Thursday, April 29, 2010

Selesai sudah Konvensyen PUM MRSM Se-Malaysia 2010

Hadiah untuk Johan Pertandingan Gerai Jualan Terbaik

Cenderahati dari pihak MRSM Transkrian


Tanggal 27 April 2010, berakhirlah sudah Konvensyen PUM MRSM Se-Malaysia yang ke -17 yang telah berlangsung di MRSM Transkrian. Terdapat banyak masalah sepanjang program ini dijalankan sehingga majlis penutup pun bermasalah / terdapat gangguan dan kesilapan, dan di harap pihak penganjur selepas ini perlu membuat persiapan rapi dalam penganjuran acara peringkat kebangsaaan ini. Ok,kite lupakan dulu segala masalah yang timbul....


Beralih kepada keputusan pertandingan, untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama MRSM Bentong menyertai konvensyen ini. Kami telah berjaya menggondol tempat pertama / johan bagi kategori Gerai Jualan Terbaik dengan mengalahkan 41 MRSM yang lain. Sememangnya konsep gerai yang di bawa oleh kami adalah lain daripada yang lain dan cara kami menyakinkan juri-juri tentang pemilihan konsep gerai , nama produk, dan communication skills dalam diri pelajar adalah resepi kejayaan kami. X sia-sia la cikgu buat perjumpaan setiap hari bersama-sama mereka, setiap 5-6.30 ptg bagi membuat persiapan untuk gerai ini. Hadiahnya adalah piala dan wang tunai RM300 (wang tunai belum dapat lagi). Cume cikgu agak kecewa kerana keputusan pertandingan ini diumumkan dan hadiah disampaikan awal dan bukan pada acara penutup..sedey skit...


Untuk pertandingan Kuiz Keusahawanan, MRSM Bentong berjaya melayakkan diri ke peringkat Akhir di mana pada peringkat saingan, MRSM Bentong berjaya mendapat kedudukan 4 terbaik. Pada peringkat saringan MRSM Serting jauh meninggalkan MRSM yg lain dengan 180++ mata, MRSM Taiping 120++, MRSM TRanskrian 104 dan MRSM Bentong 101..lain-lain MRSM mendapat mata kurang dari 100. Pada peringkat akhir, nasib tidak menyebelahi kami kerana kami mendapat tempat ke-4 dalam peringkat akhir. Walaubagaimanapun,kejayaan ke peringkat akhir adalah kejayaan yang cukup membanggakan kerana ini adalah kali pertama kami menyertai konvensyen ini...Tahniah kepada Aina, Shaziera, Fazilah dan Fazlina..


Bagi pertandingan catur bestari dan bussiness games, nasib tidak menyebelahi kami...kami gagal untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik. Cikgu tahu mereka telah berusaha bersungguh2...maybe xde rezeki tahun ni untuk 2 acara tersebut..


Dan..preparation utk tahun depan akan dilakukan seawal mungkin bagi memastikan MRSM Bentong akan berjaya mendapat johan keseluruhan bagi membolehkan kami mewakili MRSM ke peringkat nasional..insyaalah...terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang persiapan kami ke konvensyen ini...MRSM Bentong..highway to excellence...

No comments: