Sunday, July 10, 2011

Aktiviti maktab minggu ini..

Isnin, 4 Jul


Perlantikan Badan Wakil Pelajar yang baru untuk sesi akademik 2011/2012 yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dan 4 yang telah dipilih secara demokrasi oleh pelajar-pelajar dan guru-guru melalui pilihanraya maktab. Semoga mereka yang dipilih dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin tanpa menjejaskan prestasi akademik mereka (kene pandai uruskan masa antara akademik dan tugas BWP)


Isnin - Jumaat, 4 Jul - 8 Jul


Pelajar-pelajar Tingkatan 3 menjawab soalan percubaan negeri Kelantan dan Selangor 2010 untuk subjek Kemahiran Hidup.Ini adalah sebagai persediaan dan latihan terancang bagi Unit Kemahiran Hidup bagi mereka menghadapi peperiksaan pre trial 1, pre trial 2, trial MARA, post trial, dan seterusnya peperiksaan PMR sebenar..


Jumaat, 8 Jul


Pelajar-pelajar pulang bermalam


Jumaat - Ahad, 8 Jul - 10 Jul


Pelajar-pelajar tingkatan 2 menyertai Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Kampung RPSB batu 8, Lepar..ala2 program anak angkat di mana mereka mendapat sebuah keluarga angkat mereka di sana..

No comments: