Thursday, July 29, 2010

Minggu Aktiviti Semester 2

Minggu Aktiviti bagi semester 2 akan diadakan pada 2 Ogos hingga 9 Ogos 2010..Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang minggu tersebut.Cikgu dilantik menjadi AJK PERALATAN yang akan menguruskan peralatan2 yang perlu dan dikehendaki bagi setiap Aktiviti...Disamping itu cikgu menjadi Penyelaras untuk Aktivit Unit Kemahiran Hidup, ajk untuk pasar malam, n ajk untuk Aktiviti PUM...di harap minggu aktiviti ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna...

Poster Pertandingan Inovasi 2010


Satu team dr MRSM Tun Abdul Razak telah terpilih sebagai FINALIS untuk Pertandingan Malaysia Inovatif 2010 Zon Timur. Projek yang berjaya terpilih adalah EASY FAN CLEANER yang ideanya dicetus oleh 2 orang pelajar kelas 2G (Nurhanif & Aliff Iman)..SEMOGA PROJEK BERJAYA MENJADI JOHAN SETERUSNYA MENJADI WAKIL ZON TIMUR KE PERINGKAT KE

Monday, July 26, 2010

Ujian Selaras 1 semester 2

Hari ni start ujian selaras 1 semester 2 untu MRSM Tun Abdul Razak..Ujian ini dijalankan selama 3 hari sehingga hari Rabu..Semoga anak2 murid semua dapat menjawab soalan2 yang diberikan dengan jawapan yang tepat,betul dan sempurna...

Thursday, July 22, 2010

Anugerah Kecemerlangan Subjek Kemahiran Hidup

Pada perhimpunan Isnin yang lepas, unit Kemahiran Hidup telah menganugerahkan hadiah utk kecemerlangan subjek kemahiran hidup bagi peperiksaan akhir semester 1,2010..ianya terbahagi kepada 2 kategori ori iaitu untuk tingkatan 1 dan tingkatan 2 (MRSM Pekan belum ade student form 3 lagi). Penilaian dibuat berdasarkan kepada pelajar yang mendapat 3 markah yang tertinggi dalam peperiksaan akhir tersebut.

Senarai penerima adalah seperti di bawah :

Kategori tingkatan 2:
1. Nurul Sherida
2. Nasrullah
3. Athirah

Kategori Tingkatan 1 :
1. Luper
2. Luper
3. Asiah

Tempat PertamaTempat Kedua

Tempat Ketiga

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Anugerah ini akan diteruskan pada setiap semester. Diharap dengan adanya anugerah ini, pelajar2 dapat bersaing secara sihat dengan rakan-rakan mereka....bukan hanya subjek K.H saja,malah untu subjek2 yang lain juga...

Sunday, July 18, 2010

Poster untuk PERBINA ke-9


Poster ni cikgu Pasli yang buat..untuk dipamerkan pada PERSIDANGAN BITARA NASIONAL KE-9 di PUTERI RESORT MELAKA dari 13 - 16 JUL 2010. MRSM TUN ABDUL RAZAK diwakili oleh Tn Hj Yusoff , En Zabidin, Cikgu Pasli, Cikgu Fuad n cikgu...banyak info n maklumat dan idea baru yang diperolehi dari persidangan ini...

Edit-edit gambar..

Gambar last week time beli apam balik special kat kedai Pakcik Awang Apam Balik...

Sunday, July 11, 2010

Rindu.............


xde wat ape2 ari ni..duk ngadap laptop jer..surf tenet..sorang2 plak tu..tetibe wajah mak n abah terbayang difikiran ni..rase rindu plak...bile la dpt balik kg ni..

Durian.......

Jumaat petang ari tu mak Thaqifah ade bg durian kat cikgu..n kebetulan ari tu cikgu dah g ke UPSI..so,x berkesempatan nak jmpe dengan mak die, just tinggalkan durian kat cikgu Zu...anyway TQ akak..semalam saya br berkesempatan makan durian tu..pas abis test MedSI..sedap..kuning dan manis durian tu..

Thursday, July 08, 2010

XTVT KELAB MASAKAN

Hari ini ade perjumpaan untuk kelab/persatuan..cikgu n ustazah asyikin akan menunjukkan cara-cara membuat cokodok udang...ramuan-ramuannyer :


2 Kilo Tepung
Bawang Besar
Cili Merah
Daun sup/ Daun Bawang
Garam
Udang 1 kilo

Senang jer buat cokodok ni..anyway student2 kelab masakan happy td..masing2 dapat merasa buat cokodok sendiri..at least dieorg belajar sesuatu dan mungkin pasni time balik kg dieorg akan masakan cokodok udang untuk famili masing2...

Wednesday, July 07, 2010

Assignment assignment assignment.......

Assignment pertama untuk dipresent bagi subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan bertajuk "PERBANDINGAN ANTARA TEORI BIROKRASI DENGAN TEORI SISTEM"...present pada 30 Jul 2010...

Assignment kedua untuk dipresent bagi subjek Seminar Isu-isu Pendidikan bertajuk "PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM"..present pada 7 aUG 2010...

Sup Gear Box


Last week dalam pukul 11 malam cikgu usop mengajak cikgu utk g makan Sup Gear Box kat deretan kedai makan kat Petronas ni Taman Perdana..1st time cikgu makan kat kedai tu..ermm..agak sedap jugak la sup gear box makcik ni..cume gear box nyer agak kecik skit berbanding kedai2 yang cikgu makan sebelum ni...tp,supnyer sungguh enak sekali..n pedas...

Beli HP Nokia yang Murah..


Disebabkan Hp Nokia yang lame tu dah hampir rosak cikgu belila Hp Nokia yang baru..HP ni adalah HP Nokia yang termurah sekali..cume RM90++ jer..ringan, mudah dan tahan lasak..

UJian MEdSI


Ermm...start tahun ni , buat PERTAMA kalinya MARA putuskan utk guru2 yg DC41 kene ambik ujian MEdSI utk melayakkan mereka utk dioffer buat diploma pendidikan..ermm..rasionalnyer?entah!!!cikgu pun x tau..sebelum ni xde la pulak cikgu2 yg DC41 ni kene ambik ujian ni..semuanya terus je dioffer utk buat dip ed ni..Entah ape plak la nasib klu ade yg x lulus ujian ni..



So,ujian ni akan dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan MRSM Tun Abdul Razak menjadi salah satu pusat untuk peperiksaan ni..tarikhnya ari sabtu ni..10 Jul 2010..naseb baik la cikgu xde kelas kat UPSI ari sabtu ni..tp, ari jumaat ade,so lepas kelas malam jumaat ni, terus bergegas pulang ke Pekan dengan menaiki bus dt Tg Malim - Kuantan pukul 10 mlm..then sampai kat Kuantan dalam pukul 3 4 pagi..lor..sape plak la nak ambik cikgu kat terminal Kuantan tu nanti yer!!!huhuuhuhu.....