Sunday, August 29, 2010

Refleksi 4 - Seminar Isu-isu Pendidikan (PPP 8063)

SEKOLAH KLUSTER (SK) DAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

Pada 14 Ogos 2010 kumpulan 3 telah membentangkan tugasan mereka yang bertajuk Sekolah Kluster (SK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Kumpulan ini telah membincangkan tentang ciri-ciri pemimpin, guru, murid,kelayakan untuk SK, strategi pelaksanaan,criteria pemilihan SBT dan pelan strategik SBT. Di sini saya akan mengulas berkaitan dengan SK terlebih dahulu. Terdapat percanggahan dan perdebatan mengenai penggunaan istilah KLUSTER itu sendiri, di mana kluster itu membawa maksud pengelompokan sekolah berdasarkan pencapaian akademik dan nilai kebitaraan sesebuah sekolah itu. Di sini SK dikelompokkan kepada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah pendidikan khas, institut lepasan menengah, sekolah antarabangsa dan sekolah swasta. Ia berbeza dengan SK di luar negara biasanya berada dalam kawasan geografi yang sama tetapi SK di Malaysia yang kedudukan geografinya berjauhan antara satu SK dengan SK yang lain. Sebagai contoh, di Singapora sekolah klusternyer yang terpilih adalah dalam kawasan yang berdekatan antara satu sama lain dengan tujuan untuk berkongsi kemudahan, kepakaran dan lain-lain. Tetapi, konsep ini berbeza dengan SK di Malaysia di mana pengelompokan sekolah-sekolah ini tidak bertujuan untuk berkongsi kemudahan, kepakaran dan lain-lain antara satu sama lain.
Satu perkara yang menjengkelkan bagi saya bilamana dalam petikan Kesan Sekolah Kluster Kepada Pendidikan Negara yang ambil dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada 5 September 2009 yang dibentangkan oleh pembentang menyatakan bahawa lepasan SK diterima masuk ke universiti luar negara. Kenyataan seperti ini amat mengelirukan dan boleh mendatangkan tafsiran yang salah kepada ibubapa dan masyarakat kerana untuk kemasukan ke universiti luar negara, pelajar-pelajar Malaysia perlu menduduki peperiksaan O-level, A-level ataupun IB ( International Barracaulrate), dan bukannya menggunakan sijil SPM yang diperolehi daripada SK tersebut. Jika pihak KPM bercadang untuk menghantar pelajar-pelajar SK terus ke universiti luar negara, mereka harus menyediakan pendidikan di tahap seperti yang saya nyatakan di atas tadi di SK mereka. Sepertimana yang dilakukan di Maktab Rendah Sains MARA Felda Kampus Tun, Sungkai Perak yang akan menawarkan pengajian di peringkat IB dan juga Maktab Rendah Sains MARA Tun Abdul Razak, Pekan Pahang yang akan menawarkan program IGCSE ( International General Certificated for Secondary School) untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 pada tahun hadapan.

Dalam perbincangan topik ini juga, wujud juga pertikaian dalam pemberian autonomi kepada pihak sekolah, keberkesanan SK, dan juga bilangan sekolah yang mendapat SK. Setakat ini hanya terdapat 120 buah SK sahaja yang telah diumumkan, dan mengikut perancangan bilangan itu akan bertambah kepada 300 buah SK menjelang penghujung tahun ini. Tetapi, bilakan 180 buah sekolah lagi yang akan mendapat status SK akan diumumkan, masih menjadi tanda tanya. Dengan berbekalkan 4 bulan sahaja lagi untuk menghampiri penghujung tahun ini, kemungkinan besar tiada lagi sekolah yang akan mendapat status SK akan diumumkan, lebih-lebih lagi sekarang telah wujud satu lagi penjenamaan sekolah yang baru iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

SBT baru diperkenalkan pada tahun ini di mana terdapat 20 buah sekolah telah dipilih berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah di tetapkan oleh pihak kementerian dan mengikut pelan yang dirancang bilangan sekolah ini akan meningkat kepada 100 buah sekolah menjelang tahun 2012. Pada pendapat peribadi saya, tidak terdapat perbezaan yang ketara dan significant antara SK dan SBT dari segi kriteria pemilihan sekolah dan pelaksanaan antara kedua-duanya. Mungkin berbeza dari segi penjenamaannya sahaja.

Walaubagaimanapun, jika di pandang dari sudut yang positif, SK mahupun SBT memberi manfaat kepada pelajar-pelajar luar bandar kerana mereka tidak terlepas merasa keistimewaan yang diberikan kepada SK dan SBT melalui sekolah berasrama penuh yang mana banyak SK dan SBT yang dipilih dari sekolah berasarama penuh dan pendemokrasian pendidikan perlu diteruskan. Cabaran- cabaran dan isu-isu berkaitan dengan kedua-dua jenis sekolah ini juga perlu di atasi dengan bijak dan tersusun di mana pihak KPM, pengetua-pengetua sekolah, pengurusan sekolah, guru-guru dan murid perlu beriringan bersama-sama dalam menjayakan matlamat kedua-dua jenis sekolah ini.

No comments: