Wednesday, March 23, 2011

Permohonan Penajaan MARA Bagi Tahun 2011 Untuk Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2010 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di luar dan dalam negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat juga digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau Universiti Luar Negara kampus Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.mara.gov.my

No comments: