Tuesday, December 28, 2010

Anak buah cikgu Juara KAMILAH BINTANG



Anak buah cikgu, Wani (anak abg sulong cikgu) telah menjadi JUARA rancangan terbitan ASTRO iaitu KAMILAH BINTANG..tahniah..pada peringkat akhir, dia menyanyikan lagu dr Jaklin Victor..bertamu di kalbu..

Tawaran kemasukan ke MRSM Tun Abdul Razak


Ade parents yang bgtau anaknya telah ditawarkan ke Tingkatan 1, MRSM Tun Abdul Razak untuk mengikuti pengajian program baru IGCSE..mereka mendapat panggilan telefon daripada pihak ibupejabat MARA..tahniah kepada yang telah mendapat tawaran dan kepada yg tidak ditawarkan lagi, jgn berputus asa..mungkin akan ade 2nd intake..3rd intake..klu ade rezeki x kemana ok...

Majlis Menyambut Menantu..

Ari 25hb yang lepas telah diadaakan kenduri utk menyambut menantu baru..adik cikgu kawin daa..majlis telah berlangsung dengan sempurna dan majlis bersanding diadakan pada lebih kurang jam 1 ptg..terima kesih kepada semua yg hadir ke majlis perkahwinan ini...



Kepada penganting baru..Apis & Iza..selamat mengharungi kehidupan sebagai suami dan isteri..semoga berkekalan selama-lamanya...

Potong Kek Birthday..

25hb selepas majlis kenduri kawin adk cikgu,mlm tu ade majlis ptong kek untuk pengantin..akak cikgu ambik kesempatan utk adekan jugak majlis potong kek sempena birthday cikgu n anak die (aliff)..tq..







Terima kasih kepada semua yang wish birthday cikgu through my FB, blog or my hp..thanks to all....

Friday, December 24, 2010

MRSM kekalkan kecemerlangan dalam PMR

Dipetik dari akhbar BERITA HARIAN 2010/12/23

KUALA LUMPUR: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekali lagi mengekalkan kecemerlangannya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan 20 MRSM mencapai keputusan lebih daripada 60 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ibrahim Ahmad, berkata daripada 5,068 calon dari 36 buah MRSM, jumlah yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran ialah 3,129 orang iaitu peningkatan sebanyak 2.17 peratus berbanding 59.03 peratus tahun lalu. "Pencapaian MRSM dalam peperiksaan PMR 2010 adalah cemerlang dan bertambah baik berbanding dengan pencapaian pada tahun lalu iaitu daripada Gred Purata Maktab (GPM) 1.0992 kepada 1.0531," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata MRSM Pasir Tumboh muncul sebagai MRSM cemerlang dengan mendapat peratus tertinggi mengikut pencapaian GPM iaitu 92.20 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, diikuti MRSM Pasir Salak (81.2 peratus) dan MRSM Kuala Klawang (79.9 peratus).

Sebanyak 18 MRSM menunjukkan peningkatan daripada segi nilai GPM, katanya.

Ibrahim berkata, 16 MRSM juga menunjukkan peningkatan dalam pencapaian peratusan pelajar yang mendapat semua A yang mana MRSM Besut mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 30.53 peratus.

"Bilangan pelajar MRSM yang mendapat pencapaian mengikut syarat minimum 6A2B (Matematik A, Sains A) ialah seramai 4,438 orang atau 87.57 peratus berbanding 3,498 orang pada tahun lepas," katanya. Beliau berkata empat mata pelajaran mencatatkan peningkatan peratus pencapaian gred A pada tahun ini iaitu Sains (+3.9 peratus), Bahasa Inggeris (+2.6 peratus), Bahasa Melayu (+2.0 peratus) dan Sejarah (+1.8 peratus). - BERNAMA

My Birthday..


Today is my birthday...ermm..arghhh..dah berumur 27 dah tahun ni..cepatnyer mase berlalu..lagi 3 tahun dah mencapai umur 30..huhuhu..sehingg pukul 1.15 pagi ni, dah ade 20 org yg wish birthday kat cikgu (19 kat facebook cikgu)..n..(sorang-ema anak hr cikgu wish kat hp)

Thursday, December 23, 2010

Dah Abis dah sem 1 PGDE.

Belajar di sini
Hostelnyer di sini


Abis sudah exam untuk sem 1 PGDE UIA/MARA Batch 1..Arghh...lega rasenyer....So,next sem maybe cuti sekolah bulan Mac yang seminggu tu..adeh..2 tahun ni xde cuti langsung la....esok balik kampung..coz Sabtu ni ade majlis menyambut menantu kat umah...Selamat tinggal BMI..selamat tinggal UIA..

Wednesday, December 22, 2010

dah settle 2 paper..

Dah settle 2 paper ari ni..tinggal 2 paper lagi..arghhh...agak tension n dissappoited..not able 2 answer properly for subject PSYCHOLOGY EDUCATION.to lots of theory.....I olready try my best..huhuhuhu...but for SCHOOL N COOMUNITY , I confident with my answer.. :-)

Nape x leh tido ni?????


Jam dah menunjukkan pukul 4 pagi dah ni..nape la mate ni x leh nak lelap???pagi ni kul 9 ade exam psikologi pendidikan n ptgnyer paper school n community...argghh...tensionnyer..mate,cepatle pejam..my roomate:hadi,fitri n rizal dah lame dah tido..jgn esok pagi2 muntah coz x cukup tido udah ler..disebabkan mate ni x leh nak pejam lagi, so terpakse le buat ulangkaji..hopefully dapat jawab dengan jawapan yang tepat dan betul utk kedua-dua paper esok..good luck kpd batch 1st batch PGDE UIA/MARA....

Monday, December 20, 2010

Exam exam exam..

Bile laaa mood nak study ni nak dtg nyer..Al-Hadi Azmi n Al-Fitri..jom le study same2..korang x study gua pun rase maleh nak study ni..Lusa dah exam beb..2 paper plak tu (Educational Psychology n School & Community)..pastu 2 paper lagi plak ari berikutnyer ( Philosophy dengan Islamic Worldview)..argh..mood study..cepat dtg padaku..

Assignment Islamic Worldview

Group assignment utk islamic worldview..akhirnya siap gak lukisan poster utk 5 bab dalam subject ni..IBADAH,WOMEN IN ISLAM,AKIDAH,EKONOMI dan FAMILI INSTITUTION..Cantik x poster yang cikgu lukis n color ni..hehehe..ulasan utk poster ni dibuat oleh group member yang lain..cikgu just buat poster jer..








TOPIK 1 : INSTITUSI KELUARGA

Warna merah merujuk kepada sifat-sifat kepimpinan yang ada dalam intitusi keluarga. Sifat-sifat kepimpinan seperti tegas, berdisiplin, tetap pendirian perlu ada pada suami bagi memastikan intitusi keluarga tidak terpesong daripada akidah islam. Selain itu, sifat tegas pelu bagi suami memastikan ahli keluarga patuh kepada ajaran islam. Pembentukan ahlak yang mulia dikalangan ahli keluarga terutamanya anak-anak juga memerlukan sifat tegas dan perlu bermula sebelum umur kanak-kanak mencapai dewasa. Warna kuning merujuk kepada kegemilangan dalam intitusi keluarga. Bagi mencapai kegemilangan dalam intitusi keluarga, setiap ahli keluarga perlu mempunyai personaliti, kekuatan dalaman, dan kesihatan yang baik. Faktor-faktor tersebut boleh membentuk keseimbangan dalam intitusi keluarga. Bagi ketua keluarga pula ia perlu mempunyai ilmu agama dan sifat-sifat yang mulia bagi memastikan intitusi keluarga mencapai kegemilangan.Warna coklat merujuk kepada kematangan dalam intitusi keluarga. Intitusi keluarga yang matang adalah bergantung kepada dua nakhodanya iaitu ibu dan bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk personaliti ahli keluarga. Bak kata pepatah “bapak borek anak rintik”. Kematangan dalam intitusi keluarga amat penting dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga. Ibu bapa perlulah memiliki ciri-ciri bapa dan ibu mithali bagi mengatasi masalah yang ada dalam keluarga. Masalah antara suami dan isteri juga perlu ditangani dengan matang bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan dalam intitusi keluarga. Intitusi keluarga amat mempengaruhi minda pelajar dan psikologi mereka. Ini kerana ibu bapa adalah sebagai “role model” kepada anak-anak mereka. Intitusi keluarga yang runtuh berpotensi melahirkan pelajar-pelajar yang melakukan masalah disiplin di sekolah.


TOPIK 2 : IBADAH

Lambang masjid dipilih kerana masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak. Gambar kubah melambangkan erti sebuah ikatan jiwa dan raga yang membawa makna kesuburan dan kehidupan manakala warna biru merujuk suatu pengertian keagungan dan kedamaian. Bulan sabit adalah lambang agama dan keyakinan spiritual. Lambang bulan sabit dalam Islam telah digunakan sejak zaman dahulu lagi manakala warna kuning merujuk kepada cahaya kehidupan. Menara Masjid adalah salah satu reka bentuk masjid di dunia Islam. Menara masjid biasanya merupakan menara yang tinggi yang mempunyai pembesar suara untuk azan. Menara masjid boleh jadi merupakan menara berasingan dari bangunan masjid atau Cuma tambahan tinggi pada bangunan utama. Melambangkan keteguhan antara umat Islam manakala warna putih merujuk kepada kesucian dan kedamaian.


TOPIK 3 : WANITA DALAM PERSREKTIF ISLAM

Warna hijau merupakan warna Islam. Hijau adalah warna kesukaan nabi, warna hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan. Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis. Hijau juga Melambangkan sifat-sifat yang mesti ada pada wanita, seperti positif, intelek, kekuatan diri, berprinsip di dalam hidup, sentiasa sihat, segar, ceria dan berlapang dada, sentiasa menerima teguran dan bercita-cita tinggi. Warna putih merujuk kepada bersih/suci (wanita itu Indah,bersih dan suci).Warna kesukaan nabi. Putih ialah sejenis warna yang mempunyai kecerahan yang tinggi tetapi tidak mempunyai rona. Lebih khusus, cahaya putih mengandungi semua warna dalam spektrum nampak, dan kekadangnya diperihalkan sebagai "warna akromatik";. Warna putih melambangkan kesucian dan kebenaran yang dituju, keyakinan pada diri sendiri, istiqamah di dalam melaksanakan tugas dan kerja sehingga mencapai kecemerlangan. Warna putih juga melambangkan nilai-nilai murni yang sentiasa diamalkan dalam kehidupan. Warna putih juga melambangkan kesucian, keikhlasan, kebersihan; ianya adalah lambang kepada warna sifat-sifat semulajadi (Fitrah) sebagai seorang insan sesuai dengan maksud sebuah hadis: Setiap manusia itu dilahirkan putih bersih, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan ianya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Warna hitam ialah warna matang. Warna Pakaian wanita. “Artinya : Tatkala ayat ini turun, ‘Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuhnya’, maka wanita-wanita Anshar keluar rumah dalam keadaan seolah-olah di kepala mereka terdapat burung gagak karena pakaian (jilbab hitam) yang mereka kenakan”. Beliau juga mengatakan, “Hadits ini dibawakan juga dalam kitab ad-Durr (V/221) berdasarkan riwayat ‘Abdurrazzaq, ‘Abdullah bin Humaid, Abu Dawud, Ibnul Mundzir, Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Mardawaih, dari hadits Ummu Salamah dengan lafazh. "Lantaran pakaian (jilbab) hitam yang mereka kenakan.”


TOPIK 4 : AKHLAK

Maksud bulan sabit itu maksud kepada bekas (bekas dakwat), bintang itu cahaya ilmu (atau dakwat / penulisan ilmu) bekas ilmu. jika di perhatikan ianya seperti huruf "nun" Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ p/s: Makrifah kurniaan Allah kepada orang dahulukala, (tidak ada satupun ciptaan Allah Yang sia sia , walaupun sebentuk Huruf atau sesedut nafas). Tetapi ianya dapat berkecimpung Dalam Iman bagi yang mengerti . Ianya bukan dengan hanya satu maksud, tetapi pelbagai maksud (zahir ,batin dan Rahsia ( rahsia Allah tiada siapa yang mengerti). Maksud dua tangan membawa maksud kerjasama, perkataan kerjasama membawa maksud kerja(usaha dan sebagainya) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak).
Ia juga boleh membawa maksud sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan mahupun persefahaman) dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama.
Perkara bekerjasama adalah bekerja (ataupun berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengan cara saling membantu (menyumbang).


TOPIK 5 : EKONOMI

Huruf (ta ha) adalah singkatan perkataan Tabung Haji di dalam tulisan bahasa Arab. Bentuk segi empat logo ini melambangkan ka’abah yang menjadi arah tuju dan tumpuan solat umat islam dunia. Visinya ialah tunggak kejayaan ekonomi ummah; Pengurusan Haji Terbilang dan misinya ialah dalam mencapai visi TH, kami beriltizam:-

i) Memperkasa ekonomi ummah
ii) Sentiasa giat mencari pelaburan strategic global dan local bagi pertumbuhan berterusan
iii) Menggembleng dan memperkaya modal pendeposit
iv) Memberikan perkhidmatan cemerlang berterusan
v) Memudahkan dan menyempurnakan urusan jemaah kea rah haji mabrur
vi) Memberikan pulangan yang kompetitif, halal dan toyyiban

Warna hitam melambangkan warna Ka'abah apabila ia diselubungi oleh kain Kiswah. Warna hijau melambangkan warna agama Islam.

Sunday, December 19, 2010

3 perkara yang menarik pada hari ini..

Tengahari td cikgu kuar ke KLCC dengan cikgu Fiqri..saje jln2 release tension nak exam next week..sempat gak jln2 walaupun asignment lum siap lagi..hehehe..ade 3 perkara yang berlaku td..

Pertama :

Cikgu masuk butik Giordano td..tgk2 baju n sluar kat situ..nampak plak belt yang menarik..harganya RM25 jer..tp klu beli skali ngan sluar khakis yg berharga rm75, belt tu dpt harga RM15..tp,cikgu x minat sgt nak beli sluar khakis tu..minat nak beli belt nyer jer..so,sementara nak tunggu bayar belt tu ade la akak melayu beratur depan cikgu..die beli sluar khakis 2 helai utk husband die..cikgu pun ambik kesempatan la nak minta tlg akak tu bayarkan sekali belt cikgu ni..baik betul hati akak tu..die x kesah pun..die bayarkan sekali belt cikgu dengan sluar khakis husband die..so,dapatla cikgu beli belt tu dengan harga RM15 jer..bijak x cikgu..hehehe..


Kedua :

After ke KLCC, we went to Low Yatt Plaza..naik la monorel dr stesen Bkt Nenas ke Stesen Imbi..ade satu seat tu ade 3 org lelaki duduk.sorang tu bdk dlm lingkungan 6 -7 tahun la..chinese..sampai kat stesen Bukit Bintang ade la sorang org kulit hitam (afrika kot) masuk..kerusi tu actually memang muat utk 3 org jer..die dgn selambanya suruh bdk kecik tu ketepi sikit utk die duduk..kurang hajo tul la..ape salahnye berdiri jer..x sedar diri tul..dah la awak tu org asing..buat la perangai elok2..pas negro tu duduk bdk tu trus bangun..maybe rase x selesa kot (sempit kot)..hangin je cikgu tengok negro tu..


Ketiga :

Dalam LRT on d way balik ke Terminal Gombak..ade la sepasang ...x tau la nak ckp kekasih atau dieorg ni dah berkahwin..yg si pompuan ni melentok2 la kat bahu laki2 ni..tolongla..awak tu naik pengangkutan awam..bukan nyer kat rumah nak romantik2 mcm tu..x sesuai langsung..dah la awak tu pakai tudung..memalukan n menjatuhkan maruah org yg pakai tudung jer..benci n x suke sungguh tengok situasi mcm ni...

Saturday, December 18, 2010

Kembali ke hostel BMI...

Petang td pas abis subjek PENILAIAN KURIKULUM dengan Dr Nagendralingan Ratnavadivel trus balik semula ke hostel BMI..sebelum tu singgah makan nasi n ikan keli bakar kat kedai yang selalu cikgu lunch klu abis kelas ari sabtu ni..x ingat name tempat tu..kepayang kot..sedap ikan bakar kat situ..cicah ngan sambal plak tu..ermm...sehingga menjilat jari!!!!hehehe..

On d way balik, tertido jap kat hentian rehat rawang..ngantuk giler..sampai2 je bilik xde org pun..hadi g balik perak, fitri g umah akaknyer n rizal balik kg kot..huhuhu...terpakse la tido sorang2 mlm ni..bosan gak xde teman nak menyembang nyembang...

Friday, December 17, 2010

Bermula Perjuangan Baru..

Alhamdullilah..pagi td dah abis pun kuliah untuk semester 1 Post Graduate Dip. Education (PGDE) di IIUM...abis je kelas presentation dengan Dr Suhaila pukul 1 tengahari td terus gerak ke UPSI plak coz lecture utk master start petang td pukul 3..naseb baik sempat sampai..kelas plak kat proton city, bkn kat kampus mcm sem lepas..agak jauh skit la..Semester ni if possible nak carry 4 subject sekaligus..so,next sem blh concentrate pada thesis jer..hopefully la blh teruskan 4 subject ni..

Petang td kelas Pengurusan Sumber Manusia..lecturernye Dr Marina and malam plak kelas Isu-isu Perakaunan Di Sekolah..lecturernyer En. Ibrahim..1st lecturer jer dah ade asignment lor..2 2 subjek ni assignmentnye pertama kene hantar 7 jan 2011 nanti..untuk esok utk 2 subjek lagi x tau la lecturer akan bg assignment jugak atau x..huhuhu..

Thursday, December 16, 2010

Video making..

Utk subjek SCHOOL n COMMUNITY yang diajar oleh Dr Azam, kami dikehendaki membuat video berkaitan dengan gejala sosial yang semakin membimbangkan kini..video yang dihasilkan perlualah dalam masa 2 minit - 5 minit..tq to all my group member yang memberikan komitmen yang tinggi terhadap penghasilan video ini..tajuk video ni KEINSAFAN..

Nasi Arab lagi...

Hari ni sekali lagi makan nasi arab ngan azimah...tp kat kedai Mama Mia..sebelah cafe e-voke..biase2 je rasenyer..nothing special..harganya rm6..

Nasi Arab, ayam, kentang, meat ball n sambal belacan..perghh..pedas giler sambal belacannyer..

Wednesday, December 15, 2010

Masuk SURAT KHABAR METRO

Sebelah Dr Mahathir - farah alia,shaffiqah,zariq,cikgu(yg pakai baju merah n tie merah tu)
Pada Program Inovasi Ideapreneur MRSM 2010 yang berlangsung di Tech Park Malaysia pada 9 Dec 2010, Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir telah dtg bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah dan memberi ucapan. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali kedua cikgu n anak murid cikgu berjumpa dengan Tun Dr Mahathir dalam masa 2 bulan..pertama semasa Majlis Penyampaian Anugerah Khas Juri utk rancangan realiti TV3, IDEA:MALAYSIAN INVENTORS' CHALLENGE di Sirim Shah Alam..dan ini kali kedua di Tech Park Malaysia..pada majlis ini kami berkesempatan merakamkan gambar bersama-sam Tun Dr Mahathir bersama-sama pemenang yg lain, dan kali ini picnyer keluar dalam HARIAN METRO pada 10 Dec 2010...

Nasi Arab


Td time luch sempat g makan ngan cikgu Aimi kat kedai Babush kat dlm UIA ni...dulu x bukak,minggu ni br start bukak kedai ni..td makan nasi arab..lain skit ar dengan nasi arab yang ayah farhana bg dulu time farewell party 5 Charismatic..sedap lagi ayah farhana masak..

Tuesday, December 14, 2010

Adik cikgu kawin..

Tanggal 10/12/2010, adik cikgu, Apis telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Iza..kedua-duanya berumur 24 tahu dan perkenalan mereka bermula ketika di bangku sekolah lagi semasa mereka menuntuk di Sekolah Teknik Grik,Perak..majlis persandingan di rumah pengantin pompuan telah berlansung pada keesokan harinya, iaitu pada 11/12/2010..Tahniah dan semoga kekal selama-lamanya.....

My Famili...lov u all...

Uncle boy n lokman...

Bergambar bersama mak n abah


Nabil, akak n boy

Bersama anak2 buah..alif,lokman,farid,haiqal,uncle boy,nabil,ruby..belakang nabil,shafiq

Bersama famili abg n akak

pengiring dari pasukan bomba

Makan beradab


Ambik aura pengantin..huhuhu
Makan beradab

makan beradab ngan mak n abah

Sehati sejiwa

potong kek 3 tingkat warna kuning putih

Dipelamin...


Semoga kekal ke akhir hayat


terasa macam artis plak lalu atas red carpet..hheheehehe..




Perince Nabil n Princess Ruby..


Monday, December 13, 2010

Interview IGCSE


Bermula esok n lusa, satu interview khas akan diadakan bagi memilih pelajar-pelajar untuk mengikuti program terbaru MRSM iaitu International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang bakal dilaksanakan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan Pahang. Program yang baru diperkenalkan ini adalah salah satu usaha MARA untuk mengantarabangsakan MRSM..diharap projek rintis ini akan berjaya dan akan dilebarkan sayapnya ke lain-lain MRSM pada masa akan datang. Semoga berjaya kepada semua calon-calon yang akan diinterview esok..good luck!!!!Kalau ade rezeki dapat la jumpe cikgu next year..

Friday, December 10, 2010

Group work!!!

bile time group work..yg paling penting adalah kerjasama dari semua ahli kumpulan..n im very proud with all of my group members coz they r really commited n we can work together until the assignment done..short time but sweet memory with u all....
syuk,mus,nazri,lan,edlin,edy,ery,fahmi and g.g....