Monday, September 06, 2010

Majlis Berbuka Puasa Perdana

Satu majilis berbuka puasa perdana telah diadakan di surau MRSM Tun Abdul Razak pada hari Khamis, 2 Sept 2010. Majlis bermula pada pukul 5 petang dengan acara khatam Al-Quran..seterusnya ucapan dari our beloved principal, Tn Hj Yusoff dan seterusnya ucapan dan perasmian penutup bulan kemerdekaan oleh En Rashdan, AJK Muafakat....majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk acara-acara yang di pertandingkan sempena cuti nuzul Al-Quran (tilawah, hafazan, bacaan khutbah) dan dan sempena bulan kemerdekaan (deklamasi sajak, poster dll). Seterusnya, adalah penyampaian duit raya untuk lebih kurang 200 lebih pelajar yang layak menerima. Duit raya ini adalah hasil dari kutipan wang dr guru-guru dan MUAFAKAT sendiri yang mana lebih dari RM9000 berjaya dikutip dan diagihkan kepada mereka-mereka yang layak. Selepas solat magrib berjemaah, kami semua di jemput ke Dewan Selera untuk menjamu hidangan yang disediakan (nasi minyak+ayam masak merah+daging masak hitam+dll)

No comments: