Thursday, April 29, 2010

Dinner at Genting Sempah..

Sizzling Chicken Chop

Double McChicken..

Yummy...........


Untuk hari2 terakhir cikgu berada di Bentong ni..teringin plak nak makan Sizzling Chicken Chop kat Genting Sempah ngan cikgu pasli..sedap sizzling chicken chop kat genting sempah ni..cikgu prefer yang grill punyer..dengan sos black pepper.harganyer RM9 jer..pas makan td,trus plak g Mc D..beli Double McChicken...hehehe..utk supper...ermm..mlm ni makan byk sgt..so,start esok kene diet le balik..huhuhuhu..

Packing packing packing....

Antara kotak-kotak yang telah di packing dan dilabelkan

Setiap kotak perlu ditagging mengikut jabatan masing-masing

Bermula pada hari semalam, kami semua telah berkemas-kemas dan packing semua barang2 yang ada di bilik guru untuk dihantar ke MRSM Pekan pada hari ini..alhamdullilah..semuanya telah selamat dipacking dan telah pun dihantar ke MRSM Pekan pada pagi tadi...

Selesai sudah Konvensyen PUM MRSM Se-Malaysia 2010

Hadiah untuk Johan Pertandingan Gerai Jualan Terbaik

Cenderahati dari pihak MRSM Transkrian


Tanggal 27 April 2010, berakhirlah sudah Konvensyen PUM MRSM Se-Malaysia yang ke -17 yang telah berlangsung di MRSM Transkrian. Terdapat banyak masalah sepanjang program ini dijalankan sehingga majlis penutup pun bermasalah / terdapat gangguan dan kesilapan, dan di harap pihak penganjur selepas ini perlu membuat persiapan rapi dalam penganjuran acara peringkat kebangsaaan ini. Ok,kite lupakan dulu segala masalah yang timbul....


Beralih kepada keputusan pertandingan, untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama MRSM Bentong menyertai konvensyen ini. Kami telah berjaya menggondol tempat pertama / johan bagi kategori Gerai Jualan Terbaik dengan mengalahkan 41 MRSM yang lain. Sememangnya konsep gerai yang di bawa oleh kami adalah lain daripada yang lain dan cara kami menyakinkan juri-juri tentang pemilihan konsep gerai , nama produk, dan communication skills dalam diri pelajar adalah resepi kejayaan kami. X sia-sia la cikgu buat perjumpaan setiap hari bersama-sama mereka, setiap 5-6.30 ptg bagi membuat persiapan untuk gerai ini. Hadiahnya adalah piala dan wang tunai RM300 (wang tunai belum dapat lagi). Cume cikgu agak kecewa kerana keputusan pertandingan ini diumumkan dan hadiah disampaikan awal dan bukan pada acara penutup..sedey skit...


Untuk pertandingan Kuiz Keusahawanan, MRSM Bentong berjaya melayakkan diri ke peringkat Akhir di mana pada peringkat saingan, MRSM Bentong berjaya mendapat kedudukan 4 terbaik. Pada peringkat saringan MRSM Serting jauh meninggalkan MRSM yg lain dengan 180++ mata, MRSM Taiping 120++, MRSM TRanskrian 104 dan MRSM Bentong 101..lain-lain MRSM mendapat mata kurang dari 100. Pada peringkat akhir, nasib tidak menyebelahi kami kerana kami mendapat tempat ke-4 dalam peringkat akhir. Walaubagaimanapun,kejayaan ke peringkat akhir adalah kejayaan yang cukup membanggakan kerana ini adalah kali pertama kami menyertai konvensyen ini...Tahniah kepada Aina, Shaziera, Fazilah dan Fazlina..


Bagi pertandingan catur bestari dan bussiness games, nasib tidak menyebelahi kami...kami gagal untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik. Cikgu tahu mereka telah berusaha bersungguh2...maybe xde rezeki tahun ni untuk 2 acara tersebut..


Dan..preparation utk tahun depan akan dilakukan seawal mungkin bagi memastikan MRSM Bentong akan berjaya mendapat johan keseluruhan bagi membolehkan kami mewakili MRSM ke peringkat nasional..insyaalah...terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang persiapan kami ke konvensyen ini...MRSM Bentong..highway to excellence...

Tuesday, April 20, 2010

Persediaan ke Konvensyen PUM

Minggu ni agak bz skit dengan preparation untuk Konvensyen PUM yang akan diadakan di MRSM Transkrian...ari2 cikgu jumpe ngan student ni kul 5 ptg till 6.30..kesian gak dieorg tengah exam skrg ni..that y la cikgu just ambik 1 jam setengah jer sehari masa dieorg...

Students cikgu bertungkus lumus nak siapkan produk2 yang akan di bawa ke sana nanti..ape yang penting???KERJASAMA.....

Planner 2010

Alhamdulliah..ari ni dah sampai pun buku PLANNER MAKTAB 2010..segala usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa Planner dah pun membuahkan hasilnyer..dan yang paling penting..cover Planner ni cikgu yang design..cantik x?hehehe.......

Cover Belakang





Cover Hadapan

Monday, April 19, 2010

Jln2 hujung minggu......

Aktiviti hari ahad : jln2 di One Utama Shopping Complex..beli sweater SEED..then, g SOGO..beli seluar slack SEED..kat OU size 33 xde lor.terpakse cr kat Sogo.huhuhuhu..naseb baik ade..pastu nampak ade kasut khakis yang cantik..hehehe.SEMBONIA..so,ambik ler satu..tp..sume item yang di beli semuanya ade less..klu xde less..xde le beli..huhuhuhu..
Lunch kat Kluang Station kat OU..sedap...dah lame x makan roti bakar Kluang Station..ermmm..sedap sangat sampai menjilat jari..hehehe

Assam pedas ikan

Saturday, April 17, 2010

GOOD LUCK CIKGU............

Bende ni cikgu dapat last week..before cikgu g exam..x tau sape yg bagi..tetibe je dah ade atas meja cikgu..kali ke-2 cikgu dapat bende mcm ni..tq kepada yang bagi cikgu bende ni...Di bawah ni cikgu taip balik ape yg tertulis kat atas kertas tu :




Some succeed because they are destined to,

but most succeed because they are determined to....
Leaders see not only the destination but also the way to the goal!!
GOOD LUCK CIKGU
WISH U ALL THE BEST

D'Nastro..

Malam td cikgu n cikgu hadi makan di D'Natro..kedai makan ni betul2 kat depan SMK Sulaiman..br je bukak dlm bulan ni kalau x silap..saje nak test tempat baru..cikgu makan chicken chop..dari segi rase..ok jer..but cikgu prefer ayam grill..x sangka die bg yg goreng..sos black pepper yg diberi tu ok la..dari segi presentation..maybe lain skit je dr kedai lain coz mayonis nyer di ukir tulisan D'NATRO..harga RM9.50 utk chicken chop ni..

Friday, April 16, 2010

Beli Barang untuk Konvensyen...

Baru balik dr Pasaraya Koboi, Temerloh bersama-sama dengan Cikgu Asmaa n Cikgu mazrah...tujuannyer untuk membeli barang-barang persiapan untuk hias produk2 IKS yang akan di bawa ke Konvensyen PUM next weeek....

Wednesday, April 14, 2010

Konvensyen PUM MRSM Se-Malaysia

Next week 24 hingga 27 April, cikgu akan menjadi guru pengiring untuk Konvensyen PUM di MRSM Transkrian...persediaan rapi perlu dilakukan demi memastikan MRSM Bentong berjaya dalam mana-mana kategori yang akan dipertandingkan...insyaallah..

*tadi br je pas jumpe ngan student yg akan g konvensyen ni.siap kene marah lagi..tu la..x ikut ape yg cikgu cakap..niat dihati cikgu bkn nak marah pun,nak bg nasihat,bimbingan n paduan je..utk kebaikan kamu jugak....tp ade gak la 4 org ni yang x dtg perjumpaan td..ermm...tunggu la esok.....

Saturday, April 10, 2010

Selesai sudah semester 1

Alhamdullilah..dah selesai pun exam semester 1..so,start next week dah xde la berulang every week to UPSI...rehat dalam 2 bulan b4 continue my study for semester II on July...harap rakan-rakan seperjuangan akan meneruskan semangat juang yang membara utk menghabiskan 3 semester lagi..jgn syahid di tengah jln ok..