Sunday, May 30, 2010

Selipar Hilang..


2 hari lepas g masa g sembahyang jumaat, selipar cikgu kene curi..terpakse balik berkaki ayam..huhuhuhu...ptg tu tepakse g cari selipar baru kat EC Mall...beli kat PADINI AUTHENTICS...seb bek ade less 10%..hehehe...

Aktiviti Hari Sabtu


Errmmm..boring gak duk kat maktab cuti 3 hari ni..nak balik kg jauh..lgpun next week dah cuti..so,terpakse menghabiskan masa di maktab..klu kat bentong dah lame dah cabut g KL...hehehehe...Anyway..aktiviti semalam memang best..at least dapat mengurangkan kebosanan yang melanda diri ni..semalam member dr MRSM Muadzam (Fiq n Mus) dtg ajak g Kuantan..mula2 g lunch kat Kemaman Kopitiam..lunch kul 4 ptg..hahaha..cikgu just makan French Toast jer coz kenyang lagi makan nasi dagang yang sedap kat Kg Ubai pagi tu..then, kiteorg g main bowling kat Berjaya Megamall..first game cikgu menang, second game Mus menang..tension la..selalu mcm ni..second game je prestasi mesti menurun...abis main bowling g EC Mall tengok wayang..PRINCES OF PERSIA..klu x silap cikgu la....lupe plak titlenyer..lebih kurang 2 jam cite ni..not bad la.best!!!.x la boring mcm tgk filem2 mlayu expecially klu tgk filem syamsul yusof or prof razak...bosan..asyik2 cinta cinta cinta...mat rempit mat rempit mat rempit...ngarut jer cite2 mcm tu..x mencabar minda langsung...pas abis tgk cite tu trus g dinner kat Tg Lumpur..dlm kul 12 lebih gak br sampai kat maktab...penat tp hari yg menyeronokkan... :-)

Friday, May 28, 2010

Lawatan Dari Pengerusi MARA


Satu lawatan muhibbah dari Pengerusi MARA YB Dato' Seri Idris Jusoh ke MRSM TAR akan diadakan pada 1 Jun 2010...

Sunday, May 23, 2010

Present Paper Work di Persidangan Bitara Nasional ke-9

Persidangan BITARA Nasional (PERBINA) adalah satu platform kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman serta bertukar-tukar pendapaat bersama-sama barisan pendidik MARA. Tahun ini adalah tahun ke 9 PERBINA akan diadakan. Menurut kata Dr Hamzan (TPHEA MRSM TAR) PERBINA pada tahun ini akan diadakan pada bulan Julai nanti.

Pada tahun lepas. seramai 260 pendidik dari seluruh MRSM telah hadir dan sebanyak 30 kertas kerja telah dibentangkan dari pelbagai skop dan bidang dalam usaha untuk memastikan MRSM terus memainkan peranan yang penting bagi memperkasakan ilmu melalui penyelidikan dan pembangunan.


Cikgu akan mewakili MRSM TAR sebagai salah seorang pembentang kertas kerja di PERBINA itu nanti. Actually cikgu agak nervous coz ini adalah pertama kali cikgu bakal present paper di PERBINA..(sebelum ni pun x penah present paper di mana-mana persidangan pun, kecuali present paper work depan lecturer jer..)


Tp,cikgu ambik peluang, ruang dan cabaran ni untuk meningkatkan lagi ilmu dan pengetahuan di samping dapat pengalaman yang amat berharga ini..bayangkanlah, cikgu yang br setahun jagung berkhidmat sebagai guru telah diberi kepercayaan untuk mempresentkan paperwork ni nanti..

Tajuk paper yang cikgu akan present nanti ialah " BURNOUT DI KALANGAN GURU"...i will do my best..doakan cikgu..sekarang cikgu tengah dalam proses mengedit dan mengcompresskan content paper work ini...

Saturday, May 22, 2010

MURTABAK MENGKASAR

MURTABAK MENGKASAR

Sejak dtg ke PEKAN ni, berat badan makin bertambah..mane x nyer..pasar malam slalu ade..makanan kat sini sedap2..nasi dagang kg ubai la...apam balik pakcik awang la...nasi lemak kukus kat pintu gerbang la...sotong celup tepung, udang celup tepung, sata, otak-otak paksu dan maksu kat Tg Lumpur...karipap ikan..karipap daging..semuanyer sdap2...dah x boleh nak control makan dah..sluar dah makin ketat..baju dah makin sendat...mcmane ni..kene diet jugak ni..



Semalam mak n ayah Iadid dtg bwk Murtabak Mengkasar..cikgu memang x penah rase lagi mertabak ni..penah lalu je kedai tu yang terletak lebih kurang 100 meter dr kedai nasi lemak kukus tu..boleh tahan jugak rasenyer...sedap...bertambah lagi satu menu sedap kat sini...ermm....kene kuatkan azam untk berdiet...

Kete kak Aby kene rompak!!!

KERETA MPV UNSER KAK ABY

Ptg semalam ada pasar malam kat kwsn perumahan500, dekat je ngan MRSM TAR ni..memang kat PEKAN ni byk pasar mlm compare ngan BENTONG...tp, satu kejadian malang telah menimpa Kak Aby (Ketua Jabatan Bahasa MRSM TAR) di mana MPV Unsernye telah dipecah oleh perompak dan mencuri laptop beliau..kejadian berlaku antara jam 6.30 ptg ke 7 ptg..ketika itu Kak Aby dtg ke pasar malam bersama seorang anak lelakinya...

Kemudian cikgu,cikgu Izwan n cikgu Ade bersama-sama Kak Aby telah ke balai polis daerah PEKAN bg membuat laporan tentang kejadian itu..lebih kurang 2 jam kami berada di balai polis tersebut untuk urusan report, dan pemeriksaan cap jari MPV tersebut dan kemudian kami telah membawa polis ke tempat berlakunya kejadian tersebut.

Kejadian ini menyedarkan cikgu supaya lebih berhati2 n tidak akan membawa n meletakkan laptop di dalam kereta..Takziah buat Kak Aby..

Wednesday, May 19, 2010

OLIMPIAD KAT 1 2010

Pertandingan Olimpiad KAT 1 , OKAT1(Kemahiran Asas Tingkatan 1) akan di langsungkan di MRSM Tun Ghafar Baba Jasin Melaka. Ia akan berlangsung dari 6 hingga 8 Jun 2010 melibatkan seramai 15 org pelajar Tingkatan 1. Td ptg Kak Mie(penyelaras KAT1) offer cikgu untuk jd guru pengiring untuk pertandingan ini..coz last year cikgu n cikgu asmaa jd guru pengiring untuk OKAT1 2009. Dan untuk makluman semua, tahun lepas MRSM Bentong berjaya menjadi Johan Keseluruhan...dan tahun ini kami berazam untuk mengekalkan kejuaraan kami dalam OKAT1 2010, Insyallah...disebabkan cikgu n cikgu asmaa pun free time tu, kami berdua bersetuju untuk menjadi guru pengiring untuk OKAT1 2010 ini...

Senarai nama pelajar yang terpilih akan diberitahu kepada pelajar2 esok oleh Kak Mie (Cikgu Syamami)...and as usual we will start training for thiz competition after final exam...

Beli Aset..

Arabian Bay Resort...

Ermm....akhirnya cita-cita cikgu nak beli rumah sebelum melangkah ke alam 30-an menjadi kenyataan..cikgu dalam proses untuk membeli STUDIO SUITE di ARABIAN BAY RESORT, yang terletak di BUKIT GAMBANG RESORT CITY yang dijangka siap pada tahun 2012.....walaupun studio suite, tetapi untuk investment, cikgu yakin ia akan memberi pulangan yang baik dan berbaloi untuk cikgu insyallah...td br pas hantar dokumen2 yang diperlukan utk apply loan...hopefully loan tu akan diapprove...

Floor plan for Studio Suite. 413 sq.ft

Sedikit intro tentang Bukit Gambang Resort City :
BGRC di dalam perancangan untuk menjadi sebuah bandar peranginan yang mempunyai taman tema air yang pertama dan terbesar di pantai timur.Kedudukannya dalah strategik kerana ia terletak berdekatan denagn persimpangan Gambang, melalui arah keluar pertama Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Bandar Kuantan. Projek pembangunan seluas 500 ekar ini akan dibangunkan secara berperingkat dan mensasarkan kepada konsep tarikan pelancongan seperti Taman Reaksriasi Air, taman Adventure, Taman Hutan Rimba..dan lain-lain.

Tuesday, May 18, 2010

Nak buat dip ed kene apply?


EMOSIKU TERGANGGU............

Ptg td KJ cikgu, CIKGU NIK MUSTAPA msg pada cikgu :

"Yazid,wawarkan pd cikgu2 yg xde dip ed, isi borang permohonan dlm intranet MARA segera sblm 31hb"

Agak pelik coz skrg kenapa nak buat dip ed(diploma education) kene apply pulak..klu dulu dieorg offer cikgu2 yang xde dip ed ni (DC41) buat dip ed,y now we must apply for dip ed?

Kami dikehendaki mengisi borang permohonan secara online dan menghantar salinan transkrip dan laporan sulit..

Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.
Thats means x semua yang apply akan di panggil...so,ape akan jd bile nama kami x dipanggil..
nak kene tunggu tahun depan pulak??klu tahun depan x dpt lagi?mcmane? Apakah kriteria-kriteria yang telah ditentukan itu????

Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA di bawah skim DC41 yang memohon untuk mengikuti program dip ed dikehendaki menduduki ujian personaliti bagi profesion keguruan yang akan dihebahkan di dalam maranet seminggu selepas tarikh permohonan ditutup
Thats means, walaupun dah di terima selepas saringan awal dibuat, belum tentu lagi kami dipilih..kene plak buat ujian personaliti..klu x lepas ujian ni mcmane?

Pemohon-pemohon yang layak sahaja akan dihubungi utk ditawarkan mengikuti program dip ed Thats mean,klu in case xde rezeki nak dapat,mcmaner?nak tunggu lagi brape tahun?brape tahun kami nak pegang title DC41 ni?brape lame kami perlu tunggu?



Satu perkara yg bermain ni fikiran cikgu...kenape jd mcm ni?adakah kami ni x layak jd cikgu..sedangkan pemilihan kami dibuat secara betul..ade microteaching dan ade interview...kami dah lepas pun semua tu..kenapa perlu kami menghantar kembali transkrip2 ijazah kami?sedangkan semasa kami apply menjadi guru suatu ketika dahulu,kami telah pun menghantarnya..sudah semestinya result yang baik sahaja akan diterima utk diinterview ketika itu..dan sudah semestinya kami adalah antara yang mendapat pointer yang baik dalam transkrip kami dahulu...pelik......


MACAM MANE LA NAK APPLY GURU CEMERLANG KLU NAK DPT DG41 PUN BERTAHUN-TAHUN LAMENYER MENUNGGU....HANCUR DAN MUSNAHLA HARAPAN UTK MENCAPAI CITA-CITA MENDAPAT TITLE GURU CEMERLANG DI USIA MUDA....

Argghhhh..buntu memikirkan situasi ini.....

Peperiksaan Akhir Semester 1 akan bermula...

Peperiksaan Akhir Semester 1 akan bermula pada hari esok..Rabu, 19 Mei 2010..Di harap semua pelajar telah bersedia bagi menghadapi peperiksaan ini..Berjuang habis-habisan bg mendapat keputusan yang membanggakan diri sendiri, ibu bapa dan juga guru-guru...Kepada anak2 murid cikgu..kelas 1B,2G dan 2H, sentiasalah ingat pesan cikgu supaya bersedia lebih awal..jgn study last minute ok...

The best APAM BALIK in the world...


Ptg td cikgu pegi cr apam balik yang kak ikin bgtau sedap tu...teringin nak rase kesedapan apam balik tu..kedai makan kat tepi sungai kat PEKAN..name kedai tu AWANG APAM BALIK..dipilih sempena name tokey kedai ni..pakcik Awang..harga apam balik special RM2.30 jer...rasenyer..sedap sangat hingga menjilat jari..terasa lemak berkrim..ade kismis dalam apam balik ni..sepanjang umur cikgu..ni la apam balik yang paling sedap cikgu penah makan...pasti cikgu akan dtg lagi ke kedai pakcik awang ni lagi...

Hadiah Hari Guru

Tali leher dr Athirah

Kotak present dr Athirah

Dari Zahidah n Hidayah Ismil

Dari Student 1B
TQ ANAK2 MURIDKU

Sunday, May 16, 2010

Kemenangan berganda MRSM TAR

Johan Pertandingan Bot Laju, Athirah dan Hidayah Helmi dari MRSM TAR

Sekali lagi pada hari ini cikgu menghantar team utk menyertai pertandingan Reka Cipta dan Bot Laju sempena Karnival Hari Guru 2010 di East Coast Mall. Klu semalam cikgu hantar 19 team dr MRSM TAR..tp hari ini cikgu hantar 2 team sahaja..pd hari ini terdapat lebih 20 team dr pelbagai sekolah sekitar Pahang menyertai pertandingan ini..apa yang paling membanggakan, team dr MRSM TAR sekali lagi berjaya menggondol Johan pertandingan ini dengan catatan masa 24 saat mengalahkan 4 team dr sekolah yang lain pada peringkat grand final....Tahniah di ucapkan kepada Athirah dan Hidayah Helmi yg menggelarkan team mereka MJSC Excellence....So, kemenangan berganda bagi MRSM TAR....Tahniah sekali lagi...

hADIAH hARI gURU






Hari ni Hari Guru....nothing special 2day..kat maktab pun xde sambutan Hari Guru mcm tahun lepas..maybe coz student dah nak exam kot...anyway...itu x menjadi masalah pun..yang penting setiap guru mesti mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk mendidik anak murid mereka tanpa mengira penat, jemu dan putus jari..opss...putus asa la..hehehe...

Td cikgu dapat present Hari Guru dari Athirah dan Hidayah Helmi..kedua-duanya anak murid cikgu kelas 2 Glaslow..Tq byk2..

Sizzling Yee Mee East Coast Mall

SIZZLING YEE MEE WITH EGG..RM5.50

Dah lame x makan sizzling yee mee....last time makan ari tu pun cikgu buat sendiri kat kg...kebetulan td cikgu ke Food Court EC Mall untuk makan tengahari bersama-sama ngan cikgu farid dan cikgu suriani (dua-dua ni kaunselor MRSM TAR,dieorg bwk student g Karnival Hari Guru)...ade satu stall jual Sizzling..apa lagi..cikgu ambik peluang la utk try rase sedap or x sizzling kat Pahang ni..Harga RM5.50 include telur..rasenyer?ermmm....sedap jugak...same mcm sizzling di Jaya Jusco Ipoh(dah lame cikgu x g JJ Ipoh ni...)..next time boleh makan lagi sizzling yee mee kat EC Mall ni..x rugi... :-)

Susahnye nak cr KFC

CHICKEN RICE COMBO

Mlm td cikgu, cikgu farid n cikgu fuad g g PEKAn utk makan mlm...dah lame x makan KFC..kat PEKAN memang ade KFC..tp,kami belum penah menjejakkan kaki kami ke KFC since we r here..tp,susah betul nak cr KFC ni coz jln di bandar PEKAN ni byk sgt yg sehala..sampai 4 kali kami pusing2 bandar PEKAN di br la jumpe jln yang betul2 menuju ke arah KFC tu..nasib baik la bandar PEKAN ni lengang je time mlm2...

Pertandingan Reka Cipta dan Bot Laju

Acara guru : kreativiti melarik

Cikgu Asmaa, cikgu dan Cikgu Rizal..Guru-guru unit KH

Hasil kerja cikgu Rizal



Hasil kerja kami semua....


Hasil kerja cikgu...huhuhu...


Hasil kerja Cikgu Asmaa


Bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberi


First time melarik gune alat ni...


Bersedia untuk melepaskan bot



"Dengar arahan akak tau"

Menggunakan mesin yang disediakan untuk memotong papan...


Potong jgn x potong..kerat jgn x kerat...


srikandi-srikandi MRSM TAR

Peringkat Saringan

Masih memperbaiki bot sebelum dilepaskan...

Pemenang tempat pertama (anak murid cikgu ni:aziz tu..)

Pemenang tempat kedua (ni pun anak murid cikgu..zahidah n hidayah)

Tempat ketiga : anak murid Cikgu Rizal..

Tempat ke-empat

Tempat ke-5 : anak murid cikgu..(sofea n umi)

Bot Tercantik...no 1

Bot tercantik..no 2

Bergambar bersama pemenang-pemenang...

Bertempat di East Coast Mall,Kuantan telah diadakan Pertandingan Reka Cipta dan Bot Laju peringkat Sekolah Menengah. Pertandingan ini dianjurkan oleh syarikar RA3 Eduscience Corporation Sdn.Bhd..

Saturday, May 15, 2010

Bawa student ke PERTANDINGAN REKA CIPTA DAN BOT LAJU

Pagi ni guru-guru unit Kemahiran Hidup (cikgu,cikgu Hazly,cikgu Rizal,cikgu Asmaa) akan membaawa 40 orang pelajar yang akan menyertai PERTANDINGAN REKA CIPTA DAN BOT LAJU yang diadakan di East Coast Mall, Kuantan Pahang sempena Karnival Hari Guru 2010...mereka akan di minta untuk mereka cipta sebuah bot dengan mengunnakan alatan dan bahan yang disediakan oleh pihak penganjur seterusnya akan menggerakkan bot tersebut menggunakan motor dalam kolam air yang disediakan.Pemenang akan dikira berdasarkan kepantasan bot mereka..Harap2 student cikgu dapat mengharumkan nama MRSM TAR nanti..

Kueh Qasidah



Semalam ada pasar malam di kawasan permuahan500..lebih kurang 2 kilometer je dr MRSM TAR..best jugak pasar malam kat sini..byk pilihan dan byk yang dijjal..dari pakian bundel..pakaian harian..sayur-sayuran hinggalah ke makanan yang pelbagai...semalam cikgu ada beli kueh tradisional org Pahang..nama kueh tu QASIDAH..(actually mak Thaqifah yang suruh cikgu try kueh ni)..so,smalam cikgu terjumpa la kueh tu kat tempah makcik yang jual kueh2..(ade sorang je yg jual kueh2 kat pasar mlm ni)...kueh ni rupe dan warnenyer mcm dodol jer..dibungkus dalam plastik..harga RM3..x sabar ni nak rase...sampai je kat umah terus bukak n rase kueh tu bersama-sama ngan cikgu farid....


Rase kueh ni..manis..tp,dicampur ngan herba2...rase mcm herba yang digunakan dalam bedak sejuk org selalu dipakai oleh org yang dalam pantang tu..huhuhuhu...so,x abis la cikgu makan kueh tu..just rase skit jer..tp,puas la coz dah dapat cr n rase kueh tu..so,next time klu org tanyer pasal kueh tu..leh la cikgu jawab... :-)

Thursday, May 13, 2010

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat

Malam ini telah diadakan majlis bacaan yassin, tahlil dan doa selamat di surau MRSM TAR...majlis dimulakan dengan solat magrib, bacaan yassin, tahlil dan doa selamat..kemudian sedikit ucapan daripada Tn Pengetua dan solat Isyak..majlis diakhiri dengan jamuan makan (nasi minyak, kari daging, ayam masak merah, acar dan kuih muih) di Dewan Selera (DS)..1st time cikgu masuk DS..agak bersih dan kemas suasana persekitaran di DS ni..apa yang bezanye di sini berbanding di DS Bentong adalah pelajar2 dan guru yang ingin masuk ke DS perlu membuka kasut mereka..so, lantai di DS sentiasa bersih..agak bagus idea yang digunapakai ini...di harap kebersihan ini dapat dikekalkan..

Huja n membasahi bumi MRSM TAR


Alhamdullilah..buat pertama kalinya..setelah lebih kurang 2 minggu kami di sini..hujan turun dengan agak lebat pagi td di bumi MRSM TAR..sejuk la skit cuaca kat sini..walaupun hujan yang turun td agak sekejap..semoga hujan yang turun ini membawa rahmat kepada semua penghuni MRSM TAR....terutamanya pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan akhir semester minggu hadapan...

Tuesday, May 11, 2010

Kenape x mesra pelanggan???

Petang td cikgu, cikgu asma, ust munirah n cikgu maizura g makan kat kedai makan kat area sebelum sampai ke PEKAN..kedai tu nama CT Tomyam (sup ayam kampung)..boleh tahan la makan kat situ..agak sedap..cume cikgu kurang puas hati dengan layanan dari pelayan yang ambik order dengan yg goreng karipap n kopok lekor tu..agak sombong n x mesra pelanggan..maybe dieorg x di ajar bagaimana cara utk melayan pelanggan..tiada senyuman pun..cikgu bukan nak minta di layan seperti raja..at least bile ambik order,mesra la skit..senyum..ala,bukan cikgu nak ngorat pun...cikgu still ingat lagi time cikgu keje jd cashier di Jaya Jusco Ipoh..kat situ memang kami menitikberatkan layanan terhadap pelanggan..setiap hari time briefing mesti ade di sentuh tentang customer..how to entertain them..smile..wish them morning..afternoon....ucapkan TQ..please come again..ingat...sometimes customer akan pilih tempat yang memberi layanan yang baik dan mesra berbanding rasa dan harga..so,harap pelayan2 di kedai makan CT Tomyam ni dapat memperbaiki lagi kelemahan yang ada..try utk lebih mesra..x rugi pun klu senyum pada customer..

Kelas untuk Ashraf dan Asiah

Malam td cikgu buat sempat mengajar Ashraf dan Asiah di bilik guru utk subtopik yang dieorg tertinggal last week coz dieorg berdua x hadir ke kelas sebab demam....malam ni cikgu akan buat kelas tambahan utk kelas 1B bagi menghabiskan silibus untuk semester ini..sem ni x sempat nak abiskan silibus awal coz 2 kali kelas K.H utk 1B ni di batalkan untuk memberi laluan kepada pelajar dan guru untuk berkemas pindah ke MRSM TAR..anyway..semua tu x menjadi masalah, cikgu akan habiskan silibus ni mlm ni..x banyak pun lagi silibus yang tertinggal..

Monday, May 10, 2010

Gambar-gambar perpindahan

Hari untuk berkemas..

Packing semua barang..


Angkut barang untuk dimasukkan ke dalam bas...

Ust Wan marzuki...ketua warden yang sungguh berdedikasi..


Apa yang penting???KERJASAMA...


Sebahagian dari bas yang digunakan...


Our Principle, Tn Hj Yusoff...


Semapt lagi posing depan bas...ermmm.....


Antara guru-guru pengiring..


hehehe.....


Selamat tiba di MRSM TAR...
Antara barang pelajar..lagi byk dari barang cikgu..huhuhu...


no comment... :p

Antara guru-guru pengiring..posing sebelum balik ke Bentong...