Friday, February 17, 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA MASKOT IP

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang menguruskan perlindungan harta intelek di Malaysia. Bersempena dengan Hari Harta Intelek Negara 2012 (HHIN’12) yang akan disambut pada bulan April 2012, MyIPO menjemput warganegara Malaysia yang kreatif, inovatif dan berimaginasi tinggi untuk menyertai pertandingan mencipta Maskot IP bagi meningkatkan kesedaran harta intelek di kalangan rakyat Malaysia.


Syarat - Syarat Penyertaan

· Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
· Individu atau berkumpulan.
· Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
· Penyertaan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat serta kriteria sahaja yang akan dinilai oleh pihak juri.
· Sebarang pertanyaan boleh menghubungi atau e-mel kepada:

Hadiah : RM5000+Sijil Penghargaan

Tarikh Tutup: 2 Mac 2012



No comments: