Sunday, February 27, 2011

Sejuta Impian

Program realiti terbaru yang akan diterbitkan oleh TV3 : SEJUTA IMPIAN..agak menarik..


TV3 dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1 Malaysia sedang dalam usaha menerbitkan Program Sejuta Impian yang akan memenuhi impian rakyat Malaysia. Rancangan televisyen yang bakal menemui penonton pada Mei ini merupakan salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial dan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian mahupun hasrat terpendam selama ini.

Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkait rapat dengan pembangunan dan mampu membawa perubahan besar dan kesan kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan melalui mesej dan elemen kemasyarakatan yang disampaikan dalam program Sejuta Impian.

Sesi uji bakat untuk menyertai program ini akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu (Rujuk tarikh uji bakat di bawah). Jurinya pula terdiri daripada individu yang mewakili pelbagai aspek dalam industri tempatan termasuk selebriti tersohor, usahawan berjaya, tokoh politik, ahli akademik dan ramai lagi.

5 Mac (Sabtu) : KL, Johor Bharu, Penang
6 Mac (Ahad) : KL, Selangor, Muar, Melaka, Kedah, Perak,
12 Mac (Sabtu) : Kota Bharu, Kuala Trengganu, Kuching, Kota Kinabalu.
13 Mac (Ahad) : Kuantan

Program Sejuta Impian bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei ini pada pukul 7.30 malam. Setiap episod akan dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu sesi perkenalan peserta dan panel juri, sesi penerangan dan manfaat impian dan keputusan panel juri. Kepada yang berminat berminat menyertai program berkenaan, bolehlah menyertai ujibakat nanti. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh juga diperoleh di laman web rasmi www.tv3.com.my/sejutaimpian. Boleh juga rujuk laman FAQ yang disediakan untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang program tersebut.

No comments: