Saturday, October 23, 2010

Majlis Graduasi Pertama MRSM Tun Abdul Razak

Pada hari ini, 23 / 10 / 2010 telah berlangsung majlis yang gilang-gemilang dan julung2 kalinya diadakan di maktab ini iaitu Majlis Graduasi Pelajar 1st Batch Tingkatan 5 MRSM Bentong / Tun Abdul Razak. Penyampaian sijil graduasi ini telah disempurnakan oleh Prof Dato' Dr Lokman Saim, Dekan Fakulti Perubatan merangkap Pengarah PPUKM. majlis ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar..Tahniah diucapkan kepada semua warga MRSM Tun Abdul Razak yang bertungkus lumus untuk memastikan majlis ini berjalan dengan sempurna dan lancar..minggu dan hari yang sungguh memenatkan tetapi amat berbaloi dengan kejayaan menjalankan majlis ini dengan sempurna. Tahniah juga kepada 452 orang pelajar maktab yang semuanya layak mendapat sijil graduasi..dan tahniah juga kepada para pemenang anugerah2 yang disediakan...

Prof Dato' Dr Lokman Saim









No comments: