Monday, July 27, 2009

Aktiviti 2 Hari Ahad - 25 July 2009

Pas abis je student buat community service tu, Kak Iza antar cikgu ke Putrajaya coz cikgu nak join plak homeroom cikgu adi, edy n fuad buat lawatan ke Putrajaya..Thanks to Kak Iza coz she willing to send me to Putrajaya. Kat Putrajaya kami melawat Masjid Putraja, Alamanda, dan lepak2 kat taman dekat PICC..

Aktiviti 1 Hari Ahad - 25 July 2009

Hari ni sama ngan hari semalam...cikgu bangun pagi2 coz kul 6.30 ni nak g ikut rombongan homeroom Ustazah2 (wardah, kak ina n dila) g buat community service kat ZOO NEGARA..on d way ke sana ujan lebat..cikgu naik kete Kak Iza (my KJ) dengan cikgu baizura.

Aktiviti 2 Hari Sabtu - 24 July 2009

Sampai je maktab pukul 5 petang,trus mandi n solat..bosan gak, cikgu ajak cikgu Izwan n Cikgu Pasli (die pun bosan ari tu terperap kat umah) g jln2 kat Midvalley..nasib ari tu jln x jem..sampai je Midvalley dalam kul 6 lebih..jln2 shoping2 till kul 10 mlm..than g perhentian R&R Sungai Buloh makan sate Samuri..Sedapnyer..lame sudah x makan sate...hehehehe...kul 12 tghmalam br sampai maktab..letih lor..

Aktiviti 1 Hari Sabtu - 24 July 2009

Pagi-pagi cikgu dah bagun coz ari ni ade Bengkel Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) utk PMR di MRSM Kuantan..14 orang cikgu dari MRSM Bentong menghadiri bengkel ni.Bengkel start pukul 9.00 pagi hingga menjangkau 2 petang..byk jugak la input yang kami dapat coz kebanyakan guru yang dihantar adalah guru-guru baru (termasuk la cikgu)..sampai ke maktab dalam kul 5 petang..letih lor..

Wednesday, July 22, 2009

BANNER KEJORA

Malam ni tolong Cikgu Adi pasang sticker pada banner KEJORA (Kejohanan Olahraga MRSM Bentong) yang akan diadakan pada 1 Ogos 2009 ni. Kiteorg pasang kat bilik guru..dibantu oleh Cikgu Izwan dan Cikgu Fuad..

MAIN BOWLING DI BUKIT TINGGI

Ari ni cikgu, Cikgu Izwan dan Cikgu Ida g ke Berjaya Hills, bawa student kelab bowling main bowling kat situ.

MAJLIS MAKAN MALAM ANUGERAH PENGETUA

Malam td ada Majlis Makan Malam untuk pelajar-pelajar yang mendapat PNG 3.5 ke atas dalam peperiksaan akhir semester 1. Tahniah diucapkan.Semoga dapat mengekalkan prestasi yang baik ini.

Sunday, July 19, 2009

BBQ di Kawasan Perkelahan Lentang


Pagi td Jabatan Sains Sosial MRSM Bentong telah mengadakan Majlis BBQ di Kawasan perkelahan Lentang...yang kat tepi highway menuju ke KL..dlm lebih kurang pukul 8 pagi, cikgu n cikgu Izwan ke sana utk memilih tempat yang sesuai utk buat BBQ tu..than yang lain pun menyusul..Tq kepada principle, Tn Hj Yusoff, vice principle, Dr Hamzan dan En Zabidin sekeluarga yang sudi dtg ke majlis ini..Tq juga kepada semua guru-guru Jabatan Sains Sosial MRSM Bentong di atas kerjasama dan pertolongan yang di beri dalam menjayakan majlis ini..

Saturday, July 18, 2009

The Culinary Arts Club of MRSM Bentong




Cikgu br je siapkan design utk baju kelab masakan MRSM Bentong...

Rewang Jabatan Sains Sosial

Esok pagi Jabatan Sains Sosial akan mengadakan Majlis BBQ di kawasan perkelahan Lentang...dalam 15 minit jer dari maktab..pagi2 td cikgu,cikgu fahmi,cikgu maziah and cikgu asmaa g ke pekan Bentong beli barang2..abih jugak la dalam RM400 beli barang (ayam 14 ekor, serai, kunyit, arang, cawan, pinggan, bla bla bla.....)...pas beli barang,kiteorg satu jabatan buat rewang bersihkan ayam tu and buat bahan2 utk perap ayam tu kat umah Ustaz Marzuki..dekat2 kul 7 gak la baru siap perap ayam tu... :-)

Thursday, July 16, 2009

FARHANA MENANGIS??

Td time cikgu kat bilik guru, anak homeroom cikgu dtg, FARHANA..pagi td ayah die bank-in kan duit utk FARHANA ke akaun cikgu..so, maybe die dtg nak ambik duit..cikgu bagi la duit kat die..tgk muka die mcm sedey jer..ckigu tanye la naper?than..nampak mate die dah merah nak nangis..x sempat pun cikgu nak tanyer lebih lanjut lagi..die terus g balik ke kelas..erm..agak2 naper yer..mungkin coz die x dpt balik kg kot minggu ni coz sume form 4 dibekukan cuti minggu ni coz dieorg ade seminar matematik oleh guru pakar matematik dr MRSM Langkawi..anyway..esok cikgu akan pegi jumpe die tanyer..dont worry.. :-)

teringat time sekolah


Mlm ni x bz pun..so, g lepak kat bilik guru ngan cikgu2 lain (tiap2 mlm bilik guru kat maktab ni bercahaya coz kiteorg cikgu2 bujang ni buat keje mlm2, prepare uth esok nak ngajar, prepare utk keje2 yang bukan hakiki, cthnyer..jd ketua AJK sukan..AJK minggu aktiviti, AJK karnival kerjaya dan byk lagi...)byk gak keje cikgu2 ni yer..td serve intenet, terjupe la blog panaitiapendidikanislam smk(f)b..sekolah lame cikgu tu..SEKOLAH MENENGAH KEB FELDA BESOUT..teringat kenangan2 lalu kat sekolah tu..tp,dah ramai dah cikgu lame2 yang dah pindah..than,serve lagi intenet,jumpe plak website SKSB..SEKOLAH KEB SRI BESOUT..sekolah rendah cikgu tu..waa..dah maju dah..da ade website sekolah sendiri..bangga cikgu...

KETUA AJK DEBAT MRSM SEMALAYSIA

Inilah barisan orang kuat MRSM Bentong yang menjayakan Debat MRSM Se-Malaysia 2009..Semua yang di atas tu adalah ketua-ketua AJK bergambar bersama-sama pihak pengurusan maktab.. cikgu yg mane?kat barisan belakang sekali..no 2 dari kiri ..pakai baju warne merunnn....




UJIAN SELARAS 1 SEMESTER 2 BERMULA.....


Hari ni start ujian selaras 1 untuk semester 2 bg MRSM Bentong..sampai next tuesday..good luck to all my students...

MRSM TEACHERS JAN '09 BATCH


Baju kat atas tu baju korporat untuk cikgu-cikgu MRSM Bentong/Pekan intake jan '09..Belum siap lagi,br je design...

Wednesday, July 15, 2009

LAPORAN OLIMPIAD KAT1

Malam td cikgu dan Cikgu Asma berbincang utk buat laporan Olimpiad KAT1 di MRSM TGB ari tu..actually Kak Syamami(penyelaras KAT1) suruh kiteorg buat..esok nak antar kat die.. :-) Alhamdullillah..akhirnyer siap gak..esok pagi cikgu submit kat die..

Sunday, July 12, 2009

Jual Otak-otak


Mlm tadi homeroom cikgu buat jualan otak-otak gombak (dapat dari supplier kedai makan kat Midnite 'B' )...kiteorang dapat jual dalam 200 keping otak-otak tu malam tadi..Di samping dapat mengumpul duit saku untuk dieorang (anak-anak homeroom cikgu), cikgu nak dieorang tahu macam mane nak cari duit sendiri, dapat bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain (macam adik-beradik), menyemai semangat keusahawanan..selaras dengan motto MARA :Keusahawanan Kerjaya Pilihan...

Saturday, July 11, 2009

NOTA KEMAHIRAN HIDUP PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWAN TING !

Nota untuk bab 3 elektif kemahiran hidup tingkatan 1 (perniagaan dan keusahawanan) boleh diupload melalui link di bawah

http://www.ziddu.com/download/5560617/perniagaandankeusahawanan.pdf.html

Friday, July 10, 2009

Pelancaran Program Gerak Gemilang PMR2011 dan SPM 2010


Pagi tadi berlangsungnya pelancaran Program Gerak Gemilang PMR 2010 dan SPM 2011 yang telah disempurnakan oleh Pengarah BPL(M) iaitu En Md Rahim b. Salim....

TUKAR

Kejap lagi pukul 10.30 ada pelancaran Program Gerak Gemilang 2009 PMR 2011 dan SPM 2010..Sementara menunggu kul 10 ni,cikgu sempat la isi borang pertukaran MRSM..cikgu cuba apply utk pindah ke MRSM Mukah,MRSM Betong dan MRSM Tawau..nape cikgu mintak tukar? erm...bak kata pepatah.."Jauh perjalanan, luas pemandangan" :-)

Thursday, July 09, 2009

CELEBRATE KEJAYAAN OLIMPIAD KAT1


Ari ni cikgu celebrate kejayaan student2 Olimpiad KAT1 yang jd juara keseluruhan utk pertanding Olimpiad KAT1 kat MRSM TGB ari tu..Tq kepada pihak pengurusan maktab yg sudi memberi budget utk belanje KFC kat kiteorg..tq kepada Tn Hj Yusoff, Dr Hamzan, En Zabidin, Tn Hj Maznan (Akak Izah ganti), Cikgu Pasli (x dpt dtg coz ade meeting olahraga), akak A.B, kak Hariza, Cikgu Rosli dan abg rosli (abg pemandu yg bwk n ambik student2 ni kat MRSM TGB ari tu) coz sudi dtg td..cokgu n cikgu asma nak minta maaf kepada cikgu2 lain yg terlibat secara langsung atau tidak di atas ketidakjemputan ke majlis ini..minta maaf banyak2...

Wednesday, July 08, 2009

BUTTON BATCH KEJOHANAN OLAHRAGA MRSM BENTONG 2009

Hujung bulan ni MRSM Bentong akan mengadakan Kejohanan Olahraga untuk pelajar maktab ni..di kesempatan ini, homeroom cikgu menjual button batch utk setiap rumah sukan. Ada 6 buah rumah sukan...



















Tuesday, July 07, 2009

Baju Korporat MARA


Setiap hari Selasa semua kakitangan MARA diwajibkan memakai baju Korporat MARA..Hari ni kali keempat cikgu pakai baju ni :-)

Monday, July 06, 2009

BIRTHDAY UST WANI DAN ZU..





last week ari jumaat cikgu n geng celebrate birthday ust wani dgn cikgu zu..birthday yang ke beraper?..hehehe...tanyer dieorg lor..

Thursday, July 02, 2009

Debat MRSM Se-Malaysia

Lame dah x update blog ni..cikgu agak bz skit last week coz MRSM Bentong jd tuan rumah untuk pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia yang julung-julung kalinya diadakan, bermula dari 27 jun - 1 jul 2009. Temanya "MEMPERKASAKAN BUDAYA DEBAT MRSM". Sebanyak 41 buah MRSM berkampung kat sini selama lebih kurang 5 hari...Cikgu jd Ketua AJK Tempat pertandingan..so, kene set up 23 buah bilik pertandingan, untuk peringkat saringan, suku akhir, separuh akhir sampailah ke peringkat akhir....Cikgu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada ahli jwatankuasa persiapan tempat ni yang banyak membantu cikgu dan juga kepada pelajar-pelajar yang menjadi helpers cikgu..TQ..Jasamu di kenang..