Saturday, October 08, 2011

Bajet 2012

Beberapa perkara menarik tentang bajet 2012 yang ade kaitan dengan cikgu :

- Kenaikan gaji tahunan penjawat awam ditingkatkan mengikut gred antara RM 80 - RM 320

- Tambahan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam

- Skim guru baru : mengikut time-based, gred DG44 pada tahun ke 8 dan gred DG48 tahun ke 16..tp cikgu mesti lambat lagi coz DG41 pun belum dpt lagi..huhuhu..bile la nak abis diploma pendidikan kat IIUM ni...

- Had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan RM 400,000 drpd RM 220,000..boleh la beli rumah yg mahal skit..hahahahaha..tp,harga rumah skrg pun memang agak mahal... :-(

- Kenaikan gaji antara 7 - 13% kepada penjawat awam ...agak2 cikgu yang 7% ke 13% yer..huhuhu..

- Peneroka Felda bakal dapat 'durian runtuh' kerana kerajaan bercadang menyenaraikan Felda Global Ventures Holding dlm Bursa Malaysia dan menjadikannya sebuah syarikat berstatus konglomerat global..parents cikgu kan peneroka Felda.. :-)

- Peruntukan tambahan 100 juta untuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

- Bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana dan 500 kedoktoran falsafah..ermm...lambat lagi la br boleh cikgu aplly coz kene dptkan DG41 dulu lor..klu nak cepat guna duit sendiri jer...mcm sekarang..huhuhu...

No comments: