pra-Trial-2-3h

Thursday, August 04, 2011

Innovative Idea..

Alhamdullilah..setelah bertungkus lumus sepanjang seminggu ni, siap jugak design untuk cikgu menyertai pertandimngam design competition yang diorganised oleh DDEC (Design Development Centre). Kt bawah ni adalah artwork yang cikgu buat yang telahpun di hantar ke DDEC..design ni cikgu buat menggunakan software IRONCAD 2011 yang baru diajar last week...



Tuesday, August 02, 2011

Pra Trial 2

Hari ni bermula peperiksaan Pra Trial 2 untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 maktab ini..peperiksaan ini akan berlansung sehingga hari Jumaat...Good Luck!!!

Salam Ramadhan..

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh negara terutamanya kepada warga MRSM Tun Abdul Razak..