Monday, August 30, 2010

Dah siap semak Fail KH

Alhamdullillah..td pagi sempat jugak cikgu semak fail nota KH student2 cikgu..3 kelas (1 kelas form one, 2 kelas form 2). Tp,still ade gak yg belum menghantar lagi fail tu kat cikgu..ade la dlm sepuluh orang..xper..klu cikgu denda kamu jgn marahkan cikgu ok..dah banyak kali dah cikgu ingtakan supaya hantar fail tu..bukan utk ape pun,utk diri kamu jugak..I just 1 2 check/ make sure all the notes, slide presentation n latihan2 yg cikgu bagi tu kamu semua simpan dlm fail tu atau x..klu semua nyer ade dlm fail tu..ok..bagus..klu note, n semua yg cikgu bg tu xde, mcmane kamu nak study utk exam nanti??

Tahniah jugak la kepada student2 cikgu yang telah susun failnyer dengan kemas n rapi mengikut bab sepertimana yang telah cikgu ajarkan caranya sebelum ni...

Antara fail-fail yang telah cikgu susun atas meja dalam bengkel bagi menudahkan cikgu menanda fail-fail ni...

Sampul duit raya x siap lagi..

Adoi..tension nyer...sampul duit raya x siap di cetak lagi..ari rabu malam kamis br siap..tension tension..kadang2 ni la masalahnyer klu bekerja dengan company melayu (sorry 2 say la...tp,x semua company melayu buat hal),tapi ni dah company melayu kedua ke-2 yang buat hal ngan cikgu tau..

Ari tu time nak g konvensyen PUM kat MRSM Transkrian dulu,tempah key chain kat company printing kat Gombak.Ni address web company tu http://suemochaart.blogspot.com/..Owner company ni Mohd Hafizi B Muhamad dengan Nursyuhada Bt Samsudin.Cikgu dah bayar deposit RM400 (cikgu dahulukan duit cikgu dulu) utk key chain tu.last2 die x dpt nak siapkan key chain tu pada masa yang ditetapkan, dan cikgu pun cancelkan la tempahan tu.Cikgu minta balik duit deposit tu,tp die kate x boleh coz dalam terma klu dah bayar deposit,deposit x boleh dipulangkan.tp,yg buat masalah skrg company die bukan cikgu..dieorg yg x leh nak siapkan dlm masa yang ditetapkan, n byk alasan yang diberikan.thats not my problem..so,cikgu berkeras gak nak dapatkan balik duit RM400 tu..byk tu..bkn sikit..bukan duit tu cikgu dapat free2 jer,turun dari langit...cikgu bukan anak org berada...then,die janji nak bayar balik deposit tu secara ansuran..ok,fine..ade la sekali tu die bayar RM100 kat cikgu..tp,sampai ke hari ni, dah berbulan-bulan balance RM300 tu belum dipulangkan lagi..bile mesej x reply..fon x angkat..ok,fine..sebagai manusia, cikgu pun ade hati dan perasaan gak. Kepada MOHD HAFIZI B MUHAMAD DAN NURSYUHADA BT SAMSUDIN,ini mesej yang ingin cikgu sampaikan kepada kamu berdua (actually cikgu dah hantar msg ni kat HP die pun) " AKU HARAMKAN DUIT DEPOSIT YG AKU BG KAT KAU DUNIA AKHIRAT.GUNALAH DUIT TU..INSYALLAH X BERKAT REZEKI ENGKAU"...

Berbalik pada sampul duit raya td, x dapat la cikgu nak bagi pada cikgu2 n student2 ni pada hari Rabu ni, terpakse la tunggu till kamis br boleh distribute sampul duit raya tu..huh!!tp,naseb baik kad raya cikgu dah siap..ari rabu ni dah boleh pos kad raya tu..

Sunday, August 29, 2010

Refleksi 4 - Seminar Isu-isu Pendidikan (PPP 8063)

SEKOLAH KLUSTER (SK) DAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

Pada 14 Ogos 2010 kumpulan 3 telah membentangkan tugasan mereka yang bertajuk Sekolah Kluster (SK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Kumpulan ini telah membincangkan tentang ciri-ciri pemimpin, guru, murid,kelayakan untuk SK, strategi pelaksanaan,criteria pemilihan SBT dan pelan strategik SBT. Di sini saya akan mengulas berkaitan dengan SK terlebih dahulu. Terdapat percanggahan dan perdebatan mengenai penggunaan istilah KLUSTER itu sendiri, di mana kluster itu membawa maksud pengelompokan sekolah berdasarkan pencapaian akademik dan nilai kebitaraan sesebuah sekolah itu. Di sini SK dikelompokkan kepada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah pendidikan khas, institut lepasan menengah, sekolah antarabangsa dan sekolah swasta. Ia berbeza dengan SK di luar negara biasanya berada dalam kawasan geografi yang sama tetapi SK di Malaysia yang kedudukan geografinya berjauhan antara satu SK dengan SK yang lain. Sebagai contoh, di Singapora sekolah klusternyer yang terpilih adalah dalam kawasan yang berdekatan antara satu sama lain dengan tujuan untuk berkongsi kemudahan, kepakaran dan lain-lain. Tetapi, konsep ini berbeza dengan SK di Malaysia di mana pengelompokan sekolah-sekolah ini tidak bertujuan untuk berkongsi kemudahan, kepakaran dan lain-lain antara satu sama lain.
Satu perkara yang menjengkelkan bagi saya bilamana dalam petikan Kesan Sekolah Kluster Kepada Pendidikan Negara yang ambil dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada 5 September 2009 yang dibentangkan oleh pembentang menyatakan bahawa lepasan SK diterima masuk ke universiti luar negara. Kenyataan seperti ini amat mengelirukan dan boleh mendatangkan tafsiran yang salah kepada ibubapa dan masyarakat kerana untuk kemasukan ke universiti luar negara, pelajar-pelajar Malaysia perlu menduduki peperiksaan O-level, A-level ataupun IB ( International Barracaulrate), dan bukannya menggunakan sijil SPM yang diperolehi daripada SK tersebut. Jika pihak KPM bercadang untuk menghantar pelajar-pelajar SK terus ke universiti luar negara, mereka harus menyediakan pendidikan di tahap seperti yang saya nyatakan di atas tadi di SK mereka. Sepertimana yang dilakukan di Maktab Rendah Sains MARA Felda Kampus Tun, Sungkai Perak yang akan menawarkan pengajian di peringkat IB dan juga Maktab Rendah Sains MARA Tun Abdul Razak, Pekan Pahang yang akan menawarkan program IGCSE ( International General Certificated for Secondary School) untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 pada tahun hadapan.

Dalam perbincangan topik ini juga, wujud juga pertikaian dalam pemberian autonomi kepada pihak sekolah, keberkesanan SK, dan juga bilangan sekolah yang mendapat SK. Setakat ini hanya terdapat 120 buah SK sahaja yang telah diumumkan, dan mengikut perancangan bilangan itu akan bertambah kepada 300 buah SK menjelang penghujung tahun ini. Tetapi, bilakan 180 buah sekolah lagi yang akan mendapat status SK akan diumumkan, masih menjadi tanda tanya. Dengan berbekalkan 4 bulan sahaja lagi untuk menghampiri penghujung tahun ini, kemungkinan besar tiada lagi sekolah yang akan mendapat status SK akan diumumkan, lebih-lebih lagi sekarang telah wujud satu lagi penjenamaan sekolah yang baru iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

SBT baru diperkenalkan pada tahun ini di mana terdapat 20 buah sekolah telah dipilih berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah di tetapkan oleh pihak kementerian dan mengikut pelan yang dirancang bilangan sekolah ini akan meningkat kepada 100 buah sekolah menjelang tahun 2012. Pada pendapat peribadi saya, tidak terdapat perbezaan yang ketara dan significant antara SK dan SBT dari segi kriteria pemilihan sekolah dan pelaksanaan antara kedua-duanya. Mungkin berbeza dari segi penjenamaannya sahaja.

Walaubagaimanapun, jika di pandang dari sudut yang positif, SK mahupun SBT memberi manfaat kepada pelajar-pelajar luar bandar kerana mereka tidak terlepas merasa keistimewaan yang diberikan kepada SK dan SBT melalui sekolah berasrama penuh yang mana banyak SK dan SBT yang dipilih dari sekolah berasarama penuh dan pendemokrasian pendidikan perlu diteruskan. Cabaran- cabaran dan isu-isu berkaitan dengan kedua-dua jenis sekolah ini juga perlu di atasi dengan bijak dan tersusun di mana pihak KPM, pengetua-pengetua sekolah, pengurusan sekolah, guru-guru dan murid perlu beriringan bersama-sama dalam menjayakan matlamat kedua-dua jenis sekolah ini.

Refleksi 3 - Seminar Isu-isu Pendidikan (PPP 8063)

PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM

Pada 14 Ogos 2010 kumpulan saya telah membentangkan tugasan yang bertajuk Perkembangan dan Perubahan Kurukulum.

Kami bahagikan topik ini kepada 3 bahagian iaitu imbasan sejarah Dasar Pendidikan Negara, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Imbasan sejarah dimulakan pada zaman pengukuhan tahun 1956 dengan Penyata Razak dan di akhiri dengan zaman kemantapan apabila lahirnya Akta Pendidikan 1995 dan 1996.

KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 (percubaan) di 305 buah sekolah terpilih di seluruh negara dan pada tahun 1983 ia dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah. Isu yang berbangkit dalam KBSR adalah apabila pembentang menerangkan mengenai latar belakang KBSR di mana pada tahun 1994, terdapat perubahan pada subjek Alam dan Manusia di mana subjek ini adalah gabungan antara Sejarah, Geografi dan Sains. Satu permasalahan yang berlaku bilamana subjek ini digabungkan ialah apabila pelajar berada di peringkat sekolah menengah, mereka agak lemah dalam matapelajaran Sains. Akibat daripada kelemahan pelajar dalam subjek Sains ini, hasrat kerajaan untuk mendapatkan nisbah 60:40( Sains : Sastera) untuk pelajar yang mengambil aliran Sains dan Sastera di tingkatan empat tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, perubahan di lakukan pada tahun 1994 dengan memecahkan subjek Alam dan Manusia ini kepada dua subjek yang berlainan iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Beberapa perubahan-perubahan dalam KBSR telah dilakukan mengikut perkembangan kehendak semasa seperti penggunaan teknologi maklumat dalam proses P&P, PPSMI, cadangan pemansuhan UPSR, dan yang terkini Program LINUS ( Program Literasi dan Numerasi).

KBSM pula diperkenalkan pada tahun 1988 untuk subjek Bahasa Melayu dan diperkenalkan untuk semua subjek pada tahun 1989. KBSM ini adalah kesinambungan daripada KBSR. Semakan pertama KBSM adalah pada tahun 1990 dengan tujuan untuk memenuhi tuntutan perkembangan dunia pendidikan masa kini. Pelajar di tingkatan 4 diberi pilihan untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang sains atau sastera di sekolah harian atau sekolah berasrama penuh, bidang teknikal ataupun vokasional di sekolah teknik dan bidang agama di sekolah agama berdasarkan kelayakan, minat dan kecenderungan mereka.

Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan semasa perbentangan, antaranya adalah kegagalan proses P&P yang dijalankan mencapai matlamat dan objektifnya. Ini kerana desakan dan kekangan daripada sistem penilaian yang dikatakan terlalu exam oriented. Jika dilihat dan diteliti, saya bersetuju dengan pendapat itu kerana pihak sekolah mahupun ibu bapa akan melihat pencapaian akademik anak mereka (berapa banyak ‘A’ yang dicapai) sebagai indicator kejayaan anak mereka. Ini akan menyebabkan guru-guru akan berusaha sedaya upaya ke arah melahirkan pelajar yang mencapai ‘A’ bagi subjek yang mereka, dan penyampaian content bagi sesuatu subjek itu telah diabaikan. Ini akan menyebabkan pelajar-pelajar belajar hanya untuk menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang sahaja dan fenomena ini agak membimbangkan kerana ia akan menyebabkan pelajar-pelajar yang dihasilkan tidak berkualiti, mempunyai tahap berdikari yang rendah dan tidak mampu untuk bersaing bilamana mereka melanjutkan pengajian diperingkat yang lebih tinggi nanti. Cadangan pihak kementerian untuk menghapuskan UPSR dan PMR dan melaksanakan penilaian berasaskan sekolah adalah satu langkah permulaan yang baik untuk menangani isu ini. Ini kerana dengan terhapusnya UPSR dan PMR, guru-guru tidak lagi terbeban dengan peperiksaan ini dan boleh menumpukan sepenuhnya kepada proses P&P dengan berkesan di dalam kelas. Isu lain yang dibangkitkan adalah kekangan masa untuk guru melakukan proses P&P dengan berkesan, di samping kekurangan pengalaman dan pengetahuan pemimpin sekolah sendiri iaitu pengetua ataupun guru besar dalam bidang kepimpinan. Kepimpinan instruktional adalah kepimpinan yang perlu ada pada setiap peminpin sekolah.

Pada kesimpulannya kurikulum merupakan rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemah ke dalam pengalaman. Pengetua dan guru-guru perlu memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum ini. Peranan mereka termasuk menginterprestasi, merancang, memodifikasi dan melaksanakan kurikulum.

Refleksi 2 - Seminar Isu-isu Pendidikan (PPP 6083)

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

Pada 7 Ogos 2010 kumpulan 2 telah membentangkan tugasan mereka yang pertama bertajuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Selepas perbincangan tajuk ini, dapat saya rumuskan bahawa pelan induk pembangunan pendidikan (2006-2010) yang bakal berakhir pada akhir tahun ini menampakkan matlamat untuk memberikan pendidikan yang berkualiti pada semua belum menjadi kenyataan. Berdasarkan 6 teras yang di bentangkan oleh ahli kumpulan ini ; membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan, ternyata begitu banyak cabaran dan halangan-halangan yang kita sendiri masih mencari-cari jalan penyelesaiannya.

Apabila perbincangkan tentang kerangka PIPP di jelaskan oleh pembentang pertama, saya dapati bahawa terdapat beberapa elemen penting yang termasuk dalam kerangka ini seperti asas pembangunan, teras asas pembangunan, pendekatan dan faktor kritikal kejayaan. Yang menjadi persoalan di sini ialah, berkaitan dengan faktor kritikal kejayaan PIPP ini. Dalam kerangka PIPP, dengan jelas telah dinyatakan terdapat 4 faktor kritikal kejayaan PIPP iaitu kerjasama dan komitmen warga pendidikan, komitmen dan kerjasama dari pihak berkaitan, sistem penyampaian pendidikan dan sistem pemantauan dan penilaian. Oleh itu, kejayaan PIPP ini amat bergantung kepada kefahaman dan komitmen daripada semua warga Malaysia khususnya mereka yang terlibat secara langsung dengan PIPP sama ada sebagai pengubal mahupun pelaksana dasar tersebut.

Teras PIPP telah dihuraikan dengan baik dalam perbincangan ini. Teras pertama hingga teras keenam dihuraikan secara terperinci. Berdasarkan kepada pembacaan saya daripada petikan artikel tentang teras PIPP ini, saya amat bersetuju dengan pandangan bahawa PIPP ini mampu memartabatkan sistem pendidikan di Malaysia, tetapi seperti yang diperkatakan saya sebelum ini, adakah ia mampu direalisasikan? Masih menjadi persoalannya.

Di sini saya ulas sedikit tentang antara teras PIPP yang telah dibincangkan. Teras pertama merupakan kesinambungan dasar yang terdapat dalam kesemua cabaran dalam Wawasan 2020 serta satu teras dari RMK9. Pembinaan negara bangsa memberikan penumpuan kepada usaha untuk menyatupadukan kaum serta merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020. Teras kedua bertujuan untuk melahirkan anak bangsa yang berpengetahuan dan berkepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Satu perkara yang penting dalam teras ini ialah pada fokusnya untuk memantapkan sistem penaksiran dan penilaian supaya menjadi lebih holistik kerana pada masa ini, kita lebih menjadikan peperiksaan awam sebagai kayu ukur kepada kejayaan pelajar. Sistem penilaian dan pentaksiran berasaskan sekolah perlu diperkasakan dan dalam pada masa yang sama, pihak berkenaan harus mencari mekanisme yang betul untuk melaksanakan penilaian dan pentaksiran berasaskan sekolah ini dengan lebih telus, adil dan saksama.

Satu teras yang menarik dan berkait rapat dengan guru ialah teras kelima yang merupakan penyumbang utama kepada kemajuan sesebuah negara dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Program-program pemantapan kerjaya guru perlu diberi perhatian serta penambahan jawtaan serta peluang naik pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian, Jabatan dan Pejabat Daerah perlu diperluaskan serta menambahbaik persekitaran kerja dan prihatin terhadap kebajikan guru-guru melalui penambahbaikan sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan pada hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion perguruan. Profesion perguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion perguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar.

Pada kesimpulannya, isu dan cabaran utama yang dihadapi dalam merealisasikan pelaksanaan PIPP ini adalah masa terlalu singkat iaitu hanya lima tahun sahaja. Adakah dengan masa yang diberi ini kita boleh melaksanakan keenam-enam teras PIPP ini? dengan kekangan masa, kewangan dan sumber mungkin ia tidak dapat dijayakan. Tetapi saya mencadangkan supaya PIPP ini dimurnikan dan dijadikan satu pelan strategik jangka masa panjang dan dalam kerangkanya nanti, selitkan juga langkah-langkah untuk mengatasi faktor-faktor kritikal kejayaan.

Refleksi 1 - Seminar Isu-isu Pendidikan (PPP 6083)

GLOBALISASI DAN IMPLIKASI KEPADA PENDIDIKAN

Pada 17 Julai 2010 kumpulan 1 telah membentangkan tugasan mereka yang pertama bertajuk globalisasi dan implikasi kepada pendidikan.

Selepas perbincangan tajuk ini, dapat saya rumuskan bahawa globalisasi merupakan satu cara hidup yang tidak mempunyai sempadan dan saling berkait antara satu sama lain. Walaupun kesannya lebih kepada ekonomi, tetapi dalam bidang pendidikan, globalisasi banyak juga memberi kesan-kesan yang positif dan negatif. Gelombang globalisasi ini berkembang dengan pantas akibat daripada perkembangan teknologi seperti internet, multimedia dan elektronik.

Apa yang saya lihat dalam perbincangan ini ialah implikasi negatif yang berlaku akibat globalisasi seperti yang dinyatakan oleh kumpulan ini iaitu peminggiran Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, pendidikan negara terbuka kepada dunia luar dan penkomersilan pendidikan. Jika kita pandang dari sudut yang berlainan, implikasi ini sebenarnya adalah implikasi yang positif. Contohnya, penggunaan Bahasa Inggeris yang di jadikan medium pengantar di kebanyakan kolej swasta bukan meminggirkan Bahasa Melayu pada pandangan saya. Adalah baik jika kita menggunakan Bahasa Inggeris kerana kehendak pasaran di luar memerlukan pelajar-pelajar menguasai bahasa tersebut dengan sempurna jika mereka mahu bersaing dengan rakan-rakan mereka. Dalam proses pembelajaran juga, kebanyakan maklumat-maklumat terutamanya dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan lain-lain adalah dalam Bahasa Inggeris.

Penubuhan banyak cawangan universiti-universiti luar negara di negara kita seperti Monash Universiti, Nottengham Universiti dan lain-lain memberi impak positif dari segi ekonomi negara. Pelajar-pelajar dari serantau boleh datang ke Malaysia untuk menyambung pengajian mereka di sini. Pelajar-pelajar kita juga yang tidak mampu untuk melanjutkan pengajian mereka ke universiti luar negara boleh menyambungnya di universiti-universiti cawangan yang ada di sini sekaligus ia dapat menjimatkan wang perbelanjaan mereka. Dari segi kurikulum, tidak menjadi masalah kerana kurikulumnya adalah sama dengan kurikulum di universiti induk tersebut.

Tetapi, kita perlu ingat, pengkomersilan pendidikan ini telah menafikan konsep pendemokrasian pendidikan negara. Seperti yang kita tahu, untuk memasuki IPT swasta, mereka memerlukan perbelanjaan yang banyak dan kebanyakan golongan bumiputera tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pengajian mereka di IPT swasta. Dan hanya lebih kurang 20% sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPT swasta berbanding ratusan ribu pelajar keseluruhannya. Jika perkara ini tidak di bending, ia akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera dan kesannya nanti membawa kepada keadaan di mana hanya orang kaya sahaja yang berpeluang untuk menikmati pendidikan di peringkat tinggi, manakala golongan bumiputera dinafikan haknya. Ia bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Secara kesimpulannya, pada pandangan saya, setiap perkara yang berlaku mempunyai pro dan kontra nya, baik dan buruknya. Apa yang penting, kita harus sedaya upayanya mempersiapkan diri kita untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan mendatang dan ambil perkara yang baik dan tolak yang buruk.Sekian.

Berbuka bersama ahli Kelab Usahawan Muda

Hari ni kami anjurkan majlis berbuka puasa untuk ahli Kelab Persatuan Usahawan Muda MRSM Tun Abdul Razak bagi sesi 2010. Semuanya 16 orang pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2. Majlis yg diadakan secara sederhana di CAFE MRSM ini telah di hadiri oleh 2 orang guru PUM,cikgu dan Cikgu Marni..(Cikgu Mazrah x dpt dtg coz ade hal-alhamlumla..orang dah nak kawin..hehehe..sebuk le skit..Cikgu Syuhaidi x dapat di kesan,harap maklum). Menu berbuka tadi Nasi Minyak, Ayam Goreng, Kari, Buah Tembikai, Sate n Air Orange Juice. Sebelum tu ptg td cikgu bawak student2 ni ke Bazar Ramadhan di Bandar Pekan. Time ptg td hangin gak cikgu satu badan..ye la, dah janji pukul 5 nak bergerak naik bas ke Pekan, kul 5.20 x sume datang lagi..cikgu pun boleh dtg awal b4 5pm..so,ape lagi,hangin la satu badan..yang lambat tu cikgu tinggalkan jer..nak bg pengajaran skit..disiplin n punctuality tu paling penting bagi cikgu x kire la kite ni student ke..pekerja ker..cikgu x nak klu dah biase lambat, dtg kelas lambat,solat lambat..then lame2 dah jd kebiasaan dtg lambat..esok dah keje pun punch in lambat..ari2 dtg keje lambat..klu kite pandai pun,tapi time management x betul..x kan berjaya gak kite ni... seb baik la time on d way ke Pekan tu, dieorg mintak maaf kat cikgu..sejuk skit hati ni..len kali jgn buat lagi ok!!!!














Friday, August 27, 2010

Confius!!!!!!!!!!!!!

Semalan cikgu g Kuantan..bukak pose kat PADANG MPK yang dekat ngan masjid tu..tp sebelum tu g EC MALL dulu bersama-sama cikgu Mai,Asmaa n Wani..then,kiteorg park kete kat depan kedai makan ni..dekat sebelah EC MALL tu jer..nampak la banner yg tertulis "PROMOSI RAMADHAN BUFFET STEAMBOAT" kat restoren THE TASTE CAFE ni..tp,yg confiusnyer..restoren ni menyediakan buffet ramadhan, tp dalam masa yang sama terpampang gambar botol2 ARAK/MINUMAN KERAS yang di tampal kat kedai tu..then, cikgu tengok memang kat dalam kedai ni pun ade botol2 AIR HARAM tu di susun kat bahagian tempat buat air..mcmaner tu..HALAL ke HARAM restoren ni yer...better x yah la restoren ni nak sediakan buffet ramadhan n cikgu nasihatkan umat Islam x yah la nak g restoren2 mcm ni..byk lagi restoren yang boleh di pegi..harap2 jabatan agama Islam Pahang tengok2 la restoren2 yg mcm ni..


Wednesday, August 25, 2010

Kad raya Edisi cikgu yazid

Tahun ni kad raya cikgu special skit..klu tahun2 lepas cikgu just print gambar dlmkad raya..tp tahun ni cikgu dengan pertolongan cikgu Pasli mendesign sendiri kad raya cikgu..cikgu cetak dlm 100 keping, so, sape yg bertuah akan dapatla kad raya cikgu tu..hhehehehe..



Muka hadapan


Muka belakang

Design untuk Sampul Duit Raya MRSM Tun Abdul Razak..

Cikgu Pasli tlg designkan design untuk sampul duit raya MRSM Tun Abdul Razak untuk tahun ini..Edisi terhad..hanya di cetak sebanyak 2000 keping sahaja..so, siapa cepat dia dapat..siapa nak tempah,boleh contact cikgu..

Pandangan hadapan

Pandangan belakang

Tuesday, August 24, 2010

Berbuka di Hotel Seri Malaysia

Hari ni,Jabatan Sains Sosial mengadakan majlis berbuka puasa di Hotel Seri Malaysia, Kuantan.Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM40..RM10 di sponsor oleh jabatan dan balancenyer di sponsor oleh diri masing-masing :-) ....cikgu sampai dalam pukul 6.45 petang..still lengang lagi kat tempat ni td..tempat makannyer x la besar pun..n variety makanan x brape banyak..n kualiti makanan x seberapa best mcm majlis berbuka puasa pada tahun lepas..huhuhu..n tahap kebersihan pun,cume 'B' sahaja...

Kibaran Jalur Gemilang

Last week, staf-staf MRSM Tun Abdul Razak telah memasang bendera Malaysia di jalan masuk dari pintu pagar maktab sehingga ke laluan bilik guru..agak menarik bile melihat kibaran bendera-bendera ini jika di tiup angin..SELAMAT HARI KEMERDEKAAN...Gambar di bawah ni cikgu ambil pada petang td semasa balik ke rumah dari dalam kereta..



Peperiksaan Trial SPM MARA

Bermula pada hari Isnin yang lepas, 22 Ogos 2010, bermulalah peperiksaan percubaan bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 di seluruh MRSM termasuklah MRSM Tun Abdul Razak.Peperiksaan percubaan ini akan berlansung sehingga selepas hari raya aidilfitri. Semoga pelajar-pelajar dapat menjawab dengan jawapan yang betul dan mencapai keputusan yang cemerlang..9A+..atau 10A+....Insyallah..

Thursday, August 19, 2010

Puding Diraja..

Last week akak cafe kat maktab belanja cikgu n cikgu Izwan PUDING DIRAJA...salah satu makanan yang terkenal kat sini dan jarang untuk ditemui..harganya agak mahal..dalam RM5 klu x silap cikgu..ermm..rasenyer biase jer..nothing special..ade pisang kecik (x tau ape name pisang tu)..then sikit campuran dengan bahan2nyer la..cikgu pun x tau ape bende tu..bentuknyer mcm benang2 bewarna kuning..then, ade kuih...nak tgk rypenyer mcmaner?tgk picture kat bawah ni..

Sebelum di campur dengan kuahnyer.



Selepas di campur dengan kuahnyer

Sunday, August 15, 2010

Aktiviti bumi hijau

XTVT tanam pokok buah di sekitar maktab sempena BUMI HIJAU minggu xtvt semester 2..kat bwh ni gambar anak2 homeroom cikgu yg hyperxtive sangat..huhuhu..cikgu x sempat nak tanam pokok same2 ngan dieorg.tp,sempat gak bergambar bersama-sama pokok n anak2 homeroom cikgu ni..last minit dtg..hehehe















Perkembangan dan Perubahan Kurikulum




Ini adalah slide presentation group cikgu dengan tajuk PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM yang telah di bentang di kelas Seminar Isu-isu Pendidikan (Prof Omar Abdull Kareem) pada 14 Aug 2010. Alhamdullilah perbentangan berjalan dengan lancar...